14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

No Pejabat: +603 4141 8982

Talian & Bantuan: +60 18 468 4380

Klinik Solat Disember 2026

Kursus Islam

Klinik Solat December 2026

  • ❓ Kita solat hari-hari… tapi betul ke cara kita solat ni?
  • ❓ Apa sebenarnya sujud sahwi, qadha solat dan jama’ qasar?
  • ❓ Wudhu dan pergerakan solat kita tu tepat ke?
  • ❓ Atau ada kesilapan yang kita tak sedar bertahun-tahun?

✨ Tak kira baru mengenali Islam, baru belajar solat, atau dah lama beribadah, Klinik Solat ini memberi ruang untuk kita belajar, bertanya dan memperbaiki ibadah bersama-sama.

🕌 KLINIK SOLAT

Program praktikal, step-by-step — mula dari asas wudhu & solat, kemudian baru masuk topik yang lebih mendalam.

✨ Apa yang kita akan fokus:

  • ✅ Betulkan kesilapan solat yang biasa terlepas pandang
  • ✅ Faham wudhu & pergerakan solat dengan jelas
  • ✅ Kenal isu penting: sujud sahwi, qadha & jama’ qasar

Jangan lepaskan peluang anda. Daftar sekarang!

📞 Maklumat Lanjut: IDT (018-468 4380)

Tarikh Program:

Sabtu & Ahad
05 - 06 Disember 2026

Masa:

09.00 Pagi - 05.00 Petang

Tempat:

Dawah Academy International Hall, Wangsa Maju

Yuran Komitmen:

RM20 (akan dikembalikan)

Program Countdown

Hari
Jam
Minit
Saat
“The program is already over. Please stay tuned for our next program. Thank you.”

Klinik Solat merupakan program bimbingan teori dan praktikal yang direka untuk membantu peserta memperbaiki dan memahami cara pelaksanaan solat yang betul mengikut panduan yang sahih. Program ini memberi penekanan kepada pembelajaran konsep asas solat, pembetulan amali secara langsung, serta pemahaman rukun dan isu-isu penting yang sering berlaku dalam solat harian.

Melalui gabungan sesi teori dan praktikal, serta bimbingan oleh Ustaz Mohd Yusof Arbain (Pencetus Ummah Musim Ke-2 & Pengasas Akademi Tadabbur Malaysia), peserta akan dibimbing secara langkah demi langkah agar lebih yakin, tenang dan khusyuk dalam solat.

Program ini bertujuan untuk:

  • Membantu peserta mengenal pasti dan membetulkan kesilapan dalam solat
  • Memberi kefahaman teori yang jelas tentang rukun, syarat dan perkara sunat dalam solat
  • Melatih peserta melalui sesi praktikal pembetulan solat secara langsung
  • Meningkatkan keyakinan dan kekhusyukan dalam pelaksanaan solat harian
  • Mengukuhkan amalan solat melalui gabungan teori dan praktikal

Tentang Penceramah

Ust. Mohd Yusof Arbain

P.U Yusof & Pengasas Akademi Tadabbur Malaysia

Borang Pendaftaran

Klinik Solat December
Scroll to Top