Jumlah Individu Mendapat Manfaat
Fizikal & Dalam Talian
Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT) menyampaikan mesej Islam secara jelas, berhikmah dan relevan kepada masyarakat pelbagai latar belakang.
Ditubuhkan di Malaysia
Tahun Pengalaman Dakwah
Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT) ditubuhkan oleh Brother Lim Jooi Soon sebagai kesinambungan kepada misi dakwah yang telah beliau laksanakan sejak tahun 1995.
Dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha dan pernah mendalami pengajian Bible ketika berada di Adelaide, Australia, beliau akhirnya menemui Islam dan memeluk agama ini setelah melalui proses pencarian yang mendalam.
Berbekalkan pengalaman peribadi tersebut, Brother Lim berkembang sebagai antara tokoh perbandingan agama yang dikenali di Malaysia. Pada tahun 2014, IDT diasaskan bagi memperkukuh dan memperluas gerakan dakwah beliau secara lebih tersusun dan berstrategi, berasaskan pengalaman lebih 29 tahun dalam bidang dakwah dan pendidikan.
Pada peringkat awal, IDT memfokuskan kepada bimbingan mualaf serta pengukuhan akidah umat Islam. Seiring perkembangan semasa, misi IDT diperluaskan kepada penyampaian mesej Islam secara jelas, berhikmah, dan relevan kepada masyarakat pelbagai latar belakang, khususnya di rantau Asia Tenggara.
IDT memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf, justeru pelbagai inisiatif sokongan komuniti dibangunkan melalui bimbingan berstruktur, sistem latihan berterusan, bantuan kebajikan, program pendidikan, serta aktiviti pembangunan sosial. Usaha ini turut melahirkan pendakwah baharu daripada kalangan komuniti mualaf sendiri, sekali gus memperkukuh ekosistem dakwah yang mampan.
Khidmat kepada ummah melalui dakwah, pendidikan, bimbingan dan penglibatan komuniti secara fizikal serta dalam talian.
Fizikal & Dalam Talian
Sejak 2019
Kelas & Program Dakwah
Setiap angka mewakili masyarakat yang mendapat manfaat melalui dakwah, pendidikan dan bimbingan.
Menyebarkan ilmu, memperkasa umat Islam dan menyokong saudara baharu dalam perjalanan mereka.
Menyampaikan ilmu kepada seluruh masyarakat, sama ada Muslim mahupun bukan Muslim, mengenai mesej sebenar Islam yang berteraskan keamanan, ilmu, dan persaudaraan.
Melatih dan memperkasa umat Islam agar mampu menyampaikan mesej Islam dengan jelas, berilmu, dan penuh hikmah.
Memberikan sokongan kepada saudara baharu dalam perjalanan mereka untuk menjadi Muslim yang lebih baik melalui bimbingan dan bantuan yang berterusan.
Daripada aktiviti komuniti hingga penglibatan antarabangsa, IDT berkhidmat melalui pendidikan, latihan, sokongan dan dialog.
Menyampaikan mesej Islam melalui kelas bersemuka, forum dalam talian, program komuniti, dakwah lapangan dan sesi dialog secara peribadi.
Melatih sukarelawan menjadi pendakwah yang berilmu, berakhlak, dan berkemahiran dalam bidang dakwah.
Menyediakan bimbingan berterusan melalui pendidikan, sistem mentor, sokongan emosi, serta bantuan kebajikan.
Meningkatkan kefahaman masyarakat melalui ceramah dan program pendidikan di masjid, institusi pengajian tinggi, serta pusat Islam di dalam dan luar negara.
Memperluaskan penyampaian mesej Islam ke peringkat antarabangsa melalui jaringan kerjasama dan program dakwah strategik.
Melalui bimbingan, pendidikan, sistem mentor dan sokongan komuniti, IDT terus menemani saudara baharu sepanjang perjalanan mereka.
Terokai Program Kami