By Lim Jooi Soon on Thursday, 22 June 2023
Category: Articles

Islam itu mudah atau susah?

Orang Islam selalu kata Islam itu mudah. Mudah daripada segi apa? Manakala, orang bukan Islam selalu kata Islam itu susah. Susah daripada segi apa pula?

Saya ingin berikan beberapa hujah mengapa Islam itu sebenarnya mudah dan tidak susah seperti yang disangka.Pertama, agama Islam itu mudah kerana ia datang daripada pencipta sendiri.

Hal ini telah ditegaskan di dalam beberapa ayat al-Quran antaranya,

"Dia pencipta langit dan bumi…".

"... telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu.. dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu."

"Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam…

"Barangsiapa mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidak akan diterima.."

Kedua, agama Islam itu mudah sebab Allah s.w.t telah menyatakan hal demikian di dalam beberapa ayat al-Quran dibawah,

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukum-Nya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah

"...Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…"

"..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu."

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya…"

Ketiga, agama Islam itu mudah sebab Allah s.w.t telah memperakui kemudahannya.

Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, tiada siapa yang menjadikan agama itu susah melainkan dia akan tewas. Maka hendaklah kamu perbetulkan, dekatkan, gembirakan dan mohonlah pertolongan (gunalah kesempatan) daripada perjalanan pada waktu pagi dan petang serta sedikit daripada perjalanan pada waktu awal malam." (Sahih al-Bukhari)

Keempat, agama Islam itu mudah sebab ia menyeluruh (comprehensive) serta merangkumi semua aspek kehidupan.

Sebagai contoh: Islam mencakupi pelbagai aspek kehidupan dari sudut sosial, ekonomi, perundangan, sejarah, pernyataan tentang kejadian alam,peperangan, perdamaian, pemikiran, psikologi, kerohanian, ibadah, muamalat, sains, politik, perniagaan, hubungan dengan keluarga, perkahwinan, harta pusaka, moral, kebersihan dan keseluruhan yang berkait persoalan kehidupan.

Kelima, matlamat agama adalah membimbing penganutnya supaya berjaya di dunia dan di akhirat.

Persoalan saya: Jika kita mahu mencapai kejayaan, apakah yang perlu kita lakukan ? Dalam mana-mana agama pun, sekiranya seseorang itu ingin mencapai kejayaan dalam agama, mereka perlu banyak beribadah, melakukan pelbagai amalan, meditasi, sembahyang, bersedekah, mengawal nafsu dan sebagainya. Adakah mengamal semua ini mudah atau susah?

Agama Islam inginkan penganutnya berjaya di dunia dan di akhirat untuk mencapai kejayaan itu. Hidup kita perlu selalu berpandu kepada the rule. Seperti yang sering dikatakan dalam bahasa Inggeris 'no pain, no gain', ' good things not cheap. Cheap things are usually not good'.

Untuk berjaya dalam perniagaan, perkahwinan yang baik, dakwah, kerjaya dan lain-lain. Semuanya memerlukan banyak pengorbanan, kesabaran, pengampunan, dan usaha. Hal ini tidak mudah yang disangka. Namun jika banyak berlatih sehingga ia sebati dengan diri kita maka ia akan menjadi lebih mudah.

Selain itu, bersedekah merupakan suatu amalan yang baik, lagi banyak bersedekah itu lebih baik tetapi ia bukan suatu perkara yang mudah untuk istiqomah, mengajak masyarakat kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga merupakan amalan yang baik, tetapi bukan mudah untuk melaksanakannya, yang penting ia berbaloi. Kebenaran mungkin pahit tetapi ia menjadi ubat yang paling mujarab. Begitu juga jika kita ingin mencapai kejayaan dalam perniagaan, pelajaran, kesihatan, kebiasaannya memerlukan usaha yang tinggi.

Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Allah (sentiasa) hendak meringankan beban hukum-Nya kepada kamu kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah seperti yang disebutkan di dalam surah an-Nisaa': 28.

Mafhumnya: Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan Dia memahami bahawa Dia telah mencipta kita dalam keadaan lemah. Sebab itu juga Dia merancangkan agar kita membesar sedikit demi sedikit.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Kebaikan yang paling dicintai Allah adalah kebaikan yang dilakukan dengan berterusan walaupun ianya sedikit.

Mengapa Islam susah ?

Orang bukan Islam melihat Islam sebagai agama yang menyusahkan sebab mereka fikir bahawa Islam ini agama yang banyak pantang larang. Lebih-lebih lagi dari sudut makanan, ada makanan yang boleh dimakan dan ada juga yang tidak boleh dimakan.

Sebenarnya makanan atau minuman yang halal dalam agama Islam begitu banyak sekali berbanding yang haram. Makanan yang halal berjuta-juta, manakala makanan yang haram hanya ada beberapa sahaja. Seperti nisbah: 1,000,000 halal vs 5 yang haram. Jadi Islam ini mudah atau susah? Kita harus faham, Allah mengharamkan beberapa perkara ini kerana ada hikmahnya, demi kebaikan manusia bukan untuk menyusahkan mereka.

Antara jenis makanan dan minuman yang Allah s.w.t telah haramkan kepada kita antaranya:

  1. Babi

Berdasarkan kajian Ahmad H. Sakr, Profesor Biokimia dan Pakar Pemakanan dalam bukunya Daging Babi (pork), terdapat beberapa parasit dan bakteria yang mengerumuni khinzir serta hidup dalam dagingnya. Apabila dagingnya dimakan, Ia akan memindahkan penyakit kepada manusia. Di antara parasit tersebut ialah cacing pita, cacing gelang, cacing kerawit, fasciolopsis, buski, paragonimus, ciomochis senesis dan erysipelothix rhnsiphathiae.

Perihal penyakit yang dipindahkan oleh khinzir, Rizvi, pada halaman 30 bukunya Pork berkata: "Secara ringkas, babi pembawa kuman utama adalah penyebab kepada banyak penyakit serius yang membawa maut. Antaranya disentri, trikinosis, penyakit kuning, pneumonia, kelemasan, sekatan usus, pankreatitis yang pedih, pembesaran hati, cirit-birit, kekurusan, demam kuat, penyekatan pertumbuhan kanak-kanak, demam kepialu, ketimpangan, masalah jantung, mandul dan kematian yang mengejut."

1. Arak

Pengharaman arak - mencegah lebih baik daripada mengubat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pengharaman arak, kita hanya perlu buat satu kajian ringkas; hantar sekumpulan orang ke wad kecemasan di hospital setiap malam Jumaat dan Sabtu, dan satu kumpulan ke balai polis selepas 12.00 tengah malam. Kita akan dapat tahu begitu banyak kes kecederaan, pergaduhan, kemalangan, cabul wanita dan rogol disebabkan mereka dipengaruhi arak. Itu sebabnya arak diharamkan. Dapatlah kita lihat disini, bahawa arak amat merbahaya untuk mental dan fizikal seseorang. Jadi, jika dicegah dari awal ia akan mendatangkan kebaikan untuk diri kita juga.

2. Hukum haram dan dosa

Orang bukan Islam juga mendakwa agama Islam susah sebab terlalu banyak hukum; wajib kena buat, tak buat berdosa, haram. Sebenarnya yang wajib dan haram dalam Islam hanya sedikit saja berbanding agama lain. Agama Buddha contohnya mempunyai 277 ajaran (precepts) bagi mereka yang ingin menjadi sami dan mahu berjaya dalam agama itu.

Dalam agama Kristian pula, ada 614 undang-undang. Setiap penganut Kristian yang ingin mencapai kejayaan wajib ikut kesemua undang-undang ini.

"Nabi Isa a.s kata dia diutus untuk meneruskan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Sesiapa yang meninggalkan mana-mana satu undang-undang ini (614) mereka tidak akan masuk syurga." (Matius 5:17-20)

"Janganlah kamu menyangka, bahawa Aku (Yesus) datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya melainkan untuk menggenapinya." (Matius 5:17)

"Kerana Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan daripada hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi." (Matius 5:18)

"Kerana itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga." (Matius 5:19)

"Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar daripada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga."

Persoalan saya, manakah agama yang lebih mudah dan lebih susah?

Leave Comments