fas fa-globe-asia

Our Address

14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

fas fa-envelope

Email

fas fa-phone-alt

Office No.

+603 4141 8982

fas fa-headphones-alt

Helpline & Support

+60 18 468 4380

Being Compassionate Project

/10000.00

0 % Funded

RM 0.00
Donated
RM 10,000.00
Goal
0
Donors

About the campaign

Being Compassionate Project (BCP)
Bersama IDWA meringankan Beban Keluarga Nelayan

Menjelang hujung tahun, musim tengkujuh menjadikan laut tidak lagi selamat untuk para nelayan. Mereka tidak dapat turun ke laut seperti biasa, dan pendapatan harian mereka terjejas. Di rumah, keluarga mula mengurangkan hidangan, anak-anak tertanya-tanya mengapa tiada lagi ikan untuk dimasak, dan ibu bapa hanya mampu memendam resah dan berdoa agar rezeki datang dari arah lain.

Melihat kesusahan ini, Interactive Dakwah & Welfare Association (IDWA) bersama Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT) melaksanakan Being Compassionate Project (BCP) sepanjang bulan Disember. Tujuan kempen ini adalah untuk menyalurkan bantuan makanan asas kepada keluarga nelayan yang terkesan, dengan harapan dapat meringankan beban mereka menghadapi hari-hari yang mendatang. Fokus kalini adalah kelarga nelayan sekitar Kuala Selangor.

Setiap keluarga menerima bantuan bernilai sekitar RM200, yang bagi mereka bukan sekadar makanan, tetapi rezeki, penghilang resah, dan tanda bahawa mereka tidak dilupakan. Sumbangan kecil daripada anda boleh memberi impak besar, membawa harapan dan kelegaan kepada keluarga yang sedang memerlukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan ke akaun berikut:
Pertubuhan Dakwah Interaktif dan Kebajikan
5640 614 988 63
Maybank
Sertakan nota: Derma BCP

Semoga setiap sumbangan yang anda berikan menjadi amal yang diberkati, diganti oleh Allah dengan rezeki yang melimpah, dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Online Donation

Use this form to make an online donation. If this is for something specific, please note that in the comment box

1

CHOOSE OR SELECT YOUR AMOUNT

RM

2

YOU ARE DONATING AS GUEST

3

CHECKOUT