Our Address

14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Office No.

+603 4141 8982

Helpline & Support

+60 18 468 4380

Nabi S.A.W Pelopor Dialog Perbandingan Agama

Berdasarkan firman Allah s.w.t:

โ€œOleh sebab itu, sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau menjadi dari orang yang ragu (Surah Yunus 10: 94).โ€

Menurut Ustaz Muhammad Izzat al-Tahtawi (1993), seorang tokoh perbandingan agama termasuk sebahagian daripada ilmu Islam. Ia secara jelas menyatakan kebenaran serta keunggulan Islam apabila dibandingkan dengan keseluruhan agama yang wujud di dunia, khususnya ahlu al-Kitab.

Dalam konteks ini, para ilmuwan Islam menerangkan bahawa ilmu kajian perbandingan agama Islam dengan agama lain adalah melalui penulisan kitab.

Jika merujuk perbandingan agama yang dibuat secara berdialog, Rasulullah s.a.w adalah pelopor kepada dialog perbandingan agama Islam dengan yang lain. Para ilmuan Islam bersepakat bahawa dialog terawal bermula pada zaman junjungan besar Rasulullah s.a.w. Sebagai suatu contoh, hasil interaksi baginda dengan 60 perwakilan Kristian dari daerah Najran yang diketahui โ€˜Abd, al-Masih serta Abu Haritshah bin โ€˜Alqamah, salah seorang paderi yang juga dipanggil Bishop di daerah Najran. Interaksi tersebut meliputi pelbagai bentuk seperti sesi soal-jawab, perdebatan, dan seumpamanya, dan menjadi sumber inspirasi bagi umat Islam memperkembangkan ilmu tersebut.

Antara petikan dialog Rasulullah s.a.w dengan perwakilan Kristian Najran sebagaimana dinyatakan Imam Abi al-Hasan โ€˜Ali bin Ahmad alโ€“Naisaburi dalam kitab Asbab al-Nuzulnya, adalah seperti berikut:

Rasulullah s.a.w menyeru perwakilan Kristian untuk memeluk agama Islam, โ€œMasuklah kamu ke dalam Islam.โ€

Lalu perwakilan Kristian menyahut, โ€œKami sudah pun Islam sebelum tuan.โ€

Rasulullah menjawab โ€œKamu berdusta. Kamu terhalang dari Islam disebabkan seruan kamu bahawa Allah mempunyai anak, menyembah salib serta memakan khinzir.โ€

Perwakilan Kristian bertanya, โ€œSekiranya Isa bukan merupakan anak Allah, siapakah bapanya?โ€

Rasulullah bertanya pula kepada perwakilan Kristian tersebut, โ€œAdakah kamu mengetahui bahawa seorang anak (secara hakiki) menyerupai bapanya?โ€

Perwakilan Kristian membenarkan soalan Rasulullah, โ€œBenar, wahai tuan.โ€

Rasulullah mengemukakan lagi soalan kepada perwakilan Kristian itu, โ€œAdakah kamu mengetahui bahawasanya Tuhan kita Maha Hidup serta sama sekali tidak menerima kematian sebaliknya Isa menemui ajalnya?โ€

Perwakilan Kristian membenarkan lagi persoalan yang Rasulullah ajukan, โ€œBenar wahai tuan.โ€

Rasulullah terus melontarkan soalan kepada kepada perwakilan Kristian, โ€œAdakah Isa memiliki ciri sedemikian?โ€

Perwakilan Kristian membalas, โ€œTidak wahai tuanโ€

Rasulullah masih mengajukan persoalan kepada perwakilan Kristian itu, โ€œSekiranya demikian, bagaimana kamu boleh mendakwa hal itu (iaitu Isa sebagai anak Allah)?โ€

Setelah mendengar sabda Baginda, perwakilan Kristian lantas mendiamkan diri. Namun mereka seterusnya mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah s.a.w., โ€œAdakah tuan melihat seorang insan tanpa bapa? Sekiranya benar demikian, sila kemukakan bukti.

Maka Rasulullah membidas dengan berkata, โ€œAllah s.w.t berfirman:

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Isa di sisi Allah sama seperti (kejadian) Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia (Surah Ali Imran 3: 59,60-61).โ€

Seterusnya, dialog antara Islam dengan Kristian yang berlaku selepas zaman Rasulullah s.a.w melibatkan tokoh-tokoh penting daripada kedua-dua belah pihak. Antara yang perlu diberikan perhatian Saidina โ€˜Amruurutan zaman, ianya bermula dengan dialog pada zaman para sahabat. Bermula dengan dialog yang berlangsung pada 9 Mei 639 Masihi antara Saidina โ€˜Amru Ibnu Al-โ€™As r.a dengan Patriarch John 1, merupakan seorang ketua gereja Yaโ€™qubiyyah (Jacobite) dari Syria. Antara persoalan yang dikemukakan Saidina โ€˜Amru Ibn Al-โ€™As r.a ialah,

  1. Berapakah versi Bible di tangan penganut Kristian?
  2. Mengapa wujud perbezaan dalam konsep akidah di kalangan penganut Kristian?
  3. Siapakah Al-Masih pada pandangan penganut Kristian. Adakah dia Tuhan ataupun tidak?
  4. Apabila Al-Masih yang diyakini penganut Kristian sebagai Tuhan berada di dalam kandungan bondanya Maryam, siapa yang mentadbir serta mengawasi langit dan bumi?
  5. Apakah konsep keimanan yang diyakini Nabi Ibrahim a.s serta Nabi Musa a.s?

Zaman seterusnya ialah pada zaman kerajaan Islam Bani Umayyah, dialog yang berlangsung pada tahun 719 masihi antara antara Amir Al-Mukminin Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan Leo 111, Maharaja empayar Byzantin. Anis Sorroshn kerajaan Islam Bani Abbasiyah pula iaitu dialog yang berlangsung pada tahun 781 Masihi antara Khalifah Al-Mahdi bersama Patriarch Timothy 1, Ketua gereja Nestorian.

Zaman seterusnya ialah zaman kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Dialog berlangsung pada tahun 1854 masihi antara Maulana Rahmatullah Kairanawi Al-Uthmani dengan Reverand Carl Gottlieb Pfander, Ketua Missionari India.

Zaman terakhir ialah zaman ini, iaitu dialog antara Al-Syeikh Ahmeed Deedat dengan tokoh-tokoh Kristian semasa seperti Josh Mcdowell, Jimmy Swaggart dan Dr. Anis Sorrosh.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top