Our Address

14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Office No.

+603 4141 8982

Helpline & Support

+60 18 468 4380

AMARAN: Spoiler di hadapan.

Kalau kita bariskan satu-satu, mungkin senarai faktor-faktor risikonya begini.

  • Kemiskinan
  • Penderaan semasa kecil
  • Ibu yang tidak berfungsi (kerana sikap narsis dan juga berdelusi)
  • Buli di persekitaran tempat kerja
  • Tekanan sosial dan kurang bantuan kerajaan
  • Kesendirian dan tiada sokongan sosial
  • Ketidakpedulian masyarakat
  • Masalah neurologi; hilang kawalan ketawa- pseudobulbar affect? Sindrom Tourette?

Dan benarlah, persekitaran dan situasi sosial yang menekan dan berpanjangan akan memberi kesan kepada biologi dan personaliti individu. Dan sesiapa pun mampu bertukar menjadi kasar, ganas dan kemudian melawan institusi dan sistem yang menindas itu. Kita sudah tahu rumus mudah ini tanpa perlu menunggu dan menonton filem Joker Todd Philips/Joaquin Phoenix. Namun ini tidak menghalang Michael Moore (pembikin filem dokumentari terkenal dan pemenang Academy Awards) dan jutaan manusia lain memuji-muja filem Joker (2019) ini. Michael Moore membidas golongan yang menolak filem ini kerana alasan paparan yang ganas dan meraikan pembunuhan. Sebaliknya, beliau berkata “The greater danger to society may be if you DON’T go see this movie”. Katanya lagi, keganasan sebenar adalah  apabila ramai ahli masyarakat yang termarjinal dinafikan hak untuk perubatan asas dan pendidikan yang baik. Keganasan sebenar adalah korupsi dan penipuan kolar putih yang saban hari berlaku di balik cermin bangunan pencakar langit ibu kota.

Baik. Kita terima Joker 2019 sebagai satu karya seni penting dan kritik sosial yang ampuh. Barangkali, selain ahli politik dan pemimpin, media hiburan adalah entiti yang paling kuat berpengaruh membentuk kefahaman dan pemikiran masyarakat. Betapa media itu begitu berpengaruh silap-silap jangka hayat politik juga bergantung kepadanya. Semoga kritik sosial yang dimaksudkan itu memberi impak positif kepada masyarakat dan lebih penting lagi kepada pemerintah supaya terus tegak membawa keadilan.

Psikiatri dan psikologi sememangnya satu lubuk yang sering ditarah untuk meneroka ruang estetika bagi menghasilkan karya seni yang kuat. Kalau mahu menang Oscar, pilihlah watak orang gila, lebih cerah harapannya mungkin. Memegang watak yang kepincangan psikologi sambil menggamit empati dan simpati audiens bukan perkara mudah. Ramai pakar filem meramalkan Joaquin Phoenix akan memenangi Oscar (dan saya, hanya seorang penikmat fiksyen, turut bersetuju). Joker yang sebelum ini, yang diperankan oleh mendiang Heath Ledger (The Dark Knight, 2008), juga diangkat dan disalut oleh marhaen dan para kritikus perfileman atas lakonan yang begitu mengesankan. Apabila ditanya tentang wataknya, mendiang menjawab, dia adalah seorang ‘schizophrenic clown. Fraterniti psikiatri tidak senang duduk lalu, Dr John Goodwin dan Dr Izzat Tajjudin (rakan saya, pensyarah di USIM), menulis sebuah makalah yang pernah diterbitkan di jurnal antarabangsa, What Do You Think I Am? Crazy?”: The Joker and Stigmatizing Representations of Mental Ill-Health (The Journal of Popular Culture, 2016).

Berdasarkan novel grafik tersohor Batman:The Killing Joker (1988), siri komik Batman dan tentunya filem seperti The Dark Knight (2008) dan Batman (1989), Izzat dan Goodwin menyimpulkan bahawa Joker bukan penghidap penyakit mental. Joker tidak menghidap skizofrenia kerana pesakit skizofrenia tidak boleh merencana pelan mega dan rumit dan memanipulasi sepandai-pandai dan seramai-ramai orang di Gotham City seperti yang berlaku di dalam The Dark Knight. Joker bukan mengalami Kecelaruan Personaliti Disosiaif sebagaimana yang dipamerkan dalam filem Batman (1989) dan permainan video Batman: Arkham Asylum kerana sepatutnya pesakit disosiatif ini mengalami masalah lupa (amnesia) yang kerap.

Izzat dan Goodwin mengatakan Joker adalah seorang psikopatik. Ia adalah sejenis personaliti yang mempunyai sifat manipulatif, membesar-besarkan diri, tidak punya objektif jangka panjang, impulsif, tiada empati (tidak peduli hak orang lain demi mencapai kemahuan sendiri), kecenderungan menipu (walaupun perkara tak penting), gagal memikul tanggungjawab dan kecetekan emosi. Individu psikopatik juga boleh terbentuk daripada persekitaran dan senarai faktor risiko yang saya sebutkan mula-mula tadi. Dan perlu ditekankan di sini bahawa psikopatik bukan penyakit mental. Dan seseorang itu tidak memerlukan penyakit mental untuk menjadikannya seorang psikopatik. Tetapi tidak seperti pesakit mental secara umumnya, psikopatik tidak teragak-agak untuk melakukan keganasan dan pencabulan hak orang lain.

Berdasarkan novel grafik tersohor Batman:The Killing Joker (1988), siri komik Batman dan tentunya filem seperti The Dark Knight (2008) dan Batman (1989), Izzat dan Goodwin menyimpulkan bahawa Joker bukan penghidap penyakit mental. Joker tidak menghidap skizofrenia kerana pesakit skizofrenia tidak boleh merencana pelan mega dan rumit dan memanipulasi sepandai-pandai dan seramai-ramai orang di Gotham City seperti yang berlaku di dalam The Dark Knight. Joker bukan mengalami Kecelaruan Personaliti Disosiaif sebagaimana yang dipamerkan dalam filem Batman (1989) dan permainan video Batman: Arkham Asylum kerana sepatutnya pesakit disosiatif ini mengalami masalah lupa (amnesia) yang kerap.

Izzat dan Goodwin mengatakan Joker adalah seorang psikopatik. Ia adalah sejenis personaliti yang mempunyai sifat manipulatif, membesar-besarkan diri, tidak punya objektif jangka panjang, impulsif, tiada empati (tidak peduli hak orang lain demi mencapai kemahuan sendiri), kecenderungan menipu (walaupun perkara tak penting), gagal memikul tanggungjawab dan kecetekan emosi. Individu psikopatik juga boleh terbentuk daripada persekitaran dan senarai faktor risiko yang saya sebutkan mula-mula tadi. Dan perlu ditekankan di sini bahawa psikopatik bukan penyakit mental. Dan seseorang itu tidak memerlukan penyakit mental untuk menjadikannya seorang psikopatik. Tetapi tidak seperti pesakit mental secara umumnya, psikopatik tidak teragak-agak untuk melakukan keganasan dan pencabulan hak orang lain.

Kini kita sudah ada Joker ‘lebih hebat’ versi Joaquin Phoenix, dan mungkin Izzat dan Goodwin perlu menulis kertas kerja lain pula. Ini adalah kerana filem Joker itu mengambil semua faktor-faktor risiko yang disebutkan di atas tadi, mencanaikannya dengan begitu baik, menyusun dengan cermat dan kemudian menghidangkan dengan begitu meyakinkan kepada audiens bagaimana penyakit mental dan individu ganas terbentuk. Kali ini, tema isu psikiatri pada Joker lebih jelas. Lebih real.

Walaupun pun begitu, pembikin filem ini dengan pintarnya tidak menyebut pun langsung apakah diagnosis penyakit mental yang dihidapi Arthur Fleck. Kita akan tabik dengan kesungguhan filem ini mengkritik bagaimana sistem boleh mengecewakan insan seperti Arthur. Kita tabik dengan kepatuhan Arthur untuk mendapatkan ubat dan pergi temu-janji. Kita simpati kerana hidup terus mencemuhnya dan nasib mengejek-ejeknya. Kita tahu memang wujud insan seperti Arthur di dunia realiti di mana pintu takdir hanya membukanya ke jalan-jalan celaka.

Dan akhirnya dia berakhir dengan keganasan. Lebih menyeramkan, seperti Michael Moore bilang, Arthur Fleck boleh jadi sesiapa sahaja antara kita kalau kena gaya faktor-faktor risikonya. Cuma kita tak pasti tindakan ganasnya itu disebabkan faktor sosial atau faktor sakit mental. Antara perkara yang mencemaskan dunia psikiatri adalah babak di hujung cerita ketika dia bercakap, “What do you get when you cross a mentally-ill loner with a society that abandons him and treats him like trash?” dan kemudian Arthur Fleck @ Joker menarik picu revolver tepat ke kepala satu watak lagi (saya berusaha sebaik mungkin untuk menghadkan spoiler).

Baris skrip Arthur ini (dan tindakannya selepas itu) adalah ‘mesej jelas’ bahawa ‘pesakit mental apabila ditekan masyarakat akan membunuh’. Mesej jelas yang akan duduk diam di dalam diri kita yang nantinya perlahan-lahan buat kita takut untuk berdekat-dekat dengan orang gila di perhentian bas, yang nantinya menyebabkan seorang majikan menolak aplikasi kerja individu yang pernah mendapatkan rawatan psikiatri, yang nantinya secara tidak sedar kita memandang rendah seorang pesakit depresi dan yang nantinya menyebabkan individu yang berhalusinasi tidak mahu mendapatkan rawatan kerana khuatir orang memandang serong terhadapnya.

Perkara yang meresahkan dunia psikiatri adalah ‘mesej jelas’ itu ternyata bercanggah dengan sains dan statistik kerana pesakit mental adalah golongan yang kerap menjadi mangsa keganasan (dan pembunuhan) dan bukan sebaliknya. Bercanggah dengan realiti bahawa sangat ramai pesakit psikiatri yang tidak berkelakuan ganas atau membunuh. Entah kenapa menjadi tabiat kebanyakan orang, baik di Malaysia atau di Barat, benda-benda tidak bermoral mudah sahaja ditudingkan sebagai penyakit mental.

Joker sudah berusia 80 tahun. Sejak pertama kali dilahirkan di dunia dari rahim buku komik Batman 1940, Joker membina armada pengikutnya. Dia punya naratifnya sendiri. Bagi peminat tegar dan taasub, komik DC (dan juga Marvel) adalah ibarat kitab suci yang tidak mungkin diubah-ubah ‘wahyu’nya. Joker adalah Joker, watak yang sentiasa berantagonis dengan protagonis kesayangan, Batman. Joker punya karakter dan dinamiknya tersendiri. Joker akan sentiasa menyakat, menjahat dan membangsat. Sang Batman (dan penonton) akan sentiasa geram dengan perangai celaka si Joker. Dalam naratif Joker, kegilaan dan kejahatan adalah dua sisi syiling yang sama. Sampai kiamat pun tak mungkin naratif Joker ini berubah. Mahu tidak mahu, ini hakikat yang terpaksa diterima. 80 tahun lagi, selepas Jack Nicholson, Jared Leto, Heath Ledger dan Joaquin Phoenix, malahan selepas anda dan saya mungkin tidak ada lagi,  Joker tetap ada. Bersamanya sentiasa ada isu kesihatan mental.

Penggiat seni, baik popular ataupun sastera, adalah ejen budaya yang merakam citra dan nilai masyarakat. Mereka memberi apa yang sememangnya berlaku dalam (dan apa yang dimahukan oleh) masyarakat. Walaupun latarnya fiksyen, dalam hal ini komik, pembikin akan sentiasa memasukkan mesej penting – sekurang-kurangnya itulah yang dimestikan dalam sebuah karya seni yang baik. Dunia perubatan pula rentan sensitif dan mudah triggered apabila penampilan mesej itu (dirasakan) bercanggah dengan fakta sains yang mereka imani. Akan berlaku pertentangan bila mana keseimbangan cuba dicari antara berdisiplin di atas landasan fakta dan bebas menggunakan artistic license.

Kalau industri hiburan ‘adiwira’ benar-benar ikhlas dengan isu kesihatan mental mengapa tidak ada adiwira yang mempunyai masalah kesihatan mental? Menarik juga, jika Batman sendiri mengalami halusinasi dan terpaksa mengambil ubat secara berkala. Gejala dan simptomnya kadangkala merumitkan kerja-kerjanya untuk menyelamatkan dunia (baca: dunia Gotham). Cuba bayangkan plot ceritanya ketika berlawan dengan mana-mana antagonis, atau mungkin Joker sendiri, Batman terlupa mengambil ubat yang dijadualkan di waktu pagi dan betapa dia tidak mampu fokus. Lalu jadilah satu plot yang mencabar dan menarik. Ahh, saya sekadar memandai-mandai tetapi pokoknya di sini, tidak bolehkah pesakit mental itu juga seorang hero? Saya sangat percaya pesakit mental juga adalah hero. Saya percaya kerana saya selalu berjumpa dengan mereka.

Jadi sekarang, mengapa watak Batman atau adiwira lain tidak dijadikan berhalusinasi?

Share to Facebook
Share to WhatsApp

1. Pengenalan

Huruf Ḍhād (ض) merupakan salah satu huruf paling unik dalam bahasa Arab sehingga bahasa Arab digelar لُغَةُ الضَّاد — “Bahasa Ḍhād”. Ia sukar dilafazkan, mempunyai sifat yang kompleks, dan sangat penting dalam memastikan ketepatan bacaan Al-Quran. Kesilapan kecil pada huruf ini mampu mengubah makna ayat, menjadikannya antara huruf yang paling dipelajari dan diperhalusi dalam ilmu tajwid.

2. Makhraj Huruf Ḍhād

2.1 Menurut Kitab-Kitab Tajwid Klasik

Sebahagian kitab tajwid klasik menerangkan makhraj huruf Ḍhād sebagai tengah lidah (ausat al-lisān) bertemu dengan geraham atas. Kaedah ini digunakan dalam pengajaran asas untuk membantu pelajar menghasilkan bunyi Ḍhād yang tebal dan memanjang.

2.2 Menurut Imam Al-Jazari

Imam Ibn al-Jazari dalam al-Muqaddimah al-Jazariyyah menjelaskan bahawa makhraj sebenar Ḍhād ialah dari tepi lidah, lazimnya tepi kanan, yang menyentuh geraham atas bahagian belakang. Beliau menegaskan bahawa sifat istiṭālah tidak dapat dicapai tanpa penggunaan tepi lidah kerana bunyi mesti mengalir memanjang sepanjang sisi lidah.

2.3 Rumusan Perbezaan

  • Tajwid klasik: tengah lidah
  • Ibn al-Jazari dan majoriti qurra’: tepi lidah kanan (lebih tepat untuk sifat istiṭālah)

3. Sifat-Sifat Huruf Ḍhād

Menurut ulama tajwid, Ḍhād memiliki sifat-sifat berikut:

  1. Isti‘lā (Huruf Tinggi) – pangkal lidah terangkat, bunyi tebal. 
  2. Itbāq – penutupan sebahagian rongga mulut, suara lebih kuat. 
  3. Istiṭālah (Memanjang) – aliran bunyi memanjang sepanjang tepi lidah; sifat unik hanya pada Ḍhād. 
  4. Rikhwah – suara mengalir.
  5. Ismat – bukan huruf yang menjadi akar perkataan ringan.

4. Khilaf Ulama: Ḍhād – Isti‘lā’ atau Istifāl?

4.1 Pandangan Jumhur – Huruf Isti‘lā’

Majoriti ulama seperti Abu ‘Amr al-Dani, Ibn al-Jazari, Ibn al-Sabbagh dan al-Sakhawi bersepakat bahawa Ḍhād ialah huruf isti‘lā’ kerana pangkal lidah terangkat, bunyinya tebal, dan sifat itbāq serta istiṭālah hanya berlaku pada huruf isti‘lā’.

4.2 Pandangan Minoriti – Cenderung kepada Istifāl

Sebahagian ulama bahasa Arab klasik berpendapat aliran bunyi Ḍhād agak lembut, menyerupai huruf istifāl. Mereka tidak menafikan sifat tebalnya tetapi menekankan bahawa bunyinya lebih halus daripada huruf isti‘lā’ lain seperti ص atau ط.

4.3 Kesimpulan Khilaf

Pandangan kuat dan diamalkan oleh qurrā’: Ḍhād adalah huruf isti‘lā’. Pandangan minoriti lebih kepada analisis fonetik, tetapi tidak mengubah hukum tajwid amalan.

5. Keistimewaan Huruf Ḍhād

  1. Satu-satunya huruf yang mempunyai sifat istiṭālah secara mutlak.
  2. Tidak wujud dalam bahasa lain – identiti bangsa Arab.
  3. Kombinasi sifat-sifat unik: isti‘lā’, itbāq, rikhwah, istiṭālah.
  4. Kesilapan sebutan boleh mengubah makna Al-Quran secara total.
  5. Memerlukan koordinasi halus antara pangkal lidah, tepi lidah dan geraham.
  6. Aliran bunyi panjang tetapi tebal, simbol keindahan fonetik Arab.

6. Kesalahan Lazim dan Cara Mengatasinya

  1. Menyebut seperti Zā’ (ز) atau Ẓā’ (ظ).
  2. Tidak memanjangkan bunyi (hilang istiṭālah).
  3. Tidak menebalkan bunyi (hilang isti‘lā’).
  4. Tidak mengalirkan bunyi (hilang rikhwah).
  5. Tidak menggunakan tepi lidah sehingga bunyi menjadi “da”.

7. Latihan Praktikal

  • Letakkan tepi lidah kanan pada geraham atas.
  • Angkat pangkal lidah untuk menghasilkan isti‘lā’.
  • Biarkan aliran bunyi memanjang untuk memenuhi sifat istiṭālah.
  • Ulang lafaz: ضَرَبَ، أَرْضٌ، ضَلَّ
  • Latihan ayat: وَلَا الضَّالِّينَ

8. Kesimpulan

Huruf Ḍhād adalah simbol keunikan bahasa Arab dan bacaan Al-Quran. Keistimewaannya terletak pada makhraj yang sukar, gabungan sifat-sifat fonetik unik, serta keperluan ketelitian yang tinggi bagi penguasaan tajwid. Walaupun terdapat khilaf kecil dalam pandangan ulama mengenai isti‘lā’ atau istifāl, amalan qurrā’ menekankan bahawa Ḍhād mesti dibaca tebal, memanjang, dan mengalir. Menguasai huruf ini adalah satu penghormatan terhadap kalam Allah serta bukti kefahaman dan ketelitian dalam ilmu tajwid.

9. Rujukan Utama

  1. Ibn al-Jazari, al-Muqaddimah al-Jazariyyah
  2. Ibn al-Jazari, Tayyibat al-Nashr fi al-Qira’at al-‘Ashr
  3. Abu ‘Amr al-Dani, al-Taysir fi al-Qira’at al-Sab‘
  4. Al-Sakhāwī, Jamal al-Qurra’ wa Kamal al-Iqra’
  5. Ibn Jinni, al-Khassāis
  6. Sibawayh, al-Kitāb
  7. Ibn al-Sabbagh, Shams al-Qurra’
  8. Dr. Ayman Suwaid, al-Tajwid al-Musawwar
  9. Dr. Ghani Abdul Rahman, Ilmu Tajwid dan Qiraat
  10. Kajian fonetik moden Bahasa Arab
Share to Facebook
Share to WhatsApp

On 8 December 2025, from 10:00 AM to 11:30 AM, Interactive Dakwah and Tarbiyah (IDT) met with Zafina Khuzaimah, Head of Corporate Communication, and Suraya Hanim Musa, Admin and Operations Executive from Mercy Mission Malaysia (MMM), at the IDT Centre, Level 1. Representing IDT were Brother Lim Jooi Soon, President, Ustaz Mohd, Education and Research Manager, and Brother Ashraf Azhar, Dakwah and Welfare Officer. The discussion focused on potential joint initiatives to strengthen community supportimprove educational access, and expand meaningful outreach. Both organisations are now exploring several promising projects together.

The discussion included community food supportRamadhan programmes, and engagement activities for new Muslims. They also shared ideas on supporting Islamic educationinternational da’wah initiatives, and school-based programmes that focus on values, confidence, and communication skills. IDT hopes this collaboration will create more opportunities to serve the community, strengthen da’wah efforts, and provide ongoing support to those in need. With continued discussions and cooperation, IDT looks forward to building a meaningful partnership with Mercy Mission Malaysia that benefits the wider community in the long term.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

PROACTIVE, PROGRESSIVE, PROFICIENT

Alhamdulillah, Interactive Dakwah and Tarbiyah (IDT), in collaboration with Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), successfully hosted the 14th Batch of DawahPro Global from 27 October to 25 November 2025 at Dawah Academy International, Kuala Lumpur. This thirty-day international program brought together 23 participants from 14 countries, including Saudi Arabia, Netherlands, Portugal, Uganda, Oman, South Africa, Nigeria, Zimbabwe, Tanzania, India, Brunei, Sri Lanka, Indonesia, and the Philippines, all united by a shared commitment to strengthen their da’wah skills and deepen their Islamic understanding.

The program began on 28 October with a city tour that introduced participants to Kuala Lumpur. They started at Masjid Jamek, where a mosque tour guide from ABIM-IOAC explained the history, architecture, and significance of the mosque, as well as its role in the early Muslim community and the development of Islam in the city. Participants not only observed but also learned how to conduct mosque tours for non-Muslims, practicing how to present Islamic practices, history, and culture in an engaging and informative way. They gained insights into Malaysia’s Islamic heritage, reflected on the spread of Islam in Southeast Asia, and explored the mosque as a living space for the community. Next, the group visited KLCC, the iconic landmark of Malaysia and a source of pride for its people, experiencing firsthand how modernity blends with culture and tradition. They then performed Zuhur at Masjid As-Syakirin, a serene mosque in the heart of the city. The city tour provided participants with more than sightseeing. They gained cultural exposure, historical knowledge, practical skills in da’wah and tour guiding, and a chance to connect and bond with fellow participants. It was an enriching experience that prepared them mentally, spiritually, and socially before beginning their intensive da’wah training.

Training commenced with a three-day Shariah Intelligence course led by Sheikh Nuruddeen Lemu and Sister Salatu Sule, equipping participants with foundational Shariah principles and an understanding of their higher objectives. The program continued under Brother Lim Jooi Soon, Ustaz Amin Yaacob, and Brother Ashraf Azhar, who guided the cohort through the full DawahPro curriculum, focusing on sound Islamic knowledge and practical da’wah skills. Through lessons, quizzes, assessments, fieldwork, and presentations, participants developed discipline, confidence, teamwork, and the ability to convey Islam with clarity and wisdom. A highlight of the program was the individual presentation session, where participants spoke with confidence and sincerity, demonstrating clear growth throughout the course. Awards were presented to the top performers:

Best Students

  1. Muhammad Fasi (India)
  2. Shifaa Noor (Oman)
  3. Gerhard Erasmus (Taiwan)

Prizes: Cash prizes, trophies, and Certificates of Excellence

Best Presenters

  1. Mohammed Fasi Ahmed (India)
  2. Shifaa Noor (Oman)
  3. Adam Abdulrahman (Nigeria)

Prizes: Cash prizes, and Certificates of Excellence

The closing ceremony featured du’a, Qur’an recitation, the Student Representative Speech, award presentations, and certificate distribution. Best Presenter Brother Fasi also delivered a special presentation on Creator vs Creation, using the CVC method taught by Brother Lim, demonstrating how well participants had applied their training. In his closing remarks, Brother Lim reminded the cohort that their real da’wah mission continues in their families, workplaces, and communities, and encouraged them to carry the legacy of da’wah back to their countries. The 14th Batch of DawahPro Global was far more than a training program. It was a transformative journey of learning, growth, and self-discovery. Participants leave not only with knowledge and skills but with renewed purpose, strong confidence, and the commitment to represent Islam with wisdom, compassion, and integrity. They are now ready to inspire, lead, and make a meaningful impact in their communities and beyond.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

ABSTRACT

Cuba tanyakan pada diri sendiri, adakah berdakwah itu wajib atau tidak? Apakah tuntutan berdakwah fardhu ain atau fardhu kifayah? Jawapannya, dakwah adalah fardhu kifayah tetapi bolehkifayahar menjadi fardhu ain ketika mana berdakwah kepada orang yang rapat. Misalnya, selagi tidak ada orang berdakwah kepada keluarga terdekat maka ia akan menjadi kewajipan kepada kita. Namun, jika ada orang lain telah berdakwah kepadanya dan kita hanya membuat susulan, maka ia menjadi fardu kifayah pula.

PENDAHULUAN

Alasan lapuk untuk tidak berdakwah ialah tidak ada masa. Bagi saya, orang yang layak memberi alasan sebegitu rupa hanyalah mereka yang telah meninggal dunia kerana telah terputus daripada urusan duniawi iaitu sudah berada di luar ruang dan masa. Sesetengah berpendapat bahawa perlu berdakwah kepada orang Islam terlebih dahulu sebab masih ramai muslim yang tidak cukup ilmu agama. Alasan lain untuk tidak berdakwah ialah tidak cukup ilmu dan takut. Selain daripada itu, alasan yang memang sering kita dengar juga adalah diri sendiri pun masih banyak kekurangan dan berdosa, bagaimana hendak berdakwah secara hikmah.

Islah Atau Dakwah?

Dalam Bahasa Arab, dakwah bermaksud menyeru, mengajak atau menjemput. Tetapi dalam Islam, dakwah bermakna satu perjuangan menmemperbetulkan Islam. Dalam erti kata lain, dakwah yang sebenar – benarnya adalah menyampaikan risalah Islam kepada orang yang belum Islam sambil mempengaruhi mereka untuk memeluk agama Islam. Itulah definisi dakwah secara literalnya tetapi sampaikan mesej islam kepada muslim yang lain, ianya bukan dakwah tetapi dikenali sebagai islah. Islah secara istilah Islami bermaksud memperbaiki, memperbetulkan, meningkatkan ilmu pengetahuan sesama umat Islam.

Mengapa Saya Asingkan Islah dengan Dakwah?

Tujuan utamanya adalah supaya kita dapat menilai diri sendiri, sejauh manakah aktiviti dakwah dan islah yang telah kita terlibat atau lakukan untuk ummah? Setelah mengasingkan islah dan dakwah, barulah jelas bahabahawagunaan perkataan dakwah Islam dan bukan Islam, atau dakwah dalaman dan luaran secara umumnya tidak salah. Apa yang penting adalah melaksanakan tanggungjawab kita tersebut.

Aktiviti – aktiviti yang dianjurkan oleh Muslim di Malaysia majoritinya adalah berbentuk islah. Tetapi biasanya mereka menggunakan perkataan dakwah. Maksud islah ialah kita memperbaiki dan membantu mereka dengan mempertingkatkan ilmu agama Islam. Perkara sebegini biasa kita terlibat tetapi berdakwah kepada orang bukan Islam masih kurang dibiasakan.

Jika kita bandingkan amalan Rasulullah, baginda melakukan kerja dakwah dan islah seiring apabila berjumpa dengan orang Islam mahupun bukan Islam. Persoalannya, adakah kita juga bergerak seiring dengan amalan Rasulullah? Setelah mengasingkan islah dan dakwah, barulah jelas bahawa di Malaysia kita telah lalai dalam tanggung jawab melakukan dakwah.

Apakah Alasan Kita Tidak Melakukan Dakwah?

Sesetengah pihak berpendapat bahawa perlu berdakwah kepada orang Islam terlebih dahulu sebabnya masih ramai orang Islam yang tidak cukup ilmu agama. Malah ada yang lantang menyuarakan adalah lebih baik menyelamatkan seorang Islam yang telah terpesong akidah untuk kembali ke jalan yang benar berbanding membawa 100 orang bukan Islam untuk masuk Islam.

Logik golongan tersebut ialah orang Islam lebih penting berbanding orang yang belum lagi Islam. Namun, hal ini tidak selari dengan amalan Rasulullah yang melakukan kedua – keduanya. Sejarah membuktikan bahawa Baginda Rasulullah tidak pernah sekali pun menyeru agar mendahulukan islah kepada orang Islam sedangkan pada zaman itu terdapat segelintir Muslim yang tidak memenuhi tuntutan agama, malah sebahagiannya telah munafik. Rasulullah tidak pula menangguhkan dakwah kepada bukan Islam dalam usaha memperbetulkan orang Islam terlebih dahulu (Al – Mudatsir : 1 – 2).

Ada juga yang menyatakan orang Islam lebih penting, tetapi bagi saya orang Islam ‘kurang penting’ kerana dakwah lebih penting daripada islah. Contohnya, ada dua orang terlibat dalam kemalangan, seorang tidak sedarkan diri dan seorang lagi mengerang kesakitan. Yang mana satukah perlu kita selamatkan dulu? Tentulah yang tidak sedarkan diri dulu kerana keadaannya jauh lebih teruk. Pada pendapat saya, orang Islam sudah ada hidayah walaupun dia kurang beribadah, sebaliknya orang bukan Islam langsung belum mendapat hidayah lagi. Jadi siapakah yang terlebih dahulu perlu dibantu?

Alasan lain untuk tidak berdakwah ialah tidak cukup ilmu dan takut. Lazimnya, kita berasa takut kerana belum mempunyai ilmu yang mencukupi atau teknik berdakwah yang berkesan. Berdasarkan Hadis Sahih Bukhari, “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.” Masalah kita ialah selalu membandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih tinggi ilmunya. Masalah sebenar bukanlah kurang ilmu tetapi terlalu rendah diri. Sebenarnya, jika kita tahu sedikit dan sampaikan yang sedikit itu kepada orang lain maka kita beruntung kerana hidayah milik Allah dan tanggungjawab kita telah selesai. Tetapi bagi yang tinggi ilmunya, dia juga perlu menyampaikan segala ilmu yang dia ada, dan ini bukanlah satu kerja mudah.

Jika kita keluar menyampaikan ilmu, secara tidak langsung kita juga sedang menambah ilmu pengetahuan. Setelah menyampaikan ilmu walaupun sedikit dan apabila ada orang bertanya soalan yang anda tidak tahu jawapannya. Katakan, “Saudara, saya amat gembira mengenali kamu. Soalan kamu amat bagus, disebabkan itu saya tidak pernah terfikir. Saya perlu balik bertanya kepada guru saya untuk memastikan saya memberi jawapan yang lebih tepat kepada kamu. Boleh saya beri jawapan esok?”

Jika kita pulang dan bertanya semula kepada guru, maka ilmu kita juga bertambah! Gunakan taktik yang sama untuk terus berdakwah dan menambah ilmu tetapi gunakanlah ayat yang lain. Sungguhpun begitu jangan sesekali ‘goreng’ dalam menjawab soalan yang anda sendiri tidak tahu jawapannya. Alasan ini sama seperti memberi alasan, tunggu ada modal besar barulah boleh melabur! Ini tidak akan berlaku, orang lazimnya bermula dari bawah dan berkembang menjadi lebih besar. Satu lagi alasan ialah diri sendiri pun banyak buat dosa lagi, macam mana nak berdakwah?

Sebenarnya, dakwahlah yang boleh membantu kita untuk mengurangkan dosa. Hal ini kerana, apabila berkata dan melakukan perkara baik, secara automatik kita akan merasa ralat untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang kita sering perkatakan. Lagi banyak kita berkata perkara yang baik, lagi bertambah sukar untuk kita melakukan sesuatu yang buruk.

KESIMPULAN

Justeru, tiada istilah tidak cukup ilmu atau tidak bersedia dalam berdakwah. Ilmu perlu dituntut setiap masa, jika tidak mengetahui sesuatu maka bersegeralah merujuk kepada ahlinya atau lakukan penyelidikan untuk mendapat jawapan yang betul. Seandainya teknik ini sering kali diamalkan, akhirnya ilmu kita akan makin bertambah dan mampu menjawab pelbagai bentuk soalan. Jadi, tidak cukup ilmu bukan lagi alasan untuk tidak melakukan dakwah. Mari sama – sama kita selami kehidupan seorang pendakwah hebat yang bernama Ahmad Deedat, dahulu beliau acap kali ditanya soalan – soalan yang tidak dapat dijawabnya. Oleh yang demikian, beliau mempertingkatkan diri dengan mencari jawapan kepada soalan – soalan yang tidak dapat dijawabnya dengan penuh yakin. Beliau tidak menjadi seorang yang berilmu secara tiba – tiba tetapi secara beransur – ansur berkat dengan usaha yang tidak pernah mengalah dan mudah berputus asa. Jika seseorang yang hebat pun mengambil langkah sebegitu rupa, maka jadikan beliau idola dan ikutilah langkah yang sama.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Berdasarkan firman Allah s.w.t:

“Oleh sebab itu, sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau menjadi dari orang yang ragu (Surah Yunus 10: 94).

Menurut Ustaz Muhammad Izzat al-Tahtawi (1993), seorang tokoh perbandingan agama termasuk sebahagian daripada ilmu Islam. Ia secara jelas menyatakan kebenaran serta keunggulan Islam apabila dibandingkan dengan keseluruhan agama yang wujud di dunia, khususnya ahlu al-Kitab.

Dalam konteks ini, para ilmuwan Islam menerangkan bahawa ilmu kajian perbandingan agama Islam dengan agama lain adalah melalui penulisan kitab.

Jika merujuk perbandingan agama yang dibuat secara berdialog, Rasulullah s.a.w adalah pelopor kepada dialog perbandingan agama Islam dengan yang lain. Para ilmuan Islam bersepakat bahawa dialog terawal bermula pada zaman junjungan besar Rasulullah s.a.w. Sebagai suatu contoh, hasil interaksi baginda dengan 60 perwakilan Kristian dari daerah Najran yang diketahui ‘Abd, al-Masih serta Abu Haritshah bin ‘Alqamah, salah seorang paderi yang juga dipanggil Bishop di daerah Najran. Interaksi tersebut meliputi pelbagai bentuk seperti sesi soal-jawab, perdebatan, dan seumpamanya, dan menjadi sumber inspirasi bagi umat Islam memperkembangkan ilmu tersebut.

Antara petikan dialog Rasulullah s.a.w dengan perwakilan Kristian Najran sebagaimana dinyatakan Imam Abi al-Hasan ‘Ali bin Ahmad al–Naisaburi dalam kitab Asbab al-Nuzulnya, adalah seperti berikut:

Rasulullah s.a.w menyeru perwakilan Kristian untuk memeluk agama Islam, “Masuklah kamu ke dalam Islam.”

Lalu perwakilan Kristian menyahut, “Kami sudah pun Islam sebelum tuan.”

Rasulullah menjawab “Kamu berdusta. Kamu terhalang dari Islam disebabkan seruan kamu bahawa Allah mempunyai anak, menyembah salib serta memakan khinzir.”

Perwakilan Kristian bertanya, “Sekiranya Isa bukan merupakan anak Allah, siapakah bapanya?”

Rasulullah bertanya pula kepada perwakilan Kristian tersebut, “Adakah kamu mengetahui bahawa seorang anak (secara hakiki) menyerupai bapanya?”

Perwakilan Kristian membenarkan soalan Rasulullah, “Benar, wahai tuan.”

Rasulullah mengemukakan lagi soalan kepada perwakilan Kristian itu, “Adakah kamu mengetahui bahawasanya Tuhan kita Maha Hidup serta sama sekali tidak menerima kematian sebaliknya Isa menemui ajalnya?”

Perwakilan Kristian membenarkan lagi persoalan yang Rasulullah ajukan, “Benar wahai tuan.”

Rasulullah terus melontarkan soalan kepada kepada perwakilan Kristian, “Adakah Isa memiliki ciri sedemikian?”

Perwakilan Kristian membalas, “Tidak wahai tuan”

Rasulullah masih mengajukan persoalan kepada perwakilan Kristian itu, “Sekiranya demikian, bagaimana kamu boleh mendakwa hal itu (iaitu Isa sebagai anak Allah)?”

Setelah mendengar sabda Baginda, perwakilan Kristian lantas mendiamkan diri. Namun mereka seterusnya mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah s.a.w., “Adakah tuan melihat seorang insan tanpa bapa? Sekiranya benar demikian, sila kemukakan bukti.

Maka Rasulullah membidas dengan berkata, “Allah s.w.t berfirman:

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Isa di sisi Allah sama seperti (kejadian) Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia (Surah Ali Imran 3: 59,60-61).”

Seterusnya, dialog antara Islam dengan Kristian yang berlaku selepas zaman Rasulullah s.a.w melibatkan tokoh-tokoh penting daripada kedua-dua belah pihak. Antara yang perlu diberikan perhatian Saidina ‘Amruurutan zaman, ianya bermula dengan dialog pada zaman para sahabat. Bermula dengan dialog yang berlangsung pada 9 Mei 639 Masihi antara Saidina ‘Amru Ibnu Al-’As r.a dengan Patriarch John 1, merupakan seorang ketua gereja Ya’qubiyyah (Jacobite) dari Syria. Antara persoalan yang dikemukakan Saidina ‘Amru Ibn Al-’As r.a ialah,

  1. Berapakah versi Bible di tangan penganut Kristian?
  2. Mengapa wujud perbezaan dalam konsep akidah di kalangan penganut Kristian?
  3. Siapakah Al-Masih pada pandangan penganut Kristian. Adakah dia Tuhan ataupun tidak?
  4. Apabila Al-Masih yang diyakini penganut Kristian sebagai Tuhan berada di dalam kandungan bondanya Maryam, siapa yang mentadbir serta mengawasi langit dan bumi?
  5. Apakah konsep keimanan yang diyakini Nabi Ibrahim a.s serta Nabi Musa a.s?

Zaman seterusnya ialah pada zaman kerajaan Islam Bani Umayyah, dialog yang berlangsung pada tahun 719 masihi antara antara Amir Al-Mukminin Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan Leo 111, Maharaja empayar Byzantin. Anis Sorroshn kerajaan Islam Bani Abbasiyah pula iaitu dialog yang berlangsung pada tahun 781 Masihi antara Khalifah Al-Mahdi bersama Patriarch Timothy 1, Ketua gereja Nestorian.

Zaman seterusnya ialah zaman kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Dialog berlangsung pada tahun 1854 masihi antara Maulana Rahmatullah Kairanawi Al-Uthmani dengan Reverand Carl Gottlieb Pfander, Ketua Missionari India.

Zaman terakhir ialah zaman ini, iaitu dialog antara Al-Syeikh Ahmeed Deedat dengan tokoh-tokoh Kristian semasa seperti Josh Mcdowell, Jimmy Swaggart dan Dr. Anis Sorrosh.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Umat Islam sentiasa mengatakan golongan bukan Islam secara hakiki menyembah patung atau berhala. Sebaliknya pandangan mereka terhadap Islam juga sama, iaitu apabila menunaikan solat dengan beranggapan mereka ‘menyembah Kaabah’.

Jawapan kepada salah faham ini perlu diketahui oleh para dai agar mereka mudah untuk berhujah dan memberi penjelasan dengan baik mengenai agama Islam.

Kenyataan bahawa umat Islam turut menyembah Kaabah pada hakikatnya tidak berasas sama sekali. Tidak wujud fahaman ini di kalangan umat Islam yang menunaikan solat, bahawa mereka menyembah Kaabah. Ini disebabkan salah satu syarat penerimaan solat di sisi Allah s.w.t ialah mengabdikan diri kepada-Nya secara ikhlas dengan menjauhi segala bentuk perbuatan syirik. Dalam konteks ini, umat Islam tidak menyembah Ka’bah tetapi menyembah Tuhan yang memiliki Ka’bah tersebut.

Perkara ini selaras dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah ini (Kaabah)”

Surah Al-Quraish:3

Ayat ini mengingatkan kita supaya membezakan antara ‘arah’ dan ‘tujuan’. Kaabah dan Masjidil Haram hanyalah arah atau kiblat ketika menunaikan solat, bukan tempat atau objek yang disembah. Hakikatnya, umat Islam tidak pernah dan tidak akan pernah menyembah selain Allah s.w.t.

Profesor Dr. Hamka dalam bukunya Kristenisasi & Sekularisasi mengulas: “Saya menjelaskan bahawa kaum Muslimin di seluruh dunia, apa pun mazhabnya, baik dia seorang Sunni atau Syiah sekalipun, sekali-kali tidak pernah menerima ajaran bahawa kita menyembah, memuja serta beribadat kepada Kaabah. Sekiranya wujud orang Islam menyembah, memuja atau menunaikan solat untuk Kaabah, maka kafirlah ia menurut hukum yang telah ditetapkan di dalam Islam.”

Sehubungan ini, mendirikan solat dengan menghadap kiblat hanya dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t yang memerintahkan manusia melakukan sedemikian.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah, dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka, dan Allah sekali-kali tidak lalai akan apa yang mereka lakukan.

Allah s.w.t juga berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 149 yang bermaksud “Dan dari mana solat sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar daripada Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah sekali-kali tidak lalai akan segala apa yang kamu lakukan.”

Sehubungan arah kiblat ini, termaktub dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan Malik daripada Bara’ bin ‘Azib r.a katanya:

“Pada permulaan kedatangan. Rasulullah s.a.w di Madinah, beliau berhenti di kBaitullahatuk neneknya atau dia berkata, bapa-bapa saudara sebelah ibunya dari orang-orang Ansar dan beliau mendirikan solat menghadap Bait al-Maqdis selama 16 atau 17 bulan, Beliau suka supaya kiblatnya menghadap ke arah Baitullah , dan solat beliau yang pertama menghadap ke Bautullah ialah solat asar diikuti oleh sekumpulan kaum Muslimin.

“Selepas itu seorang daripada mereka yang menunaikan solat bersama beliau keluar dan lalu di sebuah masjid, di mana orang orang yang menunaikan solat sedang rukuk lalu ia berkata kepada mereka: ‘Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa aku telah mendirikan solat bersama Rasulullah s.a.w menghadap ke arah Kaabah. Mereka pun terus berpusing menghadap ke arah Baitullah.”

Ka’bah Simbol kesatuan

Hakikatnya kiblat menghadap ke arah Kaabah dalam solat hanyalah arah yang ditentukan Allah swt sebagai pusat atau simbol ‘kesatuan’. Jika arah solat umat Islam tidak ditentukan, maka akan mudah terjadinya kacau-bilau. Akan ada sebahagian daripada umat islam yang menghadap ke barat, yang menghadap lain ke timur, ke selatan, ke utara, dan sebagainya.

Untuk menyatukan atau menyeragamkan umat dalam beribadah kepada Allah swt, maka di mana sahaja pun umat islam itu berada berada, mereka diwajibkan menghadap ke satu arah yang sama iaitu Kaabah. Dalam konteks ini, terdapat empat hujah konkrit bagi membatalkan tuduhan yang tidak berasas ini.

Sekiranya umat Islam berada dalam suatu tempat yang tidak diketahui arah kiblat, mereka yang tidak tahu diizinkan melakukan solat dengan menghadap ke arah mana sahaja. Pendapat ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 115 yang bermaksud:

“Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.”

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Akidah adalah perkara paling asas dalam agama Islam. Ibaratnya jika membina sebuah bangunan, asasnya adalah perkara utama yang perlu dibina dahulu, dan biasanya ia mengambil masa yang lebih panjang. Semakin kuat asasnya, semakin tinggi bangunan yang boleh dibina.

Jika kita lihat umat Islam hari ini, seberapa kuatkah asas akidah yang dibina? Kita jarang memberi fokus kepada pembinaan perkara asas ini, sebaliknya perkara-perkara lain. Contoh yang dapat kita lihat adalah ketika arkitek ingin membina bangunan dengan mementingkan dinding, siling, hiasan dalaman dan lain-lain tanpa memberi perhatian kepada asas bangunan yang jauh lebih penting. Begitu juga dengan umat Islam, jika kita tidak menekankan aspek akidah, sebaliknya lebih mengutamakan hal lain seperti fikah atau hukum sahaja, maka kita bakal berhadapan dengan masalah.

Seperti bangunan yang tidak dibina dengan asas yang kukuh, ia boleh runtuh pada bila-bila masa. Kita pernah mendengar cerita mengenai pelajar lepasan sekolah agama yang mana setelah tamat sekolah dia keluar dari agama. Ini tidak menghairankan kerana secara umumnya di negara ini, Islam diajar untuk memberi tumpuan lebih kepada fikah, dan bukannya akidah.

Jika kita membincangkan soal akidah, kita tidak akan bergaduh atau berbeza pendapat. Sebaliknya, perselisihan, perbezaan pandangan, pergaduhan, muncul apabila membabitkan hukum fikah.

Perbandingan & penghargaan

Selain akidah, perkara yang menyebabkan orang Islam kurang menghargai Islam ialah kerana mereka kurang dididik untuk membandingkan agama Islam  dengan agama lain. Ini membuat umat Islam sukar menghargai agama mereka. 

Contohnya, jika ada dua lelaki berusia 40 tahun dan kedua-dua mereka adalah jutawan; yang pertama berjaya atas usaha gigihnya berniaga, manakala yang kedua menjadi jutawan kerana mewarisi harta bapanya. Di antara kedua-duanya, siapakah yang rasanya lebih menghargai hartanya? Tentu yang pertama. Mengapa? Kerana dia berusaha, mengkaji dan mencari. Yang kedua pula kurang menghargai kerana dia mewarisi harta tersebut. Begitu juga dengan agama Islam, jika kita sekadar mewarisi Islam daripada ibu dan bapa tanpa berusaha mengkaji dan mencari, kita akan kurang menghargai. Umat Islam yang sekadar mewarisi Islam hanya akan mengenali agama dalam bentuk solat, puasa, maulidur rasul dan sebagainya. Mereka tidak mengenali Allah, dan tidak tahu bagaimana untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Satu contoh lagi, seorang ‘tauke’ kaya memandu kereta mewah menghantar anak-anaknya ke sekolah, bercuti dan membeli-belah dengan kereta yang hebat itu. Persoalan saya, adakah anak-anak ‘tauke’ yang menaiki kereta mewah itu setiap hari rasa bersyukur? Besar kemungkinan mereka tidak merasa apa-apa, malah menganggapnya biasa saja.

Bayangkan jika kereta mewah itu rosak seminggu, dan tauke terpaksa menggunakan kereta mekanik yang buruk. Apabila anak-anak tauke itu menaiki kereta buruk, mereka bersungut kerana tidak selesa. Setelah kereta mewah diperbaiki dan mereka dapat menaikinya semula, apakah perasaan mereka sama seperti dahulu? Tentu tidak. Mereka akan lebih menghargai kereta mewah itu berbanding sebelum ini.

Jadi, jika boleh membuat perbandingan, kita akan lebih menghargai. Dalam kehidupan harian, kita membandingkan banyak benda dan perkara, tetapi apabila sampai bab agama, kita dilarang berbuat demikian. Kita dinasihatkan supaya tidak membuat perbandingan, terima sahaja apa yang guru agama kata, jangan menyoal dan sebagainya.

Tetapi dalam al-Quran kita disuruh memeriksa dan meneliti sesuatu berita yang kita dengar. Tetapi hari ini apabila guru agama mengajar, adakah kita berbuat demikian? Adakah kita bertanya mengenai bukti dalil dan nas dalam ajaran mereka?

Benarkah kenyataan yang mana murid tidak boleh bertanya soalan semasa proses pembelajaran agama? Di dalam al-Quran ada diceritakan Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah s.w.t bagaimana Dia menghidupkan mereka yang mati. Malaikat juga bertanya kepada Allah s.w.t mengapa Dia meletakkan manusia sedangkan mereka pasti membuat kebinasaan di muka bumi? Tetapi Allah s.w.t menjawab, “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.”

Rasulullah s.a.w apabila berkata-kata kepada para sahabat, ada yang bertanya, adakah ia wahyu atau daripada Baginda sendiri? Kadang-kadang Baginda berkata adalah pandangannya sendiri, dan mereka pula boleh memberi pandangan yang lain. Ini menunjukkan kita boleh bertanya, tetapi budaya bertanya untuk mengkaji dan menyiasat ini tidak diamalkan di negara ini. Kita sekadar mendengar atau belajar Islam secara lisan. Jika kita belajar cara begini, kita akan belajar perkara yang betul dan juga tidak betul. Lebih teruk, jika belajar yang tidak betul, kita tidak boleh membuat teguran.

Kaji kitab lain

Mesej saya ialah, kalau tidak kaji, maka susah untuk kita menghargai. Maka apakah kita tidak boleh mengkaji kitab-kitab agama lain? Jika boleh, maka apakah dalilnya?

Mari kita lihat ayat 64 surah Ali Imran,

“Katakanlah, “Hai ahli kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain daripada Allah…’.”

Apakah cara yang kita gunakan untuk mencari ‘persamaan’ yang disebut oleh Allah s.w.t itu jika tidak mengkaji kitab-kitab tersebut? Allah menyuruh kita mencari persamaan supaya tidak ada perselisihan faham. Persamaan inilah sebenarnya menjadi ‘master key’ dalam dakwah. Bayangkan kita berdialog dengan orang bukan islam untuk mencari beberapa persamaan sahaja antara kitab yang mereka percaya dengan al-Quran. Jika kita dapat mencari 20 persamaan, maka mereka juga telah memahami 20 perkara di dalam al-Quran. Lebih banyak persamaan yang ditemui, lebih mudah kita boleh berdakwah kepada mereka.

Di dalam surah Nahl: 125 pula Allah s.w.t berfirman,

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik….” Perintah untuk menyeru, berhujah atau berdialog ini tidak dapat kita laksanakan jika kita tidak faham kitab mereka. Maka kita perlu kaji kitab-kitab itu.

Nabi s.a.w Tokoh Terhebat Perbandingan Agama

Ahmad Deedat adalah salah seorang tokoh perbandingan agama di zaman moden ini, tetapi tokoh terhebat dalam bidang ini adalah Nabi Muhammad s.a.w. Perbandingan agama adalah sunnah Baginda. Rasulullah s.a.w pernah diziarahi oleh 60 perwakilan dari Najran, majoriti mereka adalah paderi Kristian dan diketuai oleh dua orang ‘bishop’. Mereka datang setelah terdengar khabar bahawa di negara Arab muncul seorang Nabi dan ingin memastikan kebenarannya.

Rasulullah s.a.w telah menjemput mereka ke Masjid Nabawi dan berdialog dengan mereka selama tiga hari dua malam. Baginda telah menjemput mereka untuk memeluk Islam, tetapi mereka menjawab, mereka telah lama Islam. Maka Baginda menjawab “Kamu semua berdusta”. Alasan Baginda ialah kerana mereka mengatakan Allah mempunyai anak dan memakan khinzir sedangkan dalam kitab Injil melarangnya.

Mereka bertanya kepada Baginda s.a.w, jika Isa bukan anak Allah, maka siapa bapanya? Jawapan Baginda adalah dalam bentuk soalan yang sungguh hebat, “Adakah kamu semua mengetahui anak mesti menyerupai bapanya?” Jawab mereka “Ya,” Baginda bertanya lagi. “Adakah kamu semua setuju Tuhan kita hidup, sama sekali tidak mati?” Mereka juga bersetuju. Tetapi mereka percaya bahawa Nabi Isa a.s mati disalib, sedangkan jika baginda menyerupai bapanya, tentulah baginda tidak mati.

Maka ahli rombongan itu terdiam. Mereka juga meminta Baginda memberi nama seorang insan yang dilahirkan tanpa seorang bapa. Ketika itu, turunlah wahyu (Ali Imran: 59) kerana mereka menyatakan,

 “Sesungguhnya misal (penciptaan Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, ‘Jadilah’ (seorang manusia), maka jadilah dia.”

Setelah mendengar hujah-hujah Nabi s.a.w, akhirnya ramai daripada kumpulan itu memeluk Islam. Itulah bukti keberkesanan perbandingan agama yang dibuat oleh Nabi s.a.w. Sayangnya, ilmu perbandingan agama pada hari ini kurang diberikan perhatian dalam kalangan umat Islam di negara ini. Jika kita mahir dalam bidang ini, apabila orang bukan Islam bertanya soalan, kita tahu bagaimana untuk membidas dan memberikan hujah. Begitu juga, jika ada orang yang mahu keluar dari agama Islam, kita boleh meyakinkan hujah yang kita ada.

Tanpa ilmu perbandingan agama, kita tidak dapat berdakwah walaupun peluang terbuka luas tanpa kita sedar.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Alhamdulillah, the Shariah Intelligence program was successfully held on 25 to 26 October 2025 at the Dawah Academy International Hall in Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Organized by the Interactive Dakwah and Tarbiyah Association (IDT), the two-day course brought together professionals, educators, and da’wah practitioners to explore how Shariah principles can be applied in today’s fast-moving world.

The program was led by Sheikh Nuruddeen Lemu, Director of Research and Training at the Islamic Education Trust in Nigeria, Sister Salatu Sule, Director of Beyond Academic at New Horizon College in Minna, and Brother Lim Jooi Soon, Founder and main trainer of IDT. They guided participants through thoughtful and practical discussions on how Shariah functions as a comprehensive guidance system rooted in justice, mercy, and balance. The sessions focused on the Maqasid al-Shariah and how these principles can shape governance, education, business, and interfaith engagement.

40 participants joined the program, coming from both Malaysia and overseas. Among them were lecturers from the International Islamic University Malaysia (IIUM), two officers from the Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), four participants from Al Ikhsan Sports, and several others from various organisations. The program also welcomed international attendees, including a participant from the Her Highness Organisation in Sri Lanka and several participants from the Philippines and as well as the director and officer from AMCF (Asia Muslim Charity Foundation), Indonesia. Their presence added valuable global insights that enhanced the overall learning experience.

By the end of the program, participants gained a clearer and more confident understanding of Shariah, not only as theory but as a living framework they can apply meaningfully in their personal, professional, and da’wah work. The Shariah Intelligence program continues IDT’s mission to nurture leaders who represent Islam with wisdom, compassion, and integrity.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Alhamdulillah, on 11–12 October 2025IDT organized the Intensive Da’wah Training at the IDT Centre in Wangsa Maju, Kuala Lumpur. A total of 30 participants joined this two-day program aimed at strengthening their understanding of da’wah and preparing them to share Islam effectively and confidently. Unlike a typical lecture-based course, the training was interactive and hands-on. Participants learned the Creator vs Creation method presented by Bro Lim Jooi Soon, which helps explain the concept of God in a logical and comparative way. They also learned how to answer common questions often asked by non-Muslims about Islam, a crucial skill for effective da’wah. Each participant memorized and practiced the Creator vs Creation method, then delivered their da’wah presentation in front of the class within 5 to 10 minutes. Some even volunteered to speak in public, showing great courage and enthusiasm.

The sessions helped participants build confidence, improve communication skills, and develop clarity in conveying the message of Islam. Throughout the training, they supported and encouraged one anotbarakahnding motivation and personal growth in the process. It was not just a learning experience but also a journey of self-development that nurtured sincerity, wisdom, and strategic thinking. The Intensive Da’wah Training served as a platform to shape future da’wah ambassadors, equipped with both knowledge and practical skills to represent Islam with integrity. May Allah bless all the participants and grant success and barakah in their da’wah journey.

Share to Facebook
Share to WhatsApp
Scroll to Top