Our Address

14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Office No.

+603 4141 8982

Helpline & Support

+60 18 468 4380

Dalam agama Islam, bagi setiap pengharaman perlu ada nas yang jelas, sama ada nas tersebut dipetik daripada ayat al-Quran atau sunnah Nabi s.a.w untuk membuktikan larangan sesuatu perkara.

Begitu juga dalam soal menjawab persoalan yang berkaitan dengan sama ada orang bukan Islam boleh menyentuh dan membaca al-Quran. Terdapat dua pandangan yang dikemukakan di kalangan para ulama dalam menguraikan sama ada mushaf al-Quran dalam bahasa Arab boleh disentuh oleh orang bukan Islam.

Pendapat pertama ialah, ada diantara para ulama yang melarang(mengharamkan) orang bukan Islam untuk menyentuh mushaf al-Quran. Mereka berpandangan demikian berdasarkan dalil-dalil yang terdapat di dalam al-Quran.

Surah At-Taubah: 28; “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik adalah najis…” Dengan ini, sebahagian ulama berpendapat bahawa orang musyrik itu tidak boleh menyentuh al-Quran kerana mereka dianggap najis.

Bagaimanapun, dalam Tafsir Fi Zhilalil Quran (Sayyid Qutb) jilid 5 m/s 314-315 dinyatakan hakikatnya pernyataan ayat itu tidak menggambarkan maksud ‘najis’ itu secara zahir atau fizikal mereka, melainkan merujuk kepada jiwa mereka yang tidak berpegang kepada ajaran Islam.

Al-Waqiah: 77-79; “Sesungguhnya al-Quran adalah bacaan yang sangat mulia, dalam kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh), tidak yang menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.” Sekali lagi, sesetengah ulama berpegang kepada hujan ini dan menegaskan bahawa orang-orang bukan Islam yang tidak suci itu tidak boleh menyentuh al Quran.

Sungguhpun begitu di dalam Tafsir Fi Zhilalil Quran (Sayyid Qutb) jilid 11 m/s 147, dinyatakan ayat berkenaan sebenarnya untuk menerangkan kepada kaum Musyrikin yang mendakwa pada masa itu, bahawa al-Quran itu diturunkan oleh syaitan. Allah menjelaskan bahawa sesungguhnya al-Quran (Lauhul Mahfuzh) itu tidak mungkin disentuh oleh syaitan kerana ianya disimpan dalam ilmu dan pemeliharaan Allah, dan hanya diturunkan kepada malaikat yang bersifat suci.

Kisah mengenai Sayidina Umar yang dipaksa oleh adiknya untuk membasuh tangan sebelum beliau menyentuh al-Quran. Kisah ini dijadikan dalil bagi sesetengah pihak untuk melarang orang bukan Islam daripada menyentuh al-Quran atas alasan mereka tidak suci. Perkara ini sebenarnya tidak boleh digunakan sebagai hujjah, dengan mencuci tangan tidak akan menyucikan jiwa mahupun fizikal orang bukan Islam itu. Apatah lagi ini hanya kata-kata adik Saidina Umar, dan bukan daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Pendapat kedua pula, ada diantara para ulama yang mengharuskan orang bukan Islam untuk menyentuh mushaf al-Quran. Golongan ulama yang mengharuskan orang bukan Islam memegang dan membaca al-Quran membuat keputusan itu berdasarkan hujjah dan dalil-dalil yang terdapat di dalam al-Quran.

Surah AN-NISA’: 82: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”

Persoalan di sini al-Quran sebenarnya diturunkan kepada seluruh umat Manusia atau hanya kepada umat Islam. Di dalam surah al-Kahfi: 54, Allah s.w.t berfirman; “Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam al-Quran ini untuk umat manusia, daripada segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.”

Begitu juga dalam surah Ibrahim: 1; “Alif, Laam, Raa. Ini adalah kitab (al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya daripada gelap gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.”

Dalam al-Quran, ada banyak ayat di mana Allah s.w.t mencabar bukan Islam supaya menulis kitab lain yang setanding dengan al-Quran sekiranya mereka mampu. Contohnya, di dalam surah al-Baqarah: 23; “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

Dalam surah Huud: 13; “Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: ‘la (Muhammad) yang mereka-reka al-Quran itu!’ Katakanlah (wahai Muhammad): (Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

Surah Yunus: 38; “(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: ‘Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan al-Quran menurut rekaannya.’ Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain daripada Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!”.”

An-Nisaa: 82: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” Bagaimana orang bukan Islam akan menyahut cabaran-cabaran ini jika mereka tidak boleh mengakses kandungan al-Quran?

Persoalan seterusnya ialah mengenai orang Arab yang bukan Islam, yang hanya mengetahui bahasa Arab saja. Sekiranya mereka ingin membaca al-Quran, apakah jenis al-Quran yang kita harus beri? Bahasa Melayu, Cina, Inggeris atau Arab? Tentunya al-Quran dalam bahasa Arab!

Mari kita renung-renungkan. Rasulullah s.a.w dan para sahabat bertungkus-lumus untuk menyebarkan mesej al-Quran supaya semua umat manusia diberi peluang untuk mengenali ajaran Islam. Namun sebaliknya pada hari ini, ada sesetengah pihak yang mengambil sikap kononnya ‘memelihara kesucian’ al-Quran dengan mengharamkan orang bukan Islam menyentuh dan membaca mushaf al-Quran.

Sebenarnya kita tidak perlu risau tentang kesucian al-Quran itu kerana Allah telah berjanji bahawa “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr: 9)

Ada juga ulama yang berpendapat dengan menyatakan bahawa orang bukan Islam hanya boleh menyentuh kitab terjemahan al-Quran dan bukan mushaf yang berbahasa Arab.

Saya ingin mengutarakan persoalan: Semasa hidupnya Rasulullah s.a.w sering kali menulis surat kepada ketua-ketua pemerintah bukan Islam. Surat-surat tersebut mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang sudah tentunya di dalam bahasa Arab. Tujuan Baginda ialah untuk menjemput mereka memeluk agama Islam. Antara raja yang pernah Baginda utuskan surat adalah Heraclius.

Sekiranya pemimpin-pemimpin bukan Islam dahulu boleh memegang dan membaca surat yang mengandungi al-Quran, mengapa mereka tidak boleh memegang keseluruhan mushaf al-Quran? 

Share to Facebook
Share to WhatsApp

WANGSA MAJU, 24 July 2025 — The Interactive Dakwah and Tarbiyah (IDT) welcomed four representatives from the India Dawah Centre Association (AIDCA) for a few memorable hours together. The delegation was led by Muhammad Ali Shoaib, AIMIM District President, together with Ilyas Khan, Founder Member of AIDCA and State Manager of KIDCA, as well as his students, Abrar Anjum Khan and Mohammed Ayan.

During the exchange, AIDCA shared their observation that many da’wah discussions tend to drift away from the core message, often getting sidetracked into cultural debates or minor differences. Both sides agreed that when reaching out to those new to Islam, the focus should remain on the heart of the message — the Oneness of God and the role of Prophet Muhammad ﷺ as the last messenger. They also stressed the need for better training for da’ies, combining sincerity with effective tools, relatable language, and practical methods.

Bro. Lim Jooi Soon introduced some of IDT’s approaches, including the CvC (Creator vs Creation) method, a world religions comparison banner, and a Prophets’ genealogy chart.

Bro. Lim Jooi Soon introduced some of IDT’s approaches, including the CvC (Creator vs Creation) method, a world religions comparison banner, and a Prophets’ genealogy chart.

The AIDCA team, in turn, shared their experiences from India’s diverse religious landscape, highlighting that da’wah resonates most when it addresses real social issues like poverty, injustice, and dowry, showing how Islam offers compassionate and practical solutions.

The afternoon also included a taste of Malaysian hospitality, with nasi lemak, pulut panggang, roti jala, and fresh mangosteen served alongside the sharing of ideas.

By the end of the session, both parties agreed on concrete follow-ups, from developing training modules and sharing tools, to adapting outreach for local cultures and languages.

As Bro. Lim reminded everyone in his final remarks:

⁠“Our duty is to convey the message — not to convert. Da’wah isn’t about debates or winning arguments, it’s about reaching hearts with wisdom and compassion.”

The visit concluded with a tour of IDT’s facilities, ending on a warm note and a shared commitment to da’wah that is authentic, respectful, and impactful across borders.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Dalam Islam, kalau Tuhan bersifat adil mengapa Dia menciptakan sebahagian manusia (20%) dilahirkan dalam keluarga Islam, manakala sebahagian lain (80%) diciptakan dalam keluarga bukan Islam? Dalam hal ini, manusia yang beragama Islam apabila mati akhirnya akan memasuki syurga. Sebaliknya mereka yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam, apabila mati akan memasuki neraka. Sekiranya Tuhan bersifat adil, sepatutnya Dia menciptakan semua manusia lahir dalam keluarga Islam. Lalu mereka semua diuji yang mana lebih bertakwa.

Soalan begini mungkin akan ditanya apabila seorang dai’ berdakwah di kalangan bukan Islam. Mungkin juga persoalan seperti ini bermain-main di fikiran orang Islam. Al-Quran menjawab permasalahan ini menerusi firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan (bukanlah tanggungjawab wahai Muhammad, menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki, nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman.?” ( Yunus:99)

Berdasarkan ayat di atas, ternyata sekiranya Tuhan menghendaki semua manusia menjadi orang yang beriman maka ia akan berlaku. Tetapi jika Dia tidak berkehendak hal itu maka tiada siapapun yang boleh memberi hidayah kepada manusia, ini terbukti apabila merujuk kepada kejadian malaikat. Ternyata keseluruhannya mentaati perintah Allah s.w.t serta tidak menderhakai-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Mereka (malaikat) tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

(At-Tahrim: 6)

Ujian

Namun manusia bersifat sebaliknya. Ini disebabkan kehidupan di atas dunia merupakan sesuatu ujian kepada mereka. Firman Allah s.w.t:

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Allah Maha Kuasa ( membalas amal kamu ), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Al-Mulk:2)

Firman Allah s.w.t lagi: ” Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut:2)

Berdasarkan kedua-dua ayat ini, tiada jaminan bagi seseorang itu dilahirkan dalam keluarga Islam sudah semestinya dia masuk syurga dan sebaliknya apabila dilahirkan dalam keluarga bukan Islam maka dia pasti masuk neraka.

Penghujung kehidupan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ingatlah, sesungguhnya anak-anak Adam itu diciptakan daripada pelbagai macam lapisan; di antara mereka ada yang dilahirkan sebagai orang mukmin, hidup sebagai orang mukmin dan mati dalam keadaan beriman. Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup sebagai orang kafir, dan mati pun dalam keadaan kafir. Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, lalu hidup sebagai orang mukmin, tetapi mati dalam keadaan kafir. Di antara mereka ada yang dilahirkan sebagai seorang kafir dan hidup sebagai kafir tetapi ia mati dalam keadaan beriman.” (Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi di dalam kitab al-Fitan dengan sanad yang sahih).

Berdasarkan hadis ini, ternyata wujud individu yang lahir dalam keluarga Islam yang akhirnya mati dalam keadaan kekufuran. Sebaliknya wujud individu yang lahir dalam keluarga kafir yang mati dalam husnul khatimah (mati yang baik) disebabkan mereka akhirnya beriman (memeluk Islam).

Jelas menerusi sabda Rasulullah s.a.w bahawa dalam Islam yang penting bukan keadaan seseorang itu dilahirkan tetapi penghujung (closing) kehidupannya (kematiannya). Ia sama ada mereka mati dalam keadaan beriman ataupun tidak.

Murtad & syirik

Sehubungan ini, sudah pasti penyebab utama sebilangan umat Islam mati dalam kekufuran disebabkan gejala murtad serta melakukan syirik di penghujung hayat seperti memakai tangkal azimat, ilmu pelaris dan beristi’azah (meminta perlindungan) kepada jin-jin serta orang yang sudah mati.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w turut menyatakan sebahagian umat Islam memasuki neraka menerusi beberapa perbuatan (selain syirik) yang dilakukannya. Diriwayatkan Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Seorang wanita masuk neraka disebabkan seekor kucing yang diikat olehnya, dia tidak memberi makanan kepadanya atau membebaskannya untuk mencari makanan.” (Sahih al-Bukhari)

Mesej Islam

Lahir dalam keluarga yang bukan Islam tidak semestinya menyebabkan seseorang individu itu memasuki neraka, turut dibuktikan apabila dia mati sebelum akil baligh, berpenyakit gila serta ketika seruan atau mesej Islam belum sampai kepadanya. Sehubungan ini, al-Quran menegaskan Allah s.w.t Yang Maha Adil tidak akan menghukum suatu kaum atau seseorang itu melainkan apabila mesej atau seruan Islam sudah sampai kepadanya.

Firman Allah s.w.t: “Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah kami mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).” (Al-Israa’: 15)

Berdasarkan ayat ini, sekiranya seruan Islam tidak sampai kepada sebilangan orang kafir, maka dia tidak akan diminta bertanggungjawab ke atas perbuatannya. Namun dia akan dihukum Allah s.w.t secara adil berdasarkan ‘peluang yang ada pada dirinya’.

Firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisi-Nya, pahala yang amat besar.” (Surah an-Nisaa’: 40)

Sebagai contoh, sekiranya dia mempelajari bidang sains yang menyatakan akan semula jadi wujud hasil daripada penciptaan, maka dia sebagai seorang yang belum memeluk Islam wajib mempercayai kewujudan Tuhan. Sekiranya dia menerima konsep ini, dia mempunyai harapan memasuki syurga sekiranya dia menolak, dia akan dihukum ke dalam neraka. Allah s.w.t itu Maha Adil.

Oleh hal demikian, lahir dalam keluarga Islam seolah-olah memiliki pelbagai kelebihan. Ini dilihat dari sudut ilmu Islam sampai kepada individu sama ada menerusi institusi kekeluargaan, pendidikan mahupun masyarakat Islam, Sebaliknya lahir dalam keluarga bukan Islam secara umum agak sukar memperolehi mesej Islam. Ia disebabkan faktor bergelumang dengan unsur syirik dan seumpamanya. Sehubungan ini seolah-olah ujian lebih mudah sekiranya lahir dalam keluarga Islam.

Namun Allah s.w.t Maha Adil jika diuji dengan ujian yang mudah, sudah pasti mudah untuk mencapai markah yang tinggi. Namun, jika diuji dengan ujian yang sukar untuk diatasi maka ia akan mencapai markah lulus yang rendah. Hakikatnya tiada kelebihan lahir dalam keluarga Islam mahupun bukan Islam. Ini disebabkan yang paling diambil kira ialah mati dalam apa keadaan, bukan lahir dalam apa keadaan.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

WANGSA MAJU, 18 July 2025 – Last Friday, the Interactive Dakwah and Tarbiyah (IDT) welcomed a special five-member delegation from the Maldives Island Council and Dawah Team — a significant step towards building international bridges in the field of da’wah.

Held at IDT’s headquarters in Kuala Lumpur, this official visit was more than just a courtesy call. It was a heartfelt exchange of ideas, experiences, and aspirations, all centred around one shared mission: spreading the message of Islam with wisdom, sincerity, and strategic excellence.

Dawah in the Maldives: Beautiful Islands, Untapped Oppotunities

The delegation shared the current realities of da’wah on Maafushi Island, one of the most visited local islands in the Maldives. Despite its popularity among international tourists, structured Islamic outreach there remains limited.

In response to this gap, the team is now exploring the concept of “Mosque Tours” — an inviting and informative experience designed to introduce non-Muslim visitors to Islam in a respectful, non-confrontational way. These tours aim to present the beauty of the faith through the lens of hospitality, culture, and clear understanding.

A Glimpse into IDT’s Work: Structure, Substance & Strategy

During the visit, the delegation met with Brother Lim Jooi SoonPresident of IDT, who offered a comprehensive overview of the organisation’s vision and approach. He highlighted how IDT focuses not just on outreach to non-Muslims, but also on long-term support for new Muslims through carefully structured educational programs.

Some of IDT’s core initiatives include:

✅ Weekly New Muslim Classes – conducted in Bahasa Malaysia, Mandarin, and English

✅ Field Dakwah in Public Spaces – engaging respectfully in places like parks, markets, and tourist hubs

✅ DawahPro Global – an international da’wah training program that has trained hundreds of da’ies from around the world since 2022

Looking Forward: Partnership on the Horizon

Impressed by IDT’s approach, the Maldives delegation expressed a desire to invite Brother Lim to the Maldives to further explore collaboration, particularly in developing a localised da’wah framework that suits the Maldivian context.

Potential areas for future collaboration include:

  • Developing a structured mosque tour model for tourist areas
  • Training local da’ies using IDT’s modules and methodology
  • Collaborating on curricullum development for da’wah education

This dialogue marks what we hope will be the start of a productive, long-term partnership. It will enable both parties to share knowledge, support each other, and strengthen global da’wah efforts.

Our Dua and Aspiration

May Allah make this the start of meaningful cooperation between the da’wah community in Malaysia and the Maldives. We pray that through wisdom, compassion, and professionalism, Islam continues to be shared in a way that touches hearts and transforms lives.

“Indeed, this responsibility belongs to all of us.” – Brother Lim Jooi Soon

Misionari Kristian mengatakan Jesus tidak pernah melakukan dosa (sinlessness). Sebaliknya mereka melemparkan pertuduhan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang tidak bersifat demikian. Lalu mereka cuba membawa beberapa petikan al-Quran serta hadis yang berkaitan diri Baginda bagi menyokong kenyataan tersebut. Apakah hujah-hujah yang boleh kita gunakan untuk menjawab tuduhan tersebut? Mari kita lihatnya bersama-sama.

Antara petikan Ayat al-Quran yang digunakan oleh misionari Kristian untuk membuktikan kenyataan mereka adalah seperti berikut:

  1. “(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ghafir: 55)
  2. “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).” (Surah Muhammad: 19)

Selain itu mereka juga memetik daripada hadis Rasulullah s.a.w iaitu:

  1. Nabi s.a.w pernah bersabda, “Demi Allah! Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih daripada tujuh puluh kali.” (Sahih Bukhari)
  2. Sabda Baginda lagi, “Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya seratus kali dalam sehari.” (Sahih Muslim)

Jawapan yang boleh diberikan oleh seorang dai bagi menjawab tuduhan-tuduhan ini ialah seperti kata pepatah Melayu; Gajah di pelupuk mata tak nampak, semut di seberang lautan nampak.

Misionari Kristian terlalu banyak mencari serta membongkar kesalahan orang lain sehingga menyalahi kenyataan Jesus dalam Bible yang berbunyi: “Judge not, and ye shall not be judged: condemn not, and ye shall not be condemned: forgive, and ye shall be forgiven.” (Luke 6:37, KJV) yang bermaksud (“Janganlah kamu menghakimi, maka kamu pun tidak akan dihakimi. Dan janganlah kamu menghukum, maka kamu pun tidak akan dihukum; ampunilah dan kamu akan diampuni.” (LAI)

Sehubungan persoalan di atas, Ahli Sunah Waljamaah bersepakat mengatakan Nabi Muhammad s.a.w (serta para anbiya lainnya) bersifat maksum (terpelihara daripada perbuatan dosa). Sekiranya wujud kesalahan dilakukan, maka seluruhnya telah diampuni Allah s.w.t.

Ini dinyatakan juga di dalam al-Quran melalui firman-Nya, “Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).” (Al-Fath: 2)

Merujuk dakwaan misionari Kristian keterangan mereka iaitu menurut Imam Raghib al-Asfahani dalam kitabnya al-Mufradat fi Gharib al-Quran, perkataan ‘Dzanb’ yang termaktub menerusi ayat al-Quran di atas tidak semestinya bermaksud dosa. la turut merujuk segala perbuatan atau kesilapan yang membawa natijah yang kurang baik. Dalam konteks Nabi Muhammad s.a.w yang bersifat maksum, maka “la bukan merujuk kepada dosa yang dilakukan tetapi perbuatan atau kesilapan yang tidak membawa hasil yang memuaskan.”

Antara yang diklasifikasikan al-Quran seperti berikut:

  1. Ketika Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua munafik Madinah meninggal dunia, Nabi s.a.w menunaikan solat jenazah serta mendoakannya. Lantas Allah s.w.t menegur Baginda. Firman-Nya berbunyi. Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati daripada orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka). (Surah at-Taubah: 84)
  2. Nabi s.a.w pernah mengharamkan madu dan hamba perempuannya untuk dirinya. Lantas Allah dengan firman-Nya berbunyi, “Wahai Nabi Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredhaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah at-Tahrim:1)
  3. Nabi s.a.w pernah bertoleransi dengan golongan munafik yang tidak mahu mengikuti perang Tabuk. Lantas Allah s.w.t menegur Baginda dengan firman-Nya berbunyi, “Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan, mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?” (Surah at-Taubah: 43)
  4. Allah s.w.t menegur Baginda di atas tindakannya mengambil tebusan tawanan perang Badar. Firman-Nya, “Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan daripada Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (daripada orang-orang tawanan) itu.” (Surah al-Anfal: 68)

Merujuk keempat-empat peristiwa di atas, ternyata Nabi Muhammad s.a.w juga seorang insan yang tidak terlepas daripada sifat-sifat kemanusiaan (al-Aradhul Basyariyah). Dalam konteks ini, Baginda makan, minum, tidur, sakit, gembira, susah dan sebagainya. Sebagai seorang manusia Baginda tidak terlepas daripada ‘kelupaan’ serta kesalahan yang tidak membawa kepada dosa’. Di mana peristiwa di atas merupakan refleksi daripada sifat-sifat kemanusiaan (al Aradhul Basyariyah) dirinya.

Namun timbul pertanyaan, tidakkah ia bercanggah dengan sifat kemaksuman para Nabi a.s? Secara realiti ia semakin mengukuhkan sifat kemaksuman (sinlessness) Baginda. Ini disebabkan apabila diteliti secara spesifik, ternyata setiap kali Nabi s.a.w melakukan kesalahan sudah pasti Baginda mendapat teguran Allah s.w.t. Di mana Dia tidak membiarkan kekasihnya berterusan melakukan hal yang sama secara berulang kali.

(Artikel ini akan bersambung dalam keluaran IMAN akan datang). 

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Mencari harta yang halal merupakan kewajipan seorang muslim. Ia merupakan suatu kefardhuan oleh setiap individu muslim. Allah SWT menghalal sesuatu yang baik lagi berkualiti.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, makanlah yang baik-baik dari apa yang Kami rezekikan kepada kalian dan bersyukurlah kepada Allah jika kalian hanya beribadah kepadaNya (al-Baqarah :172)

Daripada Abu Hurairah semoga Allah meredhainya beliau berkata:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا

Rasulullah SAW bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah adalah baik dan tidaklah menerima kecuali yang baik.(HR Muslim)

MAKSUD HARTA YANG HARAM

Imam al-Ghazalli mentakrifkan maksud harta yang haram adalah : harta yang diperolehi daripada pekerjaan yang haram seperti riba, rasuah, judi dan (ihtikar) monopoli

Dr Muhammad Naim Yasin menyatakan : Setiap harta yang diharamkan syara’ maka haram mengambil manfaat darinya dari sudut manapun

Dr Muhammad Sulaiman al-Asyqar pula menambah : segala harta yang tidak halal dimanfaatkan dengannya samaada wujudnya Nas yang sahih dan jelas mengharamkan atau larangan memakannya atau dikenakan hukuman jika memakannya

Maka setiap harta yang diharamkan oleh Syara’ memilikinya atau memanfaatkannya maka ia adalah harta yang haram.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC) sesebuah syarikat diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh syariah sekiranya syarikat itu menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan syariah seperti berikut:

i. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);

ii. Perjudian dan pertaruhan;

iii. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;

iv. Insurans konvensional;

v. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah;

vi. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan;

vii. Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah; dan

viii. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan syariah.

KATEGORI HARTA HARAM DAN KAEDAH MELUPUSKAN

Ulama Usul membahagikan haram kepada dua jenis :

i.Haram Lizatihi

Harta yang haram dari segi asal dan sifatnya iaitu apa yang diharamkan syara disebabkan asal ia sendiri haram,tidak memberi manfaat dalam keadaan apapun, yang mengandungi di dalamnya segala mudarat atau kekotoran mahupun keburukan seperti arak, khinzir, bangkai, darah dan segala sesuatu yang najis dan kotor yang memberi kerosakan kepada manusia

Mereka yang terlibat dengan perkara ini mestilah bertaubat nasuha dan harta yang haram lalu dilupuskan dengan kaedah berikut :

a. Disalurkan untuk kepentingan umat Islam secara umum, tidak dikhususkan kepada orang dan tempat tertentu ini merupakan pendapat sebahagian ulama Mazhab Hanbali

b. Disalurkan sebagai sedekah sunnah secara umum, mencakup hal yang terdapat maslahat, pemberian kepada fakir miskin atau untuk pembangunan masjid. Ini adalah pendapat Hanafiyah, Syafiiyyah

c. Disalurkan kepada maslahat umat Islam dan fakir miskin selain untuk masjid. Demikian pendapat Fatwa ulama Lajnah Ad Daimah Kerajaan Arab Saudi.

d. Disalurkan untuk tujuan fii sabilillah, yaitu untuk jihad di jalan Allah yang disandarkan kpada pendapat sebahgian ulama mazhab hanbali

Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya: “Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..”

ii.Haram Lighairih

Harta yang haram dari segi sifat mendapatkannya bukan pada asalnya. Sebahagian fuqaha menamakan Haram Bisababihi( Haram dengan sebab lain) atau Haram likasbihi( haram kerana cara memperolehinya)

Ia adalah seperti memperolehi harta dengan cara mencuri, rasuah, merampas hak orang lain, Ihtikar (monopoli), menipu dan khianat

Harta dibersihkan dengan dipulangkan semula kepada pemiliknya

Syeikh Atiyyah Saqar (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar) berkata, :

“Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak ditemui (pemilik asalnya), hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya(harta yang haram) dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu)

Melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah- maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
  2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau
  3. Jika harta tersebut merupakan harta rompakan, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”.
Share to Facebook
Share to WhatsApp
Scroll to Top