Field Dakwah Praktikal Oktober 2026
Kursus Dakwah
Field Dakwah Praktikal Oktober 2026
🤝DITAJA OLEH MAIWP
Bersama: Bro Ashraff Azhar & Bro Ahhmei Sawal
“Bagaimana jika satu perbualan boleh mengubah cara seseorang melihat Islam?”
Ramai mengenali dakwah sebagai sesuatu yang berlaku di masjid, kuliah atau kelas agama. Namun, dakwah juga boleh berlaku di tengah masyarakat — melalui pertemuan, perbualan dan perkongsian yang membuka ruang untuk memahami Islam.
Sepanjang September ini, Field Dakwah kembali dengan empat tema yang berbeza:
- Minggu Pertama : Fitrah: A Natural Disposition
- Minggu Kedua : Prophets: the chosen people of God
- Minggu Ketiga : The Prophet of PEACE
- Minggu Keempat : CvC: Characteristics of the Creator
Setiap sesi memberi peluang untuk kita turun ke lapangan, berinteraksi dengan masyarakat dan menyampaikan mesej Islam dengan ilmu, hikmah dan pendekatan yang baik.
Jangan lepaskan peluang anda. Daftar sekarang!
📞 Maklumat Lanjut: IDT (018-468 4380)
Tarikh Program:
Setiap Hari Ahad
04, 11, 18, 25 Oktober 2026
Masa:
09:00 Pagi - 12:30 T/Hari
Tempat:
Petaling Street, Kuala Lumpur
Yuran Program:
PERCUMA
Field Dakwah Praktikal (Oktober) memberikan peluang kepada para peserta untuk turun ke lapangan dan merasai sendiri pengalaman berdakwah dalam situasi sebenar. Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran komunikasi yang berkesan, berinteraksi dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang, serta menyampaikan mesej Islam dengan hikmah dan adab yang baik. Dengan bimbingan para da’i yang berpengalaman, para peserta akan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi praktikal, sekali gus membina keyakinan diri dan memperkukuhkan kemahiran dakwah mereka.
OBJEKTIF PROGRAM
- Memberikan pendedahan kepada peserta tentang pengalaman dakwah praktikal dalam situasi sebenar di lapangan.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi dengan masyarakat.
- Melatih peserta untuk menyampaikan mesej Islam dengan hikmah dan adab yang baik.
- Menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat secara jelas, berhemah, dan berkesan.
- Memperkukuhkan kefahaman masyarakat terhadap Islam serta menghapuskan salah faham mengenainya.
Tentang Penceramah
Bro Ashraff Azhar
Pendakwah IDT
Pelatih dan Penceramah Motivasi, Aktivis Street Dakwah, Teologi, Metodologi Dakwah, Perbandingan Agama




