Field Dakwah Practical November 2026
“Bagaimana jika satu perbualan boleh mengubah cara seseorang melihat Islam?”
Ramai mengenali dakwah sebagai sesuatu yang berlaku di masjid, kuliah atau kelas agama. Namun, dakwah juga boleh berlaku di tengah masyarakat — melalui pertemuan, perbualan dan perkongsian yang membuka ruang untuk memahami Islam.
Tema Mingguan
Terokai tema-tema praktikal melalui sesi dakwah lapangan yang dibimbing.
Islam: A Message of PEACE
Women Rights in Islam
The Beauty of Hijab
Death: A Beginning or an End?
Setiap sesi memberi peluang untuk kita turun ke lapangan, berinteraksi dengan masyarakat dan menyampaikan mesej Islam dengan ilmu, hikmah dan pendekatan yang baik.
Tentang Program
Field Dakwah Practical (November) memberi peluang kepada peserta untuk turun ke lapangan dan merasai pengalaman dakwah secara langsung. Program ini memberi tumpuan kepada kemahiran komunikasi yang berkesan, interaksi dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang, serta penyampaian mesej Islam dengan hikmah dan adab. Dengan bimbingan pendakwah berpengalaman, peserta dapat mengaplikasikan ilmu dalam situasi sebenar, membina keyakinan dan memperkukuh kemahiran dakwah.
Objektif Program
- Memberi pendedahan kepada pengalaman praktikal dakwah dalam situasi sebenar
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi dengan masyarakat
- Melatih peserta menyampaikan mesej Islam dengan hikmah dan adab
- Menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat dengan jelas, hormat dan berkesan
- Memperkukuh pemahaman masyarakat tentang Islam serta menjelaskan salah faham
Tentang Penceramah
Bimbingan daripada pendakwah lapangan berpengalaman.
Bro Ashraff Azhar
Pendakwah IDTJurulatih dan penceramah motivasi, aktivis dakwah jalanan, teologi, metodologi dakwah dan perbandingan agama
Bro Ahhmei Sawal
Pendakwah IDTBorang Pendaftaran
Lengkapkan borang di bawah untuk mendaftar program ini.
Belajar melalui perbualan dan pengalaman dakwah sebenar.
IDT — Interactive Dakwah & Tarbiyah