Field Dakwah Workshop merupakan program latihan praktikal yang direka untuk memberi pendedahan sebenar kepada peserta dalam menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Program ini menggabungkan pembelajaran teori asas dengan pengalaman langsung di lapangan, bagi membantu peserta membina keyakinan, kemahiran komunikasi, dan kefahaman dalam berdakwah secara hikmah dan berkesan.
Program ini bertujuan untuk:
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang realiti dakwah di lapangan
- Melatih peserta memulakan perbualan dan berinteraksi dengan masyarakat secara berhemah
- Membina keyakinan dalam menyampaikan mesej Islam dengan jelas dan mudah difahami
- Membantu peserta memahami pendekatan yang sesuai dalam menjawab persoalan berkaitan Islam
- Menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman sebenar (experiential learning)