Field Dakwah Practical Julai 2026
Kursus Dakwah
Field Dakwah Practical Julai 2026
Ramai belajar tentang dakwah.
Tidak ramai diberi peluang untuk mempraktikkannya.
Field Dakwah Practical membuka ruang untuk anda turun ke lapangan, berinteraksi dengan masyarakat, dan mempelajari seni menyampaikan mesej Islam dalam situasi sebenar — bersama bimbingan Bro Ashraff Azhar.
Sepanjang 4 minggu, anda akan meneroka 4 tema dakwah yang berbeza:
- ✨ Islam: A Message of Peace
- ✨ Fitrah: A Natural Disposition
- ✨ CvC: Characteristics of the Creator
- ✨ Death: A Beginning or an End?
Siapa tahu, satu perbualan yang ringkas mungkin boleh menjadi titik permulaan seseorang mengenali Islam.
Jangan lepaskan peluang anda. Daftar sekarang!
Maklumat Lanjut: IDT (018-468 4380)
Tarikh Program:
Setiap Hari Ahad
05, 12, 19, 26 Julai 2026
Masa:
09:00 Pagi - 12:30 T/Hari
Tempat:
Petaling Street, Kuala Lumpur
Yuran Program:
PERCUMA
Program Countdown
Field Dakwah Praktikal (Julai) memberikan peluang kepada para peserta untuk turun ke lapangan dan merasai sendiri pengalaman berdakwah dalam situasi sebenar. Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran komunikasi yang berkesan, berinteraksi dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang, serta menyampaikan mesej Islam dengan hikmah dan adab yang baik. Dengan bimbingan para da’i yang berpengalaman, para peserta akan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi praktikal, sekali gus membina keyakinan diri dan memperkukuhkan kemahiran dakwah mereka.
OBJEKTIF PROGRAM
- Memberikan pendedahan kepada peserta tentang pengalaman dakwah praktikal dalam situasi sebenar di lapangan.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi dengan masyarakat.
- Melatih peserta untuk menyampaikan mesej Islam dengan hikmah dan adab yang baik.
- Menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat secara jelas, berhemah, dan berkesan.
- Memperkukuhkan kefahaman masyarakat terhadap Islam serta menghapuskan salah faham mengenainya.
Tentang Penceramah