14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Office No: +603 4141 8982

Helpline & Support: +60 18 468 4380

18–19 July 2026 | Dawah Academy International, Wangsa Maju

Alhamdulillah, the Sirah Nabawiyah Course organised by Interactive Dakwah & Tarbiyah (IDT) was successfully held over two meaningful days on 18 and 19 July 2026, from 9:00 AM to 5:00 PM, at IDT Centre, Level 1, Wangsa Maju. Delivered by Dr Jefri Irwan Harris, Master Trainer and Founder of Geng Sirah, the programme brought together 47 participants on the first day and 43 participants on the second day from diverse backgrounds with a shared goal: to learn about the life of Prophet Muhammad ﷺ and understand how its lessons can be applied in daily life.

Throughout the programme, participants were introduced to the life, struggles, character and teachings of the Prophet ﷺ through sharing sessions and discussions. Sirah was not taught merely as a collection of historical events. Participants were encouraged to reflect on the wisdom behind each event and understand how the life of the Prophet ﷺ continues to guide Muslims in facing challenges and developing good character.

The sessions also highlighted the values of patience, courage, steadfastness and noble character demonstrated by the Prophet ﷺ. Participants were encouraged to connect the lessons from the Sirah with their own experiences and challenges in daily life.

The programme concluded with a reflection session where participants shared the lessons they had gained throughout the two days. They were reminded that learning about the Sirah is not simply about knowing the events of the Prophet’s ﷺ life, but also about striving to follow his example and embody his teachings and noble character.

Through the Sirah Nabawiyah Course, IDT hopes that participants will develop a deeper love and appreciation for Prophet Muhammad ﷺ and continue to look to his life as a source of guidance and inspiration to become better Muslims and individuals.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Tidak semua orang menemui Islam melalui pencarian ilmu yang panjang. Ada yang mula mengenali agama ini hanya dengan melihat akhlak dan amalan orang Islam di sekeliling mereka. Begitulah perjalanan Ana (bukan nama sebenar), seorang wanita berbangsa Cina yang mula tertarik kepada Islam sejak di bangku sekolah sebelum akhirnya memeluk agama ini secara rasmi dan melalui pelbagai ujian dalam mempertahankan keimanannya.

Ketika berada di sekolah menengah, beliau sering meluangkan masa bersama rakan-rakan Muslim di kawasan surau sekolah. Setiap kali azan berkumandang, beliau melihat mereka mengambil wuduk dan menunaikan solat berjemaah. Walaupun belum memahami Islam ketika itu, beliau tertarik melihat ketenangan yang terpancar pada wajah rakan-rakannya selepas beribadah. Pengalaman tersebut meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya.

Apabila meningkat dewasa, minat beliau untuk mengenali Islam semakin bertambah. Ketika berusia sekitar 18 tahun, beliau mula mengikuti perkongsian dakwah Brother Ridzuan Ong di media sosial. Melalui platform tersebut, beliau melihat ramai mualaf berbangsa Cina yang mempelajari dan mengamalkan Islam. Dengan dorongan daripada rakan-rakan Muslim, beliau mula mempelajari agama ini dengan lebih serius.

Pada tahun 2023, setelah benar-benar yakin dengan pilihannya, Ana mengambil keputusan untuk mendaftarkan pengislamannya secara rasmi. Selepas mengucapkan syahadah, beliau memilih untuk merahsiakan perkara tersebut daripada keluarganya. Dalam tempoh awal sebagai seorang Muslim, beliau banyak menguatkan diri dengan berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah SWT setiap kali berasa takut atau gelisah.

Beberapa ketika kemudian, keluarganya mengetahui tentang pengislamannya. Sejak itu, beliau berdepan pelbagai tentangan, khususnya daripada bapanya dan ahli keluarga di sebelah bapanya yang sukar menerima keputusan tersebut. Beliau sering menerima kata-kata yang menyakitkan hati dan tekanan yang berterusan sehingga memberi kesan kepada emosi dan ketenangan dirinya.

Dalam masa yang sama, beliau turut diuji dengan pelbagai kesukaran lain. Beliau kehilangan pekerjaan, perlu menjaga datuk dan nenek yang sakit, serta berdepan masalah kewangan. Malah, wang simpanannya sebanyak RM2,000 turut hilang akibat ditipu ketika ingin menyewa sebuah bilik.

Di sebalik semua ujian tersebut, beliau mula menyedari bahawa Allah SWT sedang mendidiknya untuk lebih bergantung kepada-Nya. Beliau mengakui bahawa sebelum ini, ketika kehidupan lebih selesa, beliau masih kurang memberi perhatian kepada ibadah dan menuntut ilmu agama. Kesusahan yang dilalui menjadikan beliau lebih dekat dengan Allah SWT dan lebih bersungguh-sungguh mempelajari Islam.

Dalam keadaan memerlukan bantuan, seorang sahabat mualaf memperkenalkan beliau kepada Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT). Di situlah beliau mendapat bimbingan, tempat berteduh sementara dan peluang untuk mempelajari Islam dengan lebih tersusun. Sedikit demi sedikit, beliau mula membina semula kehidupannya sebagai seorang Muslim.

Daripada seorang remaja yang hanya tertarik melihat ketenangan orang Islam ketika berwuduk dan bersolat, Ana akhirnya menemui ketenangan yang sama melalui hidayah dan ilmu. Walaupun masih berdepan pelbagai cabaran, beliau terus berusaha mempertahankan keimanannya dan memperbaiki dirinya sebagai seorang Muslim.

Perjalanan Ana membuktikan bahawa hidayah Allah SWT boleh bermula daripada perkara yang sangat sederhana. Namun apabila seseorang terus diberi peluang untuk belajar, dibimbing dan dikuatkan dengan sokongan daripada komuniti Muslim, Islam menjadi kekuatan yang membimbingnya menghadapi setiap ujian kehidupan.

In an increasingly interconnected and borderless world, the need for da’wah practitioners who are knowledgeable, skilled, and capable of engaging with people from diverse backgrounds has never been more critical. Recognising this need, the Interactive Dakwah and Tarbiyah Association (IDT) introduced DawahPro Global, an international intensive 30-day da’wah training programme aimed at producing a new generation of du’at who are able to convey the message of Islam in a professional, wise, and relevant manner to the global community. 

DawahPro Global integrates Islamic knowledge, da’wah methodology, communication skills, and practical training into a comprehensive platform for da’wah development. Through this programme, participants are exposed to various essential aspects of da’wah, including effective communication, interfaith dialogue, revert management, and appropriate da’wah approaches for multicultural and global societies. 

Since its first intake in 2022, DawahPro Global has successfully trained a total of 400 participants from 36 countries, including Saudi Arabia, Kuwait, the United States, the Netherlands, Portugal, Ukraine, South Africa, Taiwan, Fiji, and Sri Lanka. This achievement demonstrates that this Malaysia-founded programme is increasingly gaining recognition and trust as a competitive international platform for da’wah training.

The programme has also received support and recognition from various institutions, including the Federal Territories Islamic Religious Council (MAIWP) and the Pahang Islamic Religious Council (MUIP), which serves as the programme’s largest funding contributor. In addition, the programme was jointly officiated by YB Senator Dr. Zulkifli Hasan and the Rector of Universiti Islam Selangor (UIS), Dato’ Professor Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah. DawahPro Global has also featured internationally recognised da’wah figures such as Sheikh Nuruddeen Lemu from Nigeria, further strengthening the global values and perspectives promoted by the programme.

Through the training provided, participants not only enhance their knowledge and da’wah skills but also develop self-confidence and the ability to explain Islam rationally, respectfully, and with wisdom. The programme also serves as a networking platform that brings together participants from various countries to share experiences, exchange ideas, and establish collaborations to strengthen da’wah efforts at the global level.

Overall, DawahPro Global is one of IDT’s significant initiatives in developing the capacity of da’wah practitioners for the global community. By combining knowledge, practical training, and international networking, the programme continues to play an important role in nurturing credible du’at while serving as a bridge that connects people around the world to the beauty of Islamic teachings. It is hoped that the noble efforts behind this initiative will continue to grow, expand, and positively reach every corner of the world in a sustainable manner.

Equipped for Da'wah, Empowered for Impact

KUALA LUMPUR, 13–14 June 2026 – The Path of the Mu’min: Intermediate brought together participants from different states, including Penang and Perak, who travelled quite a distance to be part of this two-day program. It reflects their strong commitment and eagerness to grow in their da’wah journey. As a continuation of the basic-level course, the program focused on practical approaches to communicating Islam effectively and confidently.  

On the first day, participants attended engaging sessions including Creator vs Creation (CvC) by Brother Lim Jooi Soon, where they learned how to explain the concept of God and creation in a clear and structured way. They also joined a session by Ustaz Amin Yaacob on Major Shirk and Minor Shirk, along with several short discussions that strengthened their understanding of faith and da’wah.  

The second day focused on practice and presentation. Participants were encouraged to come forward and present what they had learned. Many stepped out of their comfort zone, and it was inspiring to see how confidently they shared their ideas and understanding.

IDT hopes that through this program, participants will continue to move forward with greater confidence in sharing da’wah, applying the knowledge gained, and becoming individuals who positively benefit the community. May it also serve as a catalyst for the wider and continuous spread of Islamic teachings, bringing lasting positive impact to society.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

WANGSA MAJU, 6 & 7 Jun 2026 – Interactive Dakwah & Tarbiyah (IDT) telah mengalu-alukan seramai 34 remaja berusia antara 13 hingga 18 tahun dari pelbagai sekolah sekitar Wangsa Maju dan Kuala Lumpur untuk menyertai Kursus Aspirasi Remaja 2026. Sejak awal program, suasana di dewan begitu meriah dan penuh keceriaan, dengan gelak tawa dan senyuman yang menghiasi kehadiran para peserta yang datang dengan rasa ingin tahu, harapan serta semangat untuk belajar, bermuhasabah dan membina diri.

Sepanjang dua hari program berlangsung, para peserta didedahkan kepada pelbagai topik yang bertujuan mengukuhkan identiti Muslim, memperdalam kefahaman agama serta membantu mereka menghadapi cabaran semasa dengan lebih yakin. Antara topik yang dikupas termasuk Islam dan identiti Muslim, konsep fitrah, Creator vs Creation (CvC), keaslian al-Quran, serta perbincangan berkaitan kepercayaan, budaya dan perayaan masyarakat Cina. Turut dikongsikan ialah perbincangan mengenai syirik, fahaman yang menyimpang daripada ajaran Islam serta sesi Field Dakwah yang membantu peserta membina kesedaran yang lebih jelas tentang batas-batas akidah dalam Islam.

Program ini dikendalikan oleh barisan fasilitator yang berdedikasi iaitu Brother Lim Jooi Soon, Ustaz Amin Yaacob, Ustaz Mohd Abdullah dan Brother Ashraf Azhar. Setiap mereka membawa pendekatan penyampaian yang tersendiri, menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik, dekat dengan jiwa remaja dan mudah difahami.

Selain sesi pembelajaran, program turut dimeriahkan dengan kuiz, aktiviti berkumpulan dan cabutan bertuah yang berjaya mengekalkan suasana ceria serta keterujaan peserta sepanjang program berlangsung. Penyediaan sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang turut mewujudkan suasana yang mesra dan harmoni, sekali gus menggalakkan interaksi, kerjasama dan persahabatan baharu dalam kalangan peserta.

Di penghujung program, ramai peserta berkongsi bahawa mereka berasa lebih teguh dalam pegangan agama, lebih memahami identiti diri serta lebih menghargai hubungan dengan diri sendiri dan orang lain. Mereka pulang bersama sijil penyertaan elektronik, kenangan yang bermakna serta motivasi baharu untuk melangkah ke hadapan dengan lebih yakin. Cabutan bertuah yang menawarkan 10 hadiah menarik turut menambahkan kegembiraan dan menjadi penutup yang manis buat program ini.

Alhamdulillah, Kursus Aspirasi Remaja 2026 bukan sekadar sebuah program, malah merupakan satu perjalanan yang penuh dengan pembelajaran, refleksi dan pembinaan diri. Interactive Dakwah & Tarbiyah (IDT) mendoakan agar segala ilmu, pengalaman dan ukhuwah yang terjalin sepanjang program ini terus menjadi panduan kepada para peserta dalam mengukuhkan keimanan, membina sahsiah diri serta menjadi generasi Muslim yang mampu menyumbang secara positif kepada agama, bangsa dan negara.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Alhamdulillah, pada 16 hingga 20 Mei 2026, Interactive Dakwah and Tarbiyah Association (IDT) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah berjaya menganjurkan program DawahPro Basics Orang Asli Siri 2 yang berlangsung di Wisma IDT, Kuala Lumpur.

Program intensif selama lima hari ini telah menghimpunkan seramai 20 peserta, terdiri daripada 15 peserta lelaki dan 5 peserta wanita dari pelbagai daerah di negeri Pahang.

Sepanjang lima hari program berlangsung, para peserta dibimbing oleh Brother Lim Jooi Soon dan Ustaz Amin Yaacob melalui pelbagai sesi interaktif yang menggabungkan teori dan latihan praktikal. Dengan asas yang telah dibina dalam siri sebelumnya, para peserta dilihat lebih bersedia untuk menyertai perbincangan, menyampaikan pembentangan dan mengaplikasikan teknik-teknik dakwah yang dipelajari.

Antara topik yang diketengahkan termasuk kemahiran pengucapan awam, pemahaman antara agama serta pendekatan berhikmah dalam menjelaskan ajaran Islam kepada masyarakat. Selain sesi pembelajaran di dalam kelas, peserta turut diuji melalui pelbagai aktiviti, kuiz dan tugasan yang membantu meningkatkan keyakinan serta kemampuan mereka dalam menyampaikan mesej Islam dengan lebih jelas dan berkesan.

Apa yang paling menggembirakan ialah perkembangan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program. Daripada sesi ke sesi, mereka semakin berani menyuarakan pandangan, tampil ke hadapan untuk membuat pembentangan dan berinteraksi dengan lebih yakin. Perubahan ini membuktikan bahawa latihan yang berterusan mampu melahirkan pendakwah komuniti yang bukan sahaja berilmu, malah mampu menyampaikan dakwah dengan baik kepada masyarakat sekeliling.

Majlis penutup program telah dihadiri oleh Encik Chris Lim Cheng Wei, Penolong Pegawai Dakwah MUIP, yang turut menyampaikan sijil kepada para peserta. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan MUIP dalam menyokong usaha pembangunan dakwah dan pemerkasaan masyarakat Orang Asli.

Alhamdulillah, kesemua peserta berjaya menamatkan program dengan jayanya. Beberapa peserta turut menerima pengiktirafan atas prestasi cemerlang mereka sepanjang latihan.

Anugerah Pelajar Terbaik

1. Nurul Fatin Qairah binti Bah Dol — 78.2%

2. Mohd Sahrin Zainul Abidin — 77.8%

3. Mimi Nasara binti Nordin — 73.8%

Anugerah Pembentang Terbaik

Mimi Nasara binti Nordin — 69%

Alhamdulillah, program ini telah berakhir dengan jayanya. Para peserta pulang ke komuniti masing-masing dengan kefahaman yang lebih mantap, keyakinan yang lebih tinggi serta kemahiran dakwah praktikal yang lebih baik. IDT berharap inisiatif seperti ini akan terus melahirkan lebih ramai pendakwah yang berkemampuan untuk meneruskan legasi dakwah dan menyampaikan mesej Islam dengan hikmah, keikhlasan dan kasih sayang kepada masyarakat.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Definisi Dakwah dan Islah

Dakwah dari segi bahasa bermaksud seruan, ajakan, atau jemputan. Manakala dakwah dari segi istilah pula bermaksud mengajak, menyeru, dan menjemput orang bukan Islam kepada agama Islam. Adapun islah pula bermaksud memperbaiki atau memperelokkan sesuatu yang sudah ada. 

Apabila kita sebut perkataan jemput atau seru, semestinya kita menjemput orang yang berada di luar untuk masuk ke dalam. Kita tidak menjemput orang yang sudah ada di dalam. Oleh itu, ungkapan dakwah ini lebih sesuai digunakan untuk menjemput orang bukan Islam masuk ke dalam agama Islam. Manakala islah pula lebih sesuai untuk orang Islam kerana kita hendak memperbaiki dan memperelokkan orang yang telah berada di dalam agama.

Timbul persoalan, salahkah kalau kita menggunakan istilah dakwah untuk bukan Islam dan Islam sekali? Seperti dakwah kepada bukan Islam dan dakwah kepada Muslim, atau dakwah luaran dan dakwah dalaman. Tidak salah sebenarnya, tetapi tujuan saya membezakan antara dakwah dan islah ini adalah untuk kita menilai. Kalau dari skala satu hingga lima, berapa banyak kita buat dakwah dan berapa banyak kita buat islah?

Ada setengah orang berkata, ramai lagi umat Islam yang jauh dari agama, kenapa kita sibuk hendak buat dakwah kepada bukan Islam? Untuk menjawab persoalan ini, mari kita lihat zaman Nabi Muhammad SAW. Apakah Baginda membuat islah sahaja, atau dakwah kepada bukan Islam sahaja, atau Baginda melakukan kedua-duanya sekali? Jawapannya, Baginda melakukan kedua-duanya secara serentak.
(Rujukan: Ibn Hisham, Sirah Nabawiyyah; al-Mubarakfuri, Ar-Raheeq al-Makhtum)

Kewajipan Dakwah dalam al-Quran

Adakah dakwah wajib? Adakah ia hanya untuk pendakwah sahaja? Atau untuk ulama, ustaz, atau mufti sahaja? Adakah disebut dalam al-Quran? Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 140:

أَمْ تَقُولُونَ إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطَ كَانُوا هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ ۗ قُلْ أَأَنتُمْ أَعْلَمُ أَمِ اللَّهُ ۗ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “Apakah kamu mengatakan bahawa Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan para cucunya adalah Yahudi atau Nasrani? Katakanlah: Adakah kamu lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan persaksian yang ada padanya daripada Allah? Dan Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang kamu lakukan.”
(Rujukan: al-Tabari; Tafsir NU Online)

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 159:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ…

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk selepas Kami menjelaskannya kepada manusia dalam Kitab, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” 

(Rujukan: al-Suyuti, Asbab al-Nuzul; Ibn Kathir)

Rasulullah SAW bersabda:

“بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً”

“Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 3461)

Hadis ini menunjukkan bahawa dakwah bukan hanya tanggungjawab ulama, tetapi setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing.

Pengertian Hikmah

Hikmah membawa maksud kebijaksanaan daripada Allah dan kecerdikan dalam memilih cara dan masa yang sesuai. Ia juga bermaksud tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara. Orang yang berhikmah ialah orang yang bijaksana. Dakwah hendaklah dilakukan dengan penuh hikmah melalui akhlak yang baik, nasihat yang lembut, serta dialog yang beradab.
(Rujukan: al-Qurthubi; al-Jalalayn)

Allah SWT berfirman dalam Surah an-Nahl ayat 125:

ٱدْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلْحِكْمَةِ وَٱلْمَوْعِظَةِ ٱلْحَسَنَةِ وَجَٰدِلْهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ

Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dan siapa yang mendapat petunjuk.”

(Rujukan: al-Qurtubi; Ibn Kathir; al-Jalalayn)

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرِّفْقَ لَا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

“Sesungguhnya kelembutan tidak ada pada sesuatu melainkan ia menghiasinya.”
(Riwayat Muslim, no. 2594)

Kisah Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS merupakan antara contoh paling jelas dalam al-Quran tentang pendekatan dakwah dengan kelembutan, walaupun kepada seorang pemerintah yang paling zalim dalam sejarah, iaitu Firaun.

Allah SWT memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk pergi berdakwah kepada Firaun dengan cara yang penuh hikmah dan tidak keras. Allah SWT berfirman dalam Surah Taha ayat 44:

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

Maksudnya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut.”

(Rujukan: Ibn Kathir)

Kisah ini mengajar bahawa dakwah Islam bukan sekadar menyampaikan kebenaran, tetapi bagaimana kebenaran itu disampaikan. Kelembutan dalam dakwah bukan tanda kelemahan, tetapi tanda kebijaksanaan dan keteladanan seorang pendakwah. 

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ يُحْرَمِ الرِّفْقَ يُحْرَمِ الْخَيْرَ

“Sesiapa yang tidak diberikan kelembutan, maka dia terhalang daripada kebaikan.”
(Riwayat Muslim, no. 2592)

Pengertian Kalimah Sawa’

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 64:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ…

Maksudnya: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah…”

(Rujukan: Ibn Kathir; al-Tabari)

Rasulullah SAW bersabda kepada Mu‘az bin Jabal:

إِنَّكَ تَأْتِي قَوْمًا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ، فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ…

“Sesungguhnya engkau akan mendatangi kaum Ahli Kitab, maka jadikan perkara pertama yang engkau dakwahkan kepada mereka ialah tauhid…”
(Riwayat al-Bukhari, no. 7372; Muslim, no. 19)

Kesimpulan

إِنَّكَ تَأْتِي قَوْمًا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ، فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ…

Kesimpulannya, dakwah adalah tanggungjawab setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah bil hikmah menuntut kita menampilkan akhlak yang baik, menggunakan kelembutan, serta pendekatan berperingkat. Kita perlu mendahulukan tauhid sebelum cabang syariat, sebagaimana yang ditunjukkan dalam al-Quran dan sunnah.

Rasulullah SAW bersabda:

لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

“Jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki melalui kamu, itu lebih baik daripada unta merah.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 2942; Muslim, no. 2406)

Share to Facebook
Share to WhatsApp

From Fundamentals to Basics – Strengthening Da‘wah Practice

Alhamdulillah, from 9 to 13 May 2026, the Interactive Dakwah and Tarbiyah Association (IDT), in collaboration with Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), successfully conducted the first series of DawahPro Basics Orang Asli at Wisma IDT, Kuala Lumpur. The five-day intensive programme brought together 23 female participants from various districts.

Under the guidance of Brother Lim Jooi Soon and Ustaz Amin Yaacob, participants were trained to convey the message of Islam with clarity, confidence, and practical understanding. This programme marked a progression from the DawahPro Fundamentals level, strengthening participants’ da‘wah skills and moving them into a more structured and applied Basics stage.

As this cohort had already been exposed to fundamental da‘wah techniques, the participants of this first Orang Asli DawahPro Basics series showed strong understanding, confidence, and ability throughout the programme. Their prior exposure helped them participate more actively, understand content faster, and apply what they learned in discussions and activities. The focus of the training was to improve communication, build confidence, and prepare participants for real da‘wah

Key Programme Highlights:

  • Active Learning and Assessment

Each session ended with a short quiz to check understanding and keep participants engaged. Assessment was based on quizzes, attendance, attitude, and presentations, helping to build discipline and teamwork.

  • Comprehensive Da‘wah Topics

Participants were introduced to public speaking, interfaith understanding, and practical ways to explain Islam clearly and respectfully. Trainers also discussed current issues to help participants handle real situations outside the classroom.

The closing ceremony was attended by MUIP representative, Chris Lim Cheng Wei, Penolong Pegawai Dakwah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). His presence showed MUIP’s continued support for outreach work within the Orang Asli community.

All participants received certificates of completion, while top achievers were also celebrated for their excellent performance throughout the programme.

Top achievers of the programme were:

  1. Siti Salmiah binti Sulong – (Best Student)
  2. Nurul Aziana binti Bidi – 2nd Place
  3. Nurul Arsy binti Abdullah – 3rd Place

Best Presenter: Siti Salmiah binti Sulong — she also performed very well throughout the programme and showed strong understanding and confidence in her presentation.

Alhamdulillah, the programme ended well, and all participants returned with knowledge, confidence, and practical skills to share Islam in a clear and sincere way. IDT hopes this initiative will continue to nurture more da‘ie who are able to carry forward the legacy of da‘wah, ensuring that the message of Islam continues to be shared with wisdom, sincerity, and consistency across generations.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Tidak semua orang memeluk Islam melalui jalan yang indah dan terancang. Ada yang datang kepada agama ini dalam keadaan penuh kekeliruan, tekanan, malah tanpa benar-benar memahami apa yang sedang dipilihnya. Namun, hidayah Allah SWT mampu mengubah perjalanan hidup seseorang dengan cara yang tidak pernah dijangka.

Brother Y (bukan nama sebenar) merupakan seorang lelaki berbangsa Cina yang berasal dari Pulau Pinang. Ketika usia mudanya, beliau berdepan dengan masalah kewangan yang sangat serius. Hutang kad kredit yang terlalu banyak membuatkan hidupnya menjadi tidak tenteram. Hampir setiap hari beliau menerima panggilan daripada pihak bank dan pelbagai pihak lain yang menuntut bayaran hutang. Tekanan demi tekanan menyebabkan beliau hidup dalam ketakutan dan kebuntuan.

Dalam keadaan terdesak dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Pulau Pinang dan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Namun di sana, beliau tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan hanya bergantung kepada teman wanitanya ketika itu.

Melihat keadaan beliau yang tidak mempunyai tempat berteduh, teman wanitanya mencadangkan sesuatu yang agak luar biasa, iaitu memeluk agama Islam. Apabila beliau bertanya sebabnya, wanita tersebut menjelaskan bahawa orang Islam boleh tinggal atau berlindung di masjid jika berada dalam kesusahan. Disebabkan terlalu tertekan dengan hidupnya ketika itu, beliau tidak berfikir panjang lalu bersetuju untuk memeluk Islam.

Namun begitu, selepas memeluk Islam, beliau sebenarnya tidak pernah pun tinggal di masjid seperti yang dirancang. Hakikatnya, keputusan memeluk Islam ketika itu bukanlah kerana beliau memahami ajaran Islam ataupun mencari kebenaran, tetapi lebih kepada usaha untuk mencari perlindungan dan melarikan diri daripada masalah hidup yang menghimpit dirinya.

Sejak hari itu, Brother Y hidup sebagai seorang Muslim tanpa benar-benar mengenali agama yang dianutinya. Selama hampir sepuluh tahun, beliau tidak pernah belajar tentang Islam secara mendalam. Beliau tidak menunaikan solat, tidak berpuasa, dan tidak mengetahui asas-asas penting dalam kehidupan seorang Muslim. Islam sekadar hadir pada nama dan status dirinya, tetapi belum benar-benar menyentuh hati dan kehidupannya.

Perjalanan hidup beliau mula berubah apabila beliau bertemu dengan seorang wanita yang kemudiannya menjadi isterinya. Brother Y mengajak wanita tersebut untuk berkahwin, namun wanita itu memberikan satu syarat supaya beliau perlu memahami dan belajar tentang Islam terlebih dahulu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Syarat tersebut menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Wanita itu mula mengajak beliau menghadiri kelas-kelas agama dan memperkenalkan beliau kepada suasana pembelajaran Islam yang lebih baik. Melalui bimbingan dan dorongan yang berterusan, beliau mula membuka hati untuk mengenali Islam dengan lebih serius.

Akhirnya, beliau dibawa ke Interactive Dakwah & Tarbiyah Association IDT untuk mula belajar dan memahami Islam dengan lebih baik dan jelas. Di situlah beliau mula mengenali Islam, belajar tentang akidah, ibadah, dan tujuan hidup sebagai seorang Muslim. Sedikit demi sedikit, kefahaman dan keyakinannya terhadap Islam mula tumbuh dengan lebih mendalam.

Daripada seorang lelaki yang memeluk Islam hanya kerana tekanan hidup dan masalah tempat tinggal, Brother Y akhirnya menemui ketenangan melalui ilmu dan hidayah Allah SWT. Hari ini, beliau bukan sahaja berusaha memperbaiki dirinya, malah aktif melakukan kerja-kerja dakwah dan membantu orang lain mengenali Islam.

Perjalanan beliau membuktikan bahawa hidayah Allah SWT mampu hadir melalui pelbagai bentuk, termasuk saat seseorang berada dalam titik terendah kehidupan. Namun apabila seseorang terus diberi peluang untuk belajar, dibimbing, dan didekati dengan kasih sayang, Islam menjadi cahaya yang mengubah seluruh kehidupannya.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Hidayah tidak mengenal usia, bangsa, ataupun latar belakang kehidupan seseorang. Ada insan yang mula mengenali Islam sejak muda, dan ada juga yang hanya mendekatinya setelah melalui sebahagian besar perjalanan hidup. Namun, tidak semua yang telah yakin dengan Islam mampu melangkah mudah untuk memeluknya secara rasmi. Ada yang terhalang oleh tekanan, ketakutan, dan hubungan keluarga yang begitu sukar untuk dilepaskan.

Inilah kisah sepasang suami isteri berbangsa Cina dari Terengganu yang mula mendekati Islam pada usia emas mereka. Pasangan ini merupakan individu yang agak dikenali di kawasan mereka dan hidup dalam keadaan yang senang hasil perniagaan yang diusahakan sejak sekian lama. Walaupun usia mereka sudah menjangkau sekitar 70-an, kedua-duanya mempunyai minat yang sangat mendalam untuk mengenali Islam.

Perkenalan mereka dengan Islam bermula melalui anak lelaki mereka yang telah terlebih dahulu memeluk Islam. Anak mereka sering berkongsi dan berdakwah tentang ajaran Islam kepada kedua ibu bapanya. Sedikit demi sedikit, hati pasangan tersebut mula terbuka dan tertarik untuk memahami Islam dengan lebih dekat.

Setiap kali para pendakwah datang ke kawasan mereka, pasangan ini sentiasa menunjukkan layanan yang sangat baik. Mereka sering membawa makanan dan begitu gembira apabila dapat bertemu serta berbincang tentang Islam. Jika terdapat kuliah agama atau program di masjid berdekatan, mereka akan hadir untuk mendengar. Walaupun belum bersedia memasuki ruang utama masjid, mereka tetap hadir dan duduk di bahagian luar masjid untuk mengikuti kelas dan mendengar tentang Islam.

Hubungan mereka dengan Islam bukan sekadar minat biasa. Mereka aktif mengikuti pelbagai kelas agama, termasuk program-program anjuran Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT). Mereka juga pernah mengikuti kelas secara dalam talian serta menyertai diploma pengajian Islam yang dianjurkan oleh IDT. Hampir setiap program yang diadakan akan cuba mereka sertai kerana keinginan mereka untuk memahami Islam sangat tinggi.

Menurut para pendakwah yang mengenali mereka, pasangan ini mempunyai kefahaman tentang Islam yang sangat baik. Mereka bukan sahaja memahami asas-asas agama, malah ada kalanya kefahaman mereka lebih mendalam berbanding sebahagian orang Islam yang lahir dalam keluarga Muslim sendiri.

Perjalanan hidayah tertangguh apabila hasrat mereka untuk memeluk agama Islam secara rasmi tidak dapat diteruskan ketika berdepan tekanan yang kuat daripada anak perempuan mereka. Keadaan menjadi semakin berat apabila anak mereka pernah mengugut untuk memutuskan hubungan kekeluargaan jika mereka benar-benar memilih Islam.

Ancaman tersebut menyebabkan mereka berada dalam dilema yang sangat berat. Di satu sudut, hati mereka sudah dekat dengan Islam dan mereka benar-benar yakin dengan ajarannya. Namun di sudut yang lain, mereka terlalu takut kehilangan hubungan dengan anak sendiri.

Walaupun belum memeluk Islam secara rasmi, pasangan ini sebenarnya telah mula mengamalkan kehidupan seperti seorang Muslim. Mereka meninggalkan makanan dan minuman yang haram serta berusaha menjaga kehidupan mereka mengikut apa yang dipelajari daripada Islam. Sedikit demi sedikit, cara hidup mereka berubah seiring dengan kefahaman yang semakin mendalam terhadap agama ini.

Kisah pasangan ini menjadi gambaran bahawa perjalanan menuju hidayah tidak selalu mudah. Ada insan yang telah memahami dan meyakini Islam sepenuh hati, tetapi masih diuji dengan tekanan keluarga dan ketakutan kehilangan orang tersayang. Kisah mereka juga mengajar kita bahawa tugas dakwah bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga menemani, memahami kesulitan yang dihadapi, dan terus mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan jalan hidayah buat mereka.

Share to Facebook
Share to WhatsApp
Scroll to Top