Kursus Bimbingan Mualaf
Kursus Islam
Kursus Bimbingan Mualaf
• Apa cabaran sebenar yang mualaf hadapi selepas syahadah?
• Bagaimana cara mereka menyesuaikan diri dengan ibadah, keluarga, dan masyarakat?
• Apakah soalan fiqh dan realiti sosial yang mereka perlukan jawapan?
Bimbingan mualaf bukan sekadar mengajar solat atau akidah. Ia untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baru, sambil menyantuni perjalanan rohani dan emosi mereka.
Apa yang anda akan pelajari:
🔹 Siapa itu mualaf/mukalaf & cabaran mereka
🔹 Persediaan mental, emosi, dan psikologi mualaf
🔹 Isu fiqh, soalan lazim & realiti sosial mereka
📌 Terhad kepada 50 peserta sahaja!
📲 Daftar sekarang!
Sertai kami pada program Kursus Bimbingan Mualaf
📞 Maklumat Lanjut: IDT (018-468 4380)
Tarikh:
Sabtu & Ahad
27 - 28 Jun 2026
Masa:
09.00 Pagi - 05.00 Petang
Lokasi:
Dawah Academy International Hall, Wangsa Maju
Yuran:
PERCUMA
Program Countdown
Kursus Bimbingan Mualaf direka khas untuk membantu mereka yang baru memeluk Islam menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai seorang Muslim. Program ini bukan sekadar mengajar solat atau akidah asas, tetapi turut menyantuni perjalanan rohani, emosi, dan sosial mualaf. Peserta akan memahami cabaran sebenar mualaf, belajar panduan fiqh praktikal, serta menyesuaikan diri dengan keluarga, masyarakat, dan ibadah harian.
Objektif Program:
- Membantu peserta memahami cabaran dan realiti sebenar hidup mualaf.
- Memberi persediaan mental, emosi, dan rohani untuk menyokong perjalanan iman.
- Menyediakan panduan fiqh praktikal dan jawapan kepada soalan lazim mualaf.
- Membina keyakinan dan kemahiran asas untuk menyesuaikan diri dengan ibadah harian dan kehidupan masyarakat.
- Mewujudkan ruang interaktif untuk perkongsian pengalaman, refleksi, dan sokongan berterusan.
Tentang Penceramah
Bro Lim Jooi Soon
Pengerusi IDT
Dakwah, Perbandingan Agama, Usul Fiqh & Maqasid Shari’ah, Bimbingan Mualaf, dan Teologi Islam
Ustaz Amiin Yaacob
Pendakwah IDT
Perbandingan Agama dan Teologi








