Alamat

14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

No. Pejabat

+603 4141 8982

Talian Bantuan

+60 18 468 4380

Bro Lim Jooi Soon

Dakwah, Perbandingan Agama, Usul Fiqh & Maqasid Shari’ah, Bimbingan Mualaf, dan Teologi Islam

"Da’ie & Ilmuwan Islam Serba Boleh dan Penceramah Jemputan"

Profil

Brother Lim Jooi Soon ialah seorang da’ie berpengalaman lebih 29 tahun dalam menyebarkan mesej Islam. Beliau adalah pengasas dan Presiden IDT (Interactive Dakwah and Tarbiyah Association), sebuah organisasi yang menggunakan teknologi moden dan pendekatan interaktif untuk berdakwah.

Beliau pernah menuntut ilmu dengan Sheikh Ahmad Deedat, seorang tokoh terkenal dalam perbandingan agama, dan mempelajari banyak teknik berdakwah daripadanya. Kini, beliau juga melatih para pendakwah lain di IDT, berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam berdakwah secara berkesan.

Pendidikan

Mengikuti program “Correspondence Bible Study Training” di South Australia

Pengalaman

  • Penganjur kursus Usul Fiqh & Maqasid Shari’ah bersama Sheikh Nuruddin Lemu di Nigeria
  • Penganjur Interactive Dakwah Training di IDT Centre
  • Penceramah jemputan untuk jabatan agama, agensi kerajaan, universiti, organisasi swasta dan gereja di Malaysia dan luar negara termasuk Hong Kong, Singapura, Filipina, Indonesia, Jordan, China, Korea, Thailand dan Taiwan
  • Terlibat dalam forum perbandingan agama
  • Kaunselor untuk kes murtad di bawah Mufti Wilayah
  • Memegang tauliah mengajar di Selangor, Sarawak, Pahang, Perak, Kedah, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Melaka

Seorang penulis dan ilmuwan yang aktif dalam bidang akidah dan perbandingan agama

  • 7 Persoalan Berkenaan Asas-Asas Agama Kristian
  • 7 Questions On The Basic Beliefs Of Christianity
  • Jawapan Islam Terhadap Ketuhanan Jesus
  • Mengulas Karya Sdr Mohd Farhan Abd. Allah: “Kristianisasi & Gejala Murtad di Malaysia”
  • Keaslian Al-Quran
  • Soalan Kontemporari
  • Menjawab Risalah Missionari
  • Menerbitkan Shariah Intelligence (IET Nigeria)
  • Menerbitkan Relationship with Non-Muslim / Hubungan dengan Non-Muslim
  • Menerbitkan Al-Ameen (IET) Terjemahan Bahasa Malaysia: 40 Hikmah Akhlak Nabi
Scroll to Top