Perang Hunain merupakan antara peristiwa penting dalam sirah Rasulullah ﷺ yang kurang diketahui oleh ramai Muslim. Peristiwa ini dirakamkan di dalam al-Quran kerana mengandungi pengajaran yang mendalam tentang keimanan, pergantungan kepada Allah SWT, tawaduk, serta hakikat sebenar sebuah kemenangan. Melalui sesi ini, para peserta akan memahami dengan lebih mendalam kisah Perang Hunain serta menghayati ibrah yang masih relevan dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa kini.
OBJEKTIF PROGRAM
Pada akhir program ini, peserta dapat:
- Memahami latar belakang dan kepentingan Perang Hunain dalam sirah Rasulullah ﷺ.
- Mengetahui sebab Perang Hunain dirakamkan di dalam al-Quran.
- Menghayati ibrah dan hikmah di sebalik Perang Hunain.
- Mengaplikasikan pengajaran tersebut bagi mengukuhkan keimanan dan kehidupan seharian.