Celebrate Knowledge Series merupakan program ilmu Islam yang diadakan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan. Program ini membincangkan pelbagai topik seperti Sirah Nabawiyah, Kewangan Islam, Tadabbur al-Quran, Ulum al-Hadith, Ulum al-Quran, serta isu-isu dakwah kontemporari. Setiap sesi disampaikan oleh para ulama dan pakar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.