


Dr. Jefri Irwan Harris
Sirah, Usul Fiqh & Maqasid Shariah
"Menyebar Ilmu, Menyembuh dan Menerangkan"
Profil
Dr. Jefri Irwan Harris, lebih dikenali sebagai Dr. Jef, ialah seorang doktor perubatan yang mempunyai minat mendalam terhadap sejarah Islam dan Sīrah Nabawiyyah (biografi Nabi Muhammad ﷺ). Dengan pengalaman berdakwah lebih tujuh tahun di seluruh negara, beliau komited melatih para pendakwah baru, membekalkan teknik dakwah yang berkesan, serta memberi inspirasi kepada umat Islam untuk menyampaikan Islam dengan hikmah, kasih sayang, dan ilmu.
Pendidikan
- MBBS dari International Islamic University Malaysia (IIUM)
- Diploma Pengajian Islam dari Arees University, USA
Pengalaman
- Pegawai Perubatan di Hospital Ipoh, Hospital Teluk Intan, dan Klinik Kesihatan Changkat Lada, Perak
- Penolong Pengarah di Jabatan Kesihatan Negeri, Perak
- Pensyarah Latihan di UniKL-RCMP
- Peserta Training in Psychiatry and Psychology, Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan
- Pegawai Perubatan Tetap di UniKL-RCMP Medical Centre, Ipoh, Perak
- Sukarelawan perubatan untuk Mercy Malaysia: Bihar, India (3 bulan); Peshawar, Pakistan (2 minggu); Padang, Indonesia (2 minggu)
- Jurulatih dan penceramah di Interactive Dakwah and Tarbiyah Association (IDT), Kuala Lumpur dan Global Learning Centre (GLC), Ipoh