Field Dakwah Workshop: Women Rights in Islam merupakan program latihan dakwah praktikal yang bertujuan membimbing peserta dengan ilmu, kemahiran komunikasi, dan keyakinan untuk berhadapan dengan persoalan serta salah faham berkaitan wanita dalam Islam.
Melalui sesi pembelajaran, dialog, simulasi, dan pengalaman lapangan, peserta akan mempelajari cara menerangkan hak wanita dalam Islam dengan hikmah, jelas, dan penuh rahmah secara berkesan dan profesional.
Program ini menggabungkan pembelajaran teori dan pengalaman lapangan sebenar bagi membantu peserta membina pendekatan dakwah yang lebih matang, tersusun, dan yakin.
Pada akhir program, para peserta akan dapat:
- Memahami salah faham umum berkaitan hak wanita dalam Islam
- Mengaplikasikan teknik komunikasi yang berkesan semasa berdakwah
- Menjelaskan ajaran Islam berkaitan wanita dengan hikmah dan keyakinan
- Mengendalikan persoalan sensitif dan interaksi sebenar secara tenang dan profesional
- Membina pengalaman praktikal dalam berinteraksi dengan masyarakat semasa aktiviti dakwah lapangan