14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

No Pejabat: +603 4141 8982

Talian & Bantuan: +60 18 468 4380

Intensif Dakwah Melaka

Kursus Dakwah

Intensif Dakwah Melaka

🤝 TAJAAN: YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN

DAKWAH NI BUKAN SEKADAR CAKAP PASAL ISLAM.

Tapi… macam mana nak sampaikan Islam dengan cara yang betul, jelas dan dekat dengan mad’u?

Ramai yang ada keinginan nak berdakwah. Tapi bila berdepan dengan soalan, perbezaan latar belakang atau situasi sebenar di lapangan, kita mungkin tak tahu nak mula dari mana.

Inilah asbab Kursus Intensif Dakwah Melaka ini diadakan.

Dalam kursus ini, peserta akan dibimbing untuk memahami asas, pendekatan dan kemahiran dalam berdakwah, supaya dakwah bukan sekadar teori, tapi boleh dipraktikkan dengan lebih yakin dan berkesan.

Jika anda berminat belajar dakwah dengan lebih serius, this is your chance. 👀

📲 DAFTAR SEKARANG

Jangan lepaskan peluang anda. Daftar sekarang!

📞 Maklumat Lanjut: IDT (018-468 4380)

Tarikh Program:

Sabtu & Ahad
03 - 04 Oktober 2026

Masa:

09.00 Pagi - 05.00 Petang

Tempat:

IDT Centre Melaka

Yuran Komitmen:

FREE

Program Countdown

Hari
Jam
Minit
Saat
“The program is already over. Please stay tuned for our next program. Thank you.”

Kursus Intensif Dakwah, adalah latihan praktikal selama 2 hari yang direka untuk Muslim yang ingin berdakwah dengan yakin dan berkesan. Peserta akan terlibat dalam aktiviti realistik, mempelajari strategi komunikasi, dan mengaplikasikan pendekatan unik yang boleh digunakan dalam dakwah harian.

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  1. Menyampaikan mesej Islam dengan jelas dan yakin kepada pelbagai audiens.
  2. Mengaplikasikan teknik dakwah praktikal dalam situasi sebenar.
  3. Memahami keperluan audiens dan menyesuaikan komunikasi dengan berkesan.
  4. Menggunakan strategi unik yang bukan sekadar teori, tetapi memberi impak nyata.
  5. Meningkatkan keyakinan dan kemahiran untuk berdakwah secara konsisten dan bermakna.

Tentang Penceramah

Bro Lim Jooi Soon

Master Trainer

Comparative Religion, Dawah Methodology, Revert Management

Ustaz Amiin Yaacob

Master Trainer

Comparative Religion, Bible Study, Christianity

Borang Pendaftaran

Intensif Dakwah Melaka
Scroll to Top