❓ Betul ke cara solat kita selama ini sudah tepat?
❓ Pernah tak rasa ragu, sama ada solat kita diterima dan dilakukan dengan betul?
❓ Sebenarnya, apa yang paling penting untuk kita perbaiki dalam solat?
Diagnos dan rawat solat anda dengan bimbingan daripada Ustaz Mohd Yusof Arbain (P.U Yusof & Pengasas Akademi Tadabbur Malaysia)
✨ PROGRAM TAJAAN MAIWP ✨
Dengan menyertai Klinik Solat ini, anda akan:
✅ Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan solat yang sering terlepas pandang
✅ Memahami isu-isu penting dalam solat
✅ Lebih yakin dalam menunaikan ibadah harian
👉 Daftar sekarang!
Betulkan solat, maka Allah akan betulkan hidup kita. Itulah asbab turunnya rahmat Allah di dunia dan di akhirat.
Klinik Solat merupakan sebuah program pendidikan dan bimbingan yang terbuka kepada semua umat Islam yang ingin meningkatkan kefahaman serta memperbaiki amalan solat mereka. Klinik ini menyediakan panduan praktikal secara langsung yang merangkumi pergerakan solat, bacaan, serta hukum-hakam asas bagi membantu para peserta menunaikan solat dengan betul dan lebih yakin.
Melalui suasana pembelajaran yang interaktif dan mesra, para peserta digalakkan untuk bertanya soalan, membetulkan kesilapan yang sering dilakukan, serta memperkukuhkan hubungan rohani dengan Allah SWT melalui ibadah solat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan solat dan memupuk istiqamah dalam menunaikan ibadah harian bagi setiap individu tanpa mengira tahap pengetahuan atau pengalaman.














