The Path of The Mu'min Advanced Pahang
Kursus Dakwah
The Path of The Mu'min Advanced Pahang
Ilmu sahaja tidak cukup tanpa cara penyampaian yang berkesan.
Kursus The Path of The Mu’min: Advanced ini fokus kepada kemahiran berdakwah secara berkesan dan pengurusan program dakwah agar mesej Islam dapat disampaikan secara tersusun, beradab dan memberi impak.
🎤 Penceramah: Brother Lim Jooi Soon | Ustaz Amin Yaacob | Ustaz Mohd Abdullah
Antara fokus utama program:
- Teknik berdakwah di hadapan khalayak
- Penyusunan isi dan pembentangan yang jelas dan berkesan
- Asas pengurusan program dakwah dari perancangan hingga pelaksanaan
🔗 Pendaftaran PERCUMA
Jangan lepaskan peluang anda. Daftar sekarang!
Maklumat Lanjut: IDT (018-468 4380)
Tarikh Program:
Sabtu & Ahad
21 - 22 November 2026
Masa:
09.00 Pagi - 05.00 Petang
Tempat:
IDT Centre Kuantan, Pahang
Yuran Komitmen:
RM20 (akan dikembalikan)
Program Countdown
The Path of the Mu’min 103 (Advanced) merupakan kesinambungan kepada pembelajaran asas dan strategi dakwah yang telah dipelajari dalam siri sebelumnya. Program ini memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran praktikal dalam berdialog, berinteraksi, dan menyampaikan mesej Islam secara lebih berkesan.
Peserta akan didedahkan kepada pendekatan dakwah yang berhikmah, teknik komunikasi yang jelas dan meyakinkan, serta cara mengendalikan pelbagai situasi mencabar dengan profesional dan beradab. Program ini direka khas untuk mereka yang ingin membawa dakwah ke tahap yang lebih tinggi.
OBJEKTIF PROGRAM
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam dakwah secara lebih berkesan
- Melatih peserta berdialog dengan penuh hikmah dan adab
- Membantu peserta menjawab persoalan dengan jelas, tepat, dan meyakinkan
- Memberi pendedahan kepada teknik mengendalikan situasi mencabar dalam dakwah
- Memahami batasan (do’s & don’ts) agar mesej Islam tidak disalah faham
Tentang Penceramah
Bro Lim Jooi Soon
Master Trainer
Comparative Religion, Dawah Methodology, Revert Management
Ustaz Amiin Yaacob
Master Trainer
Comparative Religion, Bible Study, Christianity








