Our Address

14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Office No.

+603 4141 8982

Helpline & Support

+60 18 468 4380

Soalan:

Penganut Nasrani meyakini Nabi Isa A.S dilahirkan (was born), mati (died) serta hidup semula (was resurrected) setelah mengalami kematian. Ini merupakan sebahagian kepercayaan yang utama dalam agama Nasrani. Tanpa kepercayaan sebegini keimanan mereka dianggap umpama tidak mempunyai erti. Dalam konteks ini mereka merujuk kepada kenyataan Al-Kitab seperti berikut:

a) Nabi Isa A.S dilahirkan: Kitab Matthew 1:18 “Now the birth of Jesus Christ was on this wise: When as his mother Mary was espoused to Joseph, before they came together, she was found with child of the Holy Ghost.” (KJV)

“Kelahiran Yesus Kristus adalah seperti berikut: Pada waktu Maryam, ibunya, bertunangan dengan Yusuf, ternyata ia mengandung dari roh kudus, sebelum mereka hidup sebagai suami isteri” (LAI)

b) Nabi Isa A.S mati disalib, dipetik daripada Kitab Romans 5:8 “But God commendeth his love toward us, in that, while we were yet sinners, Christ died for us.” (KJV) 

“Akan tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh kerana Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa.” (LAI)

c) Nabi Isa A.S hidup semula setelah kematian: Kitab 1 Corinthians 15:14 “And if Christ be not risen, then is our preaching vain, and your faith is also vain” (KJV) 

“Tetapi andaikata Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah pemberitaan kami dan sia-sialah juga kepercayaan kamu” (KJV)

Sehubungan dengan kenyataan di atas, golongan misionari cuba membawa kenyataan Nabi Isa a.s dalam al-Quran yang pada sangkaan mereka menyokong keyakinan Nasrani, la merujuk ayat yang bermaksud, 

“Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku dilahirkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).” (Surah Maryam 19:33)

Berdasarkan ungkapan (terjemahan) al-Quran: ‘lahir’, mati’ serta ‘bangkit seperti yang dinyatakan di atas kononnya membuktikan bahawa al-Quran menyokong kepercayaan Nasrani.

Jawapan:

Secara realiti, ayat di atas bukan sahaja berbeza dengan kepercayaan Nasrani, malahan al-Quran menafikan kematian Nabi Isa A.S serta kebangkitan semula daripada kematian. Ini sekali gus menafikan kepercayaan Nasrani bahawa Nabi Isa A.S sudah mati serta telah bangkit daripada kematian. Pernyataan ini ternyata menerusi perkataan al-Quran iaitu ‘Amutu‘ (aku akan mati) serta ‘Ub’athu (aku akan dibangkitkan semula).

Menurut tatabahasa Arab, kedua-dua perkataan ini dalam bentuk ‘’Fiil Mudari (kata perbuatan masa akan datang/future tense). Ketika mengutarakan kenyataan tersebut, Nabi Isa A.S masih lagi hidup. Maka secara logik akal, tidak mungkin baginda mengatakan dirinya sudah wafat serta telah dibangkitkan semula.

Berdasarkan ayat di atas juga, Nabi Isa A.S masih hidup sehingga kini. Baginda akan menempuh kematian serta dibangkitkan semula di hari kiamat nanti sebagaimana keyakinan umat Islam. Di mana mengikut keimanan umat Islam, Jesus akan menempuh kematian ketika hari kiamat diperkukuhkan lagi menerusi sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, 

“Para nabi itu bersaudara seayah, sedangkan ibu mereka berbeza-beza dan agama mereka satu. Aku adalah manusia yang paling dekat terhadap Isa bin Maryam, kerana tidak ada nabi lagi antara dia dan aku. Dan dia akan turun (kembali). Jika kalian melihatnya, maka kenalilah oleh kalian bahawa dia adalah laki-laki yang sedang tingginya, berkulit putih kemerah-merahan, dia memakai dua helai baju yang agak kemerahan, seakan di kepalanya menitiskan air walaupun tidak basah. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan menghapus jizyah serta menyeru manusia kepada Islam. Di zamannya, Allah akan menghancurkan seluruh agama kecuali Islam. Dan Allah akan membunuh Al-Masih Ad-Dajal. Kemudian terciptalah keamanan di muka bumi, hingga singa dengan unta mencari makan (di tempat yang sama) dan (demikian pula) harimau dan sapi, juga serigala dan kambing, serta anak-anak kecil bermain-main dengan ular tanpa membahayakan mereka. Beliau tinggal selama empat puluh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya.” 

Kenyataan Nabi Isa A.S masih hidup turut dijelaskan dalam surah an-Nisaa’: 157-158. Menerusinya Allah s.w.t dengan tegas menyatakan individu yang mati dikayu salib bukanlah Nabi Isa A.S tetapi yang diserupakan dengannya.

“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah.’ Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa A.S). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa A.S, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa A.S kepada-Nya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Menurut Dr. Muhammad Khalil Harras dalam kitabnya (Fashlul Maqaal fi Rafi ‘Isa Hayyan wa Nuzulihi wa Qatlihi ad-Dajjal), Allah s.w.t mengangkat Nabi Isa A.S ke langit dalam keadaan hidup dengan roh serta jasadnya. Di mana ayat di atas merupakan dalil membantah golongan yang menyangka baginda dibunuh serta disalib.

Sekiranya yang diangkat rohnya sahaja, maka tidak wujud perbezaan antara Nabi Isa A.S dengan nabi-nabi lainnya. Bahkan bagi kaum mukminin, semua roh mereka diangkat oleh Allah s.w.t sesudah menempuh kematian, Sehubungan ini apa manfaat penyebutan diangkat ke langit, kalau bukan yang diangkat adalah roh dan jasadnya?

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Crawling in my skin, this wound will not heal. Fear is how I fall, confusing what is real.

Meremang dan merinding bila mendengar. Ritma bait-bait persis pantun disenandungkan dalam irama yang teradun baik not-notnya di atas suara vokal tenor berskala G#5 atau D5 penuh emosi. Jeritan lebih tepat sebenarnya untuk telinga-telinga amatur seperti penulis ini. Bukan jeritan yang menjengkelkan seperti sesetengah genre rock atau metal. Seni yang menusuk adalah seni yang datang dari hati yang ikhlas, hati yang benar-benar mengalami. Barangkali itulah sebabnya mendiang Chester bisa menyentuh dan mengesan jiwa-jiwa pencinta muzik.

Ramai menulis tentang kemurungan dan tindakan membunuh diri rentetan kejadian tragik orang terkenal ini. Artikel ini tidak terkecuali. Cuma sahaja penulis ini cuba membawa fokus kepada soal keimanan dalam menentukan seseorang itu mengalami penyakit mental dan seterusnya bertindak mencederakan diri. Argumentasi penulis; melaungkan slogan “kurang iman punca murung dan sakit mental”, walaupun tampak Islamiknya, boleh jadi memudaratkan pada hakikatnya.

Sudah maklum, hukum membunuh diri dalam Islam adalah haram. Maksudnya, si pembuat akan menerima hukuman dari Allah. Dalam kes membunuh diri, hukumannya agak spesifik seperti tiada syurga untuk si pembunuh diri (Hadith Bukhari, lihat www.sunnah.com/bukhari/23/117), dan tidak disolatkan solat jenazah (Hadith Muslim, lihat www.sunnah.com/bulugh/3/22). Walau bagaimanapun, hukum tidak dibolehkan solat jenazah pada mangsa bunuh diri tidak sepakat di antara sarjana. Ulama besar seperti Abu Hanifah dan Imam Syafi’e rahimahumullah berpendapat sebaliknya (lihat www.islamqa.info/en/70363) .

Membunuh diri itu haram. Akan tetapi, bagaimana pula jika mangsa yang membunuh diri itu hilang daya fungsi kognitifnya? Realiti, fantasi dan delusi berbaur tanpa kefahaman yang pasti. Yang hitam tidak lagi hitam, yang putih pun tidak lagi jernih. Kabut menyelimuti rasional yang kian susut. Jiwa jadi kusut. Dalam erti kata lain, pesakit sudah jatuh taklifnya. Dia tidak mukalaf lagi. Dia tidak dibebankan lagi oleh hukum-hukum agama.

Dalam masyarakat setempat, kematian yang disebabkan membunuh diri jarang dilaporkan sedemikian atas faktor stigma. Jika dilakukan psychological dissection pada si mati, iaitu penyiasatan psiko-sosial menyeluruh ke atas kehidupan dan persekitaran si mati, mungkin sahaja didapati bahawa si mati memang mengalami penyakit kemurungan yang tidak didiagnos. Penyakit kemurungan yang teruk boleh menjerumuskan pesakit pada tahap tidak rasional, tidak mukalaf.

Usaha menakut-nakutkan orang yang berpenyakit mental dengan menggunakan hukum agama adalah tindakan terlalu simplistik dan menyedihkan. Niat yang baik ini harus disertakan dengan kefahaman yang jitu. Melaungkan bahawa ‘sakit mental puncanya kurang iman’ adalah punca stigma paling bahaya.

Ketidakstabilan emosi ada banyak peringkat. Sesiapa sahaja yang bergelar insan pasti sahaja akan rasa sedih. Namun kesedihan yang berpanjangan disertakan dengan simtom-simtom yang lain (rujuk artikel tentang kemurungan di portal ini) dan keruduman kefungsian, ia sudah menjadi satu penyakit. Penyakit yang ada ubat dan kepakarannya. Bukan semudah itu untuk mencampakkan ketentuan secara langsung antara ‘kurang agama dan penyakit mental’.

Yang menjadi persoalan, siapa kita di kalangan manusia-manusia mortal ini ada wewenang untuk menetapkan tahap keimanan seseorang itu? Inilah bahayanya bila bercakap tentang penyakit mental berpaksikan semata-mata pada skala agama dan spiritual.

Mana-mana doktor beragama pasti sedikit-sebanyak menyentuh unsur spiritual ketika sesi terapi bersama pesakit psikiatri (pesakit penyakit fizikal juga harus ada komponen spiritual dalam perawatan). Doktor muslim contohnya akan menyentuh tentang kekuatan iman melalui amalan ritual tertentu untuk memperkasakan lagi pesakit keluar dari kemelut penyakit. Namun begitu, perkara ini tidak sama dengan mengatakan kekosongan iman dan kekurangan iman menjadi faktor penyakit mental.

Perkaitan unsur bio-psiko-sosio-spiritual dalam pembentukan penyakit mental harus difahami oleh semua pemimpin, penggerak masyarakat, pahlawan papan kekunci yang ribuan ‘followers’nya dan penceramah-penceramah bebas. Agama yang benar adalah agama yang rasional. Isu membunuh diri harus diwacanakan bersama sarjana usul (Usul fiqh, Usul hadith, Usul Quran) supaya masyarakat tidak lagi stigma pada pesakit mental. Tanya sahaja muhaddith dan mufassir, walaupun hadith harus dibaca dan diambil iktibar, namun ia perlu difahami dengan konteks dan dengan interaksi hadith-hadith lain berkaitan. Pengambilan hadith secara literal menjadikan polemik berantakan.

Semoga keluarga Chester Bennington tabah menghadapi ujian ini dan semoga tindakan membunuh diri tidak menjadi jawapan mutlak peminat-peminat tegarnya yang menghadapi kekusutan mental di luar sana. Di samping menemukan matlamat spiritualiti (agama) yang benar, carilah doktor-doktor atau ahli-ahli psikologis yang bertauliah untuk bantuan perawatan.

Dr. Zul Azlin Razali adalah Pakar Psikiatri di Klinik Pakar Kesihatan USIM Nilai. (06-8504921)

Share to Facebook
Share to WhatsApp

1. Pengenalan

Ilmu hadis merupakan disiplin penting dalam Islam yang meneliti sanad (rantai periwayatan), matan (teks hadis), dan klasifikasi hadis seperti sahihhasan, dan dha‘if. Kajian hadis tradisional adalah bidang ulama Muslim selama berabad‑abad, tetapi pada era kontemporari banyak ilmuwan Barat (orientalis) juga mengkaji hadis dengan pendekatan sejarah‑kritik. Pendekatan ini melibatkan penilaian terhadap sumber teks, klasifikasi ilmiah tradisional, serta konteks sejarah sebelum dan selepas periwayatan. 

Salah satu tokoh orientalis yang memberi sumbangan penting terhadap ilmu hadis adalah Arent Jan Wensinck (1882–1939). Beliau adalah sarjana Belanda yang terkenal dalam kajian Islam, terutama dalam penyusunan indeks hadis dan metodologi takhrīj — kajian untuk menentukan rujukan hadis berdasarkan lafaz dan sumber asalnya.

2. Latar Belakang AJ Wensinck

Arent Jan Wensinck lahir pada tahun 1882 dan meninggal pada 19 September 1939. Beliau dikenal sebagai seorang Islamicist dan orientalis yang mempelajari hadis dengan pendekatan ilmiah Eropah, yang kadangkala bertentangan dengan pandangan tradisional ulama’ Muslim. 

Kajian orientalis terhadap hadis dimulai pada abad ke‑19 dan semakin berkembang sehingga muncul usaha‑usaha ilmiah untuk menghimpunkan, mengindeks, dan meneliti hadis dengan kaedah sejarah‑kritikal. Pendekatan ini berbeza dengan proses ilmiah klasik Muslim yang lebih menekankan pada prinsip jarḥ wa ta‘dīl (kritik periwayatan) dan tradisi ulama hadis.

Imam Ibn al-Jazari dalam al-Muqaddimah al-Jazariyyah menjelaskan bahawa makhraj sebenar Ḍhād ialah dari tepi lidah, lazimnya tepi kanan, yang menyentuh geraham atas bahagian belakang. Beliau menegaskan bahawa sifat istiṭālah tidak dapat dicapai tanpa penggunaan tepi lidah kerana bunyi mesti mengalir memanjang sepanjang sisi lidah.

3. Metodologi dan Pendekatan Orientalis Wensinck

3.1 Pendekatan Indeks dan Takhrīj Hadis

AJ Wensinck terkenal kerana metodologinya yang sistematik dalam kajian hadis:

  • Menyusun indeks hadis berdasarkan lafaz — iaitu senarai kata atau istilah yang membantu pencarian hadis dari kitab‑kitab utama seperti Kutub al‑Sittah, Musnad Ahmad, dan Muwatta Malik.
  • Membina sistem indeks yang membolehkan pencarian cepat dan sistematik walaupun teks hadis disusun dalam kitab berbeza. 

Kajian ini kemudian dikenal sebagai kitab al‑Mu‘jam al‑Mufahras li Alfāẓ al‑Ḥadīth al‑Nabawī (Concordance of Prophetic Hadith Expressions) yang asalnya adalah kajian Wensinck dan rakan-rakannya telah disemak serta ditarjihkan oleh Dr Muhammad Fu’ad Abd al-Baqiy. Kitab ini memudahkan takhrīj hadis berdasarkan kata atau frasa tertentu, sekaligus membantu peneliti menelusuri sumber asal hadis dalam kitab induk. 

3.2 A Handbook of Early Muhammadan Tradition

Karya lain Wensinck yang memberi impak akademik ialah A Handbook of Early Muhammadan Tradition — panduan indeks hadis awal — yang kemudian diterjemahkan ke bahasa Arab sebagai Miftāḥ Kunūz al‑Sunnah oleh ‘Ulama Mesir seperti Muhammad Fuad Abdul Baqi

Kedua kitab tersebut menjadi rujukan dalam proses takhrīj hadis — iaitu usaha untuk menemukan rujukan asal hadis tertentu dari kitab‑kitab utama — walaupun penggunaannya kemudian berkembang menjadi lebih jarang kerana kemajuan teknologi digital dan perisian indeks hadis. 

4. Sumbangan Utama Wensinck dalam Ilmu Hadis

Berikut adalah beberapa sumbangan terbesar AJ Wensinck terhadap ilmu hadis:

4.1 Al‑Mu‘jam al‑Mufahras

Kitab indeks besar ini menyusun secara sistematik lafaz hadis dari pelbagai kitab hadis utama seperti:

  • Sahih al‑Bukhari
  • Sahih Muslim
  • Sunan Abu Dawud
  • Sunan al‑Tirmidhi
  • Sunan al‑Nasā’i
  • Sunan Ibn Mājah
  • Musnad Ahmad
  • Muwatta Malik
    …dan banyak lagi. 

Indeks ini memberi kemudahan bagi peneliti untuk:

  • Menentukan sumber asal hadis berdasarkan kata kunci.
  • Membandingkan hadis yang sama muncul di kitab berbeza.
  • Mempercepat kajian takhrīj hadis. 

4.2 Miftāḥ Kunūz al‑Sunnah dan Takhrīj Hadis

Usaha penyusunan panduan indeks hadis awal membantu membuka cara baru bagi kajian takhrīj di kalangan ilmuwan Muslim dan orientalis. Buku ini juga memudahkan pembaca untuk mengakses hadis berdasarkan tema atau kata penting tanpa perlu menghafal keseluruhan isi hadis terlebih dahulu.

4.3 Metodologi Penelitian yang Sistematik

Sebagai orientalis, Wensinck menggunakan kaedah yang lebih sistematik dan berstruktur, mirip kepada pendekatan indeks teks moden — teknik yang jarang ditemui dalam kajian hadis tradisional pada zamannya. 

5. Kritikan dan Penilaian Ilmiah

Walaupun banyak karya Wensinck dimanfaatkan dalam kajian hadis, terdapat pandangan yang mengkritik pendekatannya:

  • Pendekatan sejarah‑kritikal dipandang oleh sebahagian ulama sebagai terlalu akademik barat dan kurang sensitif kepada ilm al‑hadith tradisional yang menitikberatkan sanad dan kredibiliti periwayat. 
  • Sesetengah ulama berpendapat bahawa orientalis cenderung mempertanyakan kesahihan hadis tanpa mengambil kira prinsip ulama hadis tradisional secara menyeluruh. 

Namun, kritik‑kritik ini tidak menghapuskan nilai akademik dan historis yang dikembangkan daripada pendekatan Wensinck. Banyak sarjana moden melihat karya tersebut sebagai alat bantu penting dalam kajian teks hadis, khususnya dalam era digital dan penyelidikan indeks tekstual. 

6. Implikasi Jangka Panjang dalam Ilmu Hadis

Sumbangan Wensinck telah memberi pengaruh yang berterusan dalam disiplin hadis, terutama:

  1. Mempermudah penelusuran hadis berdasarkan lafaz atau tema tertentu — sangat berguna dalam takhrīj hadis. 
  2. Menjadi rujukan penting dalam pengajaran dan penyelidikan hadis di universiti dan kajian ilmiah — terutamanya dalam perbandingan antara kajian Barat modern dan tradisi ulama Muslim. 

• 3. Memperkenalkan pendekatan indeks dan statistik dalam kajian teks agama — yang kini banyak disokong oleh teknologi digital dan Natural Language Processing dalam kajian hadis moden. 

7. Kesimpulan

Arent Jan Wensinck adalah tokoh orientalis yang membuka paradigma baru dalam kajian hadis, khususnya dari segi metodologi indeks lafaz hadis dan takhrīj hadis. Dua karya utamanya, al‑Mu‘jam al‑Mufahras dan Miftāḥ Kunūz al‑Sunnah, tetap menjadi warisan penting yang membantu mempermudah kajian ilmiah dan rujukan hadis dalam konteks sejarah dan akademik. 

Walaupun pendekatannya sering diperdebatkan, terutama dari sudut tradisi ulama hadis, karya‑karya ini membantu memperkaya perspektif kajian hadis dan menunjukkan bahawa kajian orientalis dapat memberikan kontribusi yang signifikan—dengan syarat analisis dilakukan dengan pemahaman kritikal dan seimbang. 

8. Rujukan

📌 Arent Jan Wensinck / Al‑Mu‘jam al‑Mufahras — Concordance of Hadith Expressions, 7 vols, Leiden: Brill, 1936 (Indeks hadis komprehensif). 

📌 Afro’ Anzali Nurizzati et al., “Kontribusi Kitab Al‑Mu’jam al‑Mufahras Karya Arent Jan Wensinck Terhadap Ilmu Takhrijul Hadis,” Cendekia: Jurnal Studi Keislaman, Vol.9 No.1, Juni 2023 — pembahasan ilmiah kontribusi Wensinck dalam takhrīj hadis (hal. 65‑73). 

📌 Sara Shafiqah Mohd Othman et al., “Arent Jan Wensinck (1882‑1939): Biography and Criticism Towards Hadith”, National University of Malaysia — kajian biografi dan kritik orientalis terhadap hadis. 

📌 Methodology of Islamic Studies in the East and in the West: A Comparative Review on The Study of Hadith, AJIS Academic Journal — konteks perbandingan pendekatan kajian hadis di Timur dan Barat (bibliografi). 

📌 Criticism of Orientalist Critical Views Toward Hadith Studies, Journal of Hadith Studies — diskusi terhadap kritik orientalis terhadap hadis.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

ABSTRAK

Alif lām (الـ) merupakan salah satu unsur terpenting dalam struktur bahasa Arab yang berfungsi mendefinisikan ‘isim’ serta membentuk makna yang berbeza bergantung kepada konteks. Artikel ini bertujuan mengkaji fungsi ‘alif lām’ dari sudut ilmu nahu, dan balaghah, dengan meneliti pembahagian ‘alif lām’ menurut ulama klasik serta khilaf pandangan dalam menentukan makna umum dan khusus. Analisis ini menunjukkan bahawa ‘alif lām’ bukan sekadar alat ta‘rīf, bahkan berperanan besar dalam pembinaan hukum syarak dan tafsiran nas.

PENGENALAN

Bahasa Arab memiliki sistem penentuan (definiteness) yang unik, antaranya melalui penggunaan alif lām ta‘rīf (الـ). Perbahasan mengenai alif lām telah dibincangkan sejak awal perkembangan ilmu nahu oleh tokoh seperti Sībawayh (w. 180H) dan dikembangkan oleh ulama selepasnya seperti Ibn Mālik, Ibn Hishām, al-Zamakhsharī dan al-Suyūṭī.

DEFINISI ALIF LĀM

Alif lām (الـ) ialah harf ta‘rīf (huruf penentu) yang masuk ke atas isim nakirah bagi menjadikannya isim ma‘rifah.

Contoh:

  • رَجُلٌ → الرَّجُلُ (seorang lelaki → lelaki itu)

Menurut jumhur ulama nahu, الـ bukan isim dan bukan fi‘l, tetapi harf yang berfungsi secara maknawi.

PEMBAHAGIAN FUNGSI ALIF LĀM

Secara umum, alif lām dibahagikan kepada dua kategori utama:

  1. Alif Lām Ta‘rīf (التعريف)
  2. Alif Lām Zā’idah (الزائدة)

1. ALIF LĀM TA‘RĪF (الـ للتعريف)

Ia berfungsi menentukan makna isim dan terbahagi kepada beberapa jenis:

1.1 Alif Lām al-‘Ahd (العهد)

(Merujuk kepada sesuatu yang telah diketahui)

Al-‘ahd terbahagi kepada tiga bentuk:

a) Al-‘Ahd al-Dhikrī (العهد الذكري)

Merujuk kepada sesuatu yang telah disebut sebelumnya.

Contoh:

  • فَأَرْسَلْنَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ رَسُولًا فَعَصَىٰ فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ
     (Surah al-Muzzammil: 15–16)

“الرَّسُولَ” merujuk kepada rasul yang telah disebut sebelum itu.

b) Al-‘Ahd al-Dhihnī (العهد الذهني)

Merujuk kepada sesuatu yang difahami secara mental, walaupun tidak disebut.

Contoh:

  • إِذْ دَخَلُوا عَلَىٰ الْمَلِكِ
     (Surah Yusuf: 50)

“الْمَلِكِ” difahami sebagai raja Mesir pada zaman itu.

c) Al-‘Ahd al-Ḥuḍūrī (العهد الحضوري)

Merujuk kepada sesuatu yang hadir di depan pembicara.

Contoh:

  • أَغْلِقِ الْبَابَ
     (Tutuplah pintu itu)

1.2 Alif Lām al-Jins (الـ للجنس)

(Menunjukkan keseluruhan jenis)

Digunakan untuk menunjukkan hakikat atau sifat umum sesuatu jenis.

Contoh:

  • إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
     (Surah al-‘Asr: 2)

Merangkumi seluruh jenis manusia.

1.3 Alif Lām al-Istighrāq (الاستغراق)

(Merangkumi semua individu tanpa pengecualian)

Contoh:

  • وَخُلِقَ الْإِنسَانُ ضَعِيفًا
     (Surah al-Nisa’: 28)

Semua manusia tanpa pengecualian.

📌 Sebahagian ulama menggabungkan al-jins dan al-istighrāq, namun majoriti membezakan dari sudut konteks dan penekanan makna.

1.4 Alif Lām al-Ḥaqīqah (الحقيقة)

Menunjukkan hakikat sebenar sesuatu perkara.

Contoh:

  • وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ
     (Surah al-Anbiya’: 30)

Air sebagai hakikat kehidupan.

2. ALIF LĀM ZĀ’IDAH (الـ الزائدة)

(Tidak memberi ta‘rīf sebenar)

Ia masuk bukan untuk mentakrifkan, tetapi untuk tujuan gaya bahasa atau penegasan.

Contoh:

a) Pada isim alam:

  • الْحَسَنُ
  • الْعَبَّاسُ

b) Dalam syair Arab klasik:

  • وَلَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ

📌 Alif lām ini tidak mengubah nakirah kepada ma‘rifah, tetapi dianggap tambahan dari sudut nahu.

KESAN ALIF LĀM DALAM MAKNA & HUKUM

  1. Menentukan kefahaman hukum fiqh
  2. Membezakan antara umum dan khusus
  3. Memberi kesan dalam tafsiran ayat al-Quran
  4. Digunakan sebagai alat balaghah (retorik)

Contoh fiqh:

  • السَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ
     (Surah al-Ma’idah: 38)

Perbahasan ulama: adakah “al-” menunjukkan semua pencuri atau yang memenuhi syarat tertentu.

KESIMPULAN

Alif lām (الـ) bukan sekadar huruf kecil dalam bahasa Arab, bahkan merupakan alat utama dalam menentukan makna, hukum dan kefahaman teks. Kegagalan memahami fungsi alif lām boleh membawa kepada kesalahan tafsiran, khususnya dalam al-Quran dan hadis.

Oleh itu, penguasaan alif lām adalah asas penting dalam ilmu nahu, tafsir dan fiqh, terutamanya bagi pelajar, pendakwah dan mualaf.

RUJUKAN AKADEMIK

  1. ابن هشام، مغني اللبيب عن كتب الأعاريب.
     → Ibn Hishām al‑Ansārī, Mughni al‑Labīb ʿan Kutub al‑Aʿārīb, (ed. Dr. Maẓn al‑Mubārak & Muḥammad ʿAlī Ḥamd Allāh), Damascus: Dār al‑Fikr, ed. 6, jumlah halaman ~880–912 hlm..

     Nota: edisi ini secara amnya 880–912 halaman bergantung kepada cetakan; anda boleh rujuk muka surat bahagian al‑hurūf atau al‑iʿrāb sebagai tempat contoh untuk fungsi “al‑”.
  2. سيبويه، الكتاب.
     → Sībawayh, al‑Kitāb fī an‑Naḥw, disunting oleh Abd al‑Salām Muḥammad HārūnCairo: al‑Hayʼah al‑Miṣrīyah al‑ʻĀmmah lil‑Kitāb1968.

     
    Nota: terdapat 5 jilid atau lebih untuk edisi yang lengkap; halaman boleh berubah mengikut penerbit dan cetakan.
  3. ابن مالك، شرح التسهيل.
     → Ibn Mālik, Sharḥ at‑Tasḥīl ʿalā Alfiyyat Ibn Mālik, edisi akademik (semak jilid & hlm. sesuai cetakan anda).
     
    Cadangan semakan halaman penting: pendahuluan & bahagian berkenaan huruf al‑taʿrīf.
  4. الزمخشري، المفصل في علم العربية.
     → al‑Zamakhsarī, al‑Mufaṣṣal fī ʿIlm al‑ʿArabīyah, ed. modern (semak jilid/cetakan).
  5. السيوطي، همع الهوامع.
     → al‑Suyūṭī, Hamaʿ al‑Hawāmiʿ fī Sharḥ Jamʿ al‑Jawāmiʿ, ed. tafsīr/nahw; semak hlm. bahagian istilāḥ al‑taʿrīf.
  6. عباس حسن، النحو الوافي.
     → ʿAbbās Ḥasan, an‑Naḥw al‑Wāfī, Beirut: Dār al‑Maʿrifah.
  7. مصطفى الغلاييني، جامع الدروس العربية.
     → Muṣṭafā al‑Ghalāyīnī, Jāmiʿ ad‑Durūs al‑ʿArabiyyah, Beirut: Dār al‑Kitāb al‑Arabī (semak muka surat bahagian al‑ḥurūf al‑maʿnawiyyah).
  8. فاضل السامرائي، معاني النحو.
     → Fāḍil as‑Sāmirāʾī, Maʿānī an‑Naḥw, édition akademik (Beirut).

الشاطبي، الموافقات.

 → al‑Shāṭibī, al‑Muwāfaqāt fī Uṣūl al‑Sharāiʿ, Beirut: Dār al‑Kutub al‑ʿIlmiyyah (semak bahagian berkaitan tafṣīl lafẓ al‑taʿrīf).

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Explore Education and Leadership Opportunities

Alhamdulillah, on 18 December 2025, the Being Compassionate Project (BCP) went smoothly in Kuala Selangor. The program reached out to families in need and spread care and compassion in the community. The project was organized by Interactive Dakwah and Welfare Association (IDWA) together with Interactive Dakwah and Tarbiyah Association (IDT). A total of 29 families received food support, including rice, eggs, chickens, and other essential food items.

Preparations took place at Dawah Academy International Hall on 17 December 2025, where three volunteers, together with the lead of IDT Staff. They packed the food items from 4:00 pm to 6:00 pm. Their teamwork ensured a smooth distribution the following day.

The distribution began at Masjid Raja Lumu at 11:00 am. Representatives from IDWA and IDT included Brother Naim, President of IDWA and General Manager of IDT, Brother Zakir, Treasurer of IDWA and HR and Finance IDT, and five other IDT staff. A total of 16 families received their food packs. The session was welcomed by Ustaz Luqman Hakim, Imam Pertama Masjid Raja Lumu, followed by a short remark from Brother Naim representing IDT. The morning session ended with the distribution of support by Brother Naim, representing IDWA and IDT, followed by a group photo involving all.

In the afternoon, the distribution continued at Kampung Sungai Sembilang, benefiting 13 more families. En Khalid, President of the Fishermen Association of Kampung Sungai Sembilang, was also present to support the program. The activities concluded around 3:00 pm. This session also ended with a group photo, with smiles shared by all.

We sincerely thank all donors for their generous contributions, which brought relief and hope to families facing challenges in their livelihoods at sea were affected. Thanks to all the amazing volunteers for helping with both packing food aids. Your support made this day possible. Every contribution, no matter how small, has a meaningful impact on the lives of those in need. May this spirit of compassion continue, and may we be blessed with ongoing support to carry out future projects in serving and uplifting the community.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

Explore Education and Leadership Opportunities

Wangsa Maju, Kuala Lumpur — Representatives from NAMA Foundation visited Interactive Dakwah & Tarbiyah (IDT) at IDT Centre, Level 1, from 10:30 AM to 1:00 PM to explore collaboration in education, leadership development, and community support initiatives. The foundation was represented by Md Ghani Ibrahim, Head of Partnership & Public Relations, and Sayyed Zayd Almahdaly, Partnership Executive. They were warmly welcomed by IDT’s leadership team, including Brother Lim Jooi Soon, President of IDT, Ustaz Mohd Abdullah, Education and Research Manager; and Brother Lim Ming Terk.

During the visit, discussions focused on potential collaboration in education-focused programmesleadership training, and structured support for new Muslims (reverts), particularly initiatives that are inclusive and sustainable.

Brother Lim Jooi Soon presented IDT’s key programmes, including:

  • Diploma Pengajian Islam
  • New Muslim Class
  • DawahPro Programme

These initiatives are designed to provide structured learning paths, build confidence, and develop leadership skills for new Muslims and community leaders. The discussion highlighted revert support initiatives, including the development of Revert Classes under an international framework, providing guidance, education, and mentoring for new Muslims.

NAMA Foundation also shared its experience running business and skills training programmes with interest-free financing, particularly suitable for reverts seeking financial independence. Plans were discussed to organise Islamic education and leadership training programmes at IDT, with programme branding focusing on education and leadership.

As part of the visit, the IDT team accompanied the NAMA Foundation representatives on a tour of the Dawah Academy International Hall, including a walk-through of the dormitory, surau, and library, giving them a clear view of the facilities available to students and participants in IDT’s programmes. The visit ended on a positive note, with both sides looking forward to working together to provide meaningful opportunities in education, leadership, and community support for new Muslims and students in need.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

AMARAN: Spoiler di hadapan.

Kalau kita bariskan satu-satu, mungkin senarai faktor-faktor risikonya begini.

  • Kemiskinan
  • Penderaan semasa kecil
  • Ibu yang tidak berfungsi (kerana sikap narsis dan juga berdelusi)
  • Buli di persekitaran tempat kerja
  • Tekanan sosial dan kurang bantuan kerajaan
  • Kesendirian dan tiada sokongan sosial
  • Ketidakpedulian masyarakat
  • Masalah neurologi; hilang kawalan ketawa- pseudobulbar affect? Sindrom Tourette?

Dan benarlah, persekitaran dan situasi sosial yang menekan dan berpanjangan akan memberi kesan kepada biologi dan personaliti individu. Dan sesiapa pun mampu bertukar menjadi kasar, ganas dan kemudian melawan institusi dan sistem yang menindas itu. Kita sudah tahu rumus mudah ini tanpa perlu menunggu dan menonton filem Joker Todd Philips/Joaquin Phoenix. Namun ini tidak menghalang Michael Moore (pembikin filem dokumentari terkenal dan pemenang Academy Awards) dan jutaan manusia lain memuji-muja filem Joker (2019) ini. Michael Moore membidas golongan yang menolak filem ini kerana alasan paparan yang ganas dan meraikan pembunuhan. Sebaliknya, beliau berkata “The greater danger to society may be if you DON’T go see this movie”. Katanya lagi, keganasan sebenar adalah  apabila ramai ahli masyarakat yang termarjinal dinafikan hak untuk perubatan asas dan pendidikan yang baik. Keganasan sebenar adalah korupsi dan penipuan kolar putih yang saban hari berlaku di balik cermin bangunan pencakar langit ibu kota.

Baik. Kita terima Joker 2019 sebagai satu karya seni penting dan kritik sosial yang ampuh. Barangkali, selain ahli politik dan pemimpin, media hiburan adalah entiti yang paling kuat berpengaruh membentuk kefahaman dan pemikiran masyarakat. Betapa media itu begitu berpengaruh silap-silap jangka hayat politik juga bergantung kepadanya. Semoga kritik sosial yang dimaksudkan itu memberi impak positif kepada masyarakat dan lebih penting lagi kepada pemerintah supaya terus tegak membawa keadilan.

Psikiatri dan psikologi sememangnya satu lubuk yang sering ditarah untuk meneroka ruang estetika bagi menghasilkan karya seni yang kuat. Kalau mahu menang Oscar, pilihlah watak orang gila, lebih cerah harapannya mungkin. Memegang watak yang kepincangan psikologi sambil menggamit empati dan simpati audiens bukan perkara mudah. Ramai pakar filem meramalkan Joaquin Phoenix akan memenangi Oscar (dan saya, hanya seorang penikmat fiksyen, turut bersetuju). Joker yang sebelum ini, yang diperankan oleh mendiang Heath Ledger (The Dark Knight, 2008), juga diangkat dan disalut oleh marhaen dan para kritikus perfileman atas lakonan yang begitu mengesankan. Apabila ditanya tentang wataknya, mendiang menjawab, dia adalah seorang ‘schizophrenic clown. Fraterniti psikiatri tidak senang duduk lalu, Dr John Goodwin dan Dr Izzat Tajjudin (rakan saya, pensyarah di USIM), menulis sebuah makalah yang pernah diterbitkan di jurnal antarabangsa, What Do You Think I Am? Crazy?”: The Joker and Stigmatizing Representations of Mental Ill-Health (The Journal of Popular Culture, 2016).

Berdasarkan novel grafik tersohor Batman:The Killing Joker (1988), siri komik Batman dan tentunya filem seperti The Dark Knight (2008) dan Batman (1989), Izzat dan Goodwin menyimpulkan bahawa Joker bukan penghidap penyakit mental. Joker tidak menghidap skizofrenia kerana pesakit skizofrenia tidak boleh merencana pelan mega dan rumit dan memanipulasi sepandai-pandai dan seramai-ramai orang di Gotham City seperti yang berlaku di dalam The Dark Knight. Joker bukan mengalami Kecelaruan Personaliti Disosiaif sebagaimana yang dipamerkan dalam filem Batman (1989) dan permainan video Batman: Arkham Asylum kerana sepatutnya pesakit disosiatif ini mengalami masalah lupa (amnesia) yang kerap.

Izzat dan Goodwin mengatakan Joker adalah seorang psikopatik. Ia adalah sejenis personaliti yang mempunyai sifat manipulatif, membesar-besarkan diri, tidak punya objektif jangka panjang, impulsif, tiada empati (tidak peduli hak orang lain demi mencapai kemahuan sendiri), kecenderungan menipu (walaupun perkara tak penting), gagal memikul tanggungjawab dan kecetekan emosi. Individu psikopatik juga boleh terbentuk daripada persekitaran dan senarai faktor risiko yang saya sebutkan mula-mula tadi. Dan perlu ditekankan di sini bahawa psikopatik bukan penyakit mental. Dan seseorang itu tidak memerlukan penyakit mental untuk menjadikannya seorang psikopatik. Tetapi tidak seperti pesakit mental secara umumnya, psikopatik tidak teragak-agak untuk melakukan keganasan dan pencabulan hak orang lain.

Berdasarkan novel grafik tersohor Batman:The Killing Joker (1988), siri komik Batman dan tentunya filem seperti The Dark Knight (2008) dan Batman (1989), Izzat dan Goodwin menyimpulkan bahawa Joker bukan penghidap penyakit mental. Joker tidak menghidap skizofrenia kerana pesakit skizofrenia tidak boleh merencana pelan mega dan rumit dan memanipulasi sepandai-pandai dan seramai-ramai orang di Gotham City seperti yang berlaku di dalam The Dark Knight. Joker bukan mengalami Kecelaruan Personaliti Disosiaif sebagaimana yang dipamerkan dalam filem Batman (1989) dan permainan video Batman: Arkham Asylum kerana sepatutnya pesakit disosiatif ini mengalami masalah lupa (amnesia) yang kerap.

Izzat dan Goodwin mengatakan Joker adalah seorang psikopatik. Ia adalah sejenis personaliti yang mempunyai sifat manipulatif, membesar-besarkan diri, tidak punya objektif jangka panjang, impulsif, tiada empati (tidak peduli hak orang lain demi mencapai kemahuan sendiri), kecenderungan menipu (walaupun perkara tak penting), gagal memikul tanggungjawab dan kecetekan emosi. Individu psikopatik juga boleh terbentuk daripada persekitaran dan senarai faktor risiko yang saya sebutkan mula-mula tadi. Dan perlu ditekankan di sini bahawa psikopatik bukan penyakit mental. Dan seseorang itu tidak memerlukan penyakit mental untuk menjadikannya seorang psikopatik. Tetapi tidak seperti pesakit mental secara umumnya, psikopatik tidak teragak-agak untuk melakukan keganasan dan pencabulan hak orang lain.

Kini kita sudah ada Joker ‘lebih hebat’ versi Joaquin Phoenix, dan mungkin Izzat dan Goodwin perlu menulis kertas kerja lain pula. Ini adalah kerana filem Joker itu mengambil semua faktor-faktor risiko yang disebutkan di atas tadi, mencanaikannya dengan begitu baik, menyusun dengan cermat dan kemudian menghidangkan dengan begitu meyakinkan kepada audiens bagaimana penyakit mental dan individu ganas terbentuk. Kali ini, tema isu psikiatri pada Joker lebih jelas. Lebih real.

Walaupun pun begitu, pembikin filem ini dengan pintarnya tidak menyebut pun langsung apakah diagnosis penyakit mental yang dihidapi Arthur Fleck. Kita akan tabik dengan kesungguhan filem ini mengkritik bagaimana sistem boleh mengecewakan insan seperti Arthur. Kita tabik dengan kepatuhan Arthur untuk mendapatkan ubat dan pergi temu-janji. Kita simpati kerana hidup terus mencemuhnya dan nasib mengejek-ejeknya. Kita tahu memang wujud insan seperti Arthur di dunia realiti di mana pintu takdir hanya membukanya ke jalan-jalan celaka.

Dan akhirnya dia berakhir dengan keganasan. Lebih menyeramkan, seperti Michael Moore bilang, Arthur Fleck boleh jadi sesiapa sahaja antara kita kalau kena gaya faktor-faktor risikonya. Cuma kita tak pasti tindakan ganasnya itu disebabkan faktor sosial atau faktor sakit mental. Antara perkara yang mencemaskan dunia psikiatri adalah babak di hujung cerita ketika dia bercakap, “What do you get when you cross a mentally-ill loner with a society that abandons him and treats him like trash?” dan kemudian Arthur Fleck @ Joker menarik picu revolver tepat ke kepala satu watak lagi (saya berusaha sebaik mungkin untuk menghadkan spoiler).

Baris skrip Arthur ini (dan tindakannya selepas itu) adalah ‘mesej jelas’ bahawa ‘pesakit mental apabila ditekan masyarakat akan membunuh’. Mesej jelas yang akan duduk diam di dalam diri kita yang nantinya perlahan-lahan buat kita takut untuk berdekat-dekat dengan orang gila di perhentian bas, yang nantinya menyebabkan seorang majikan menolak aplikasi kerja individu yang pernah mendapatkan rawatan psikiatri, yang nantinya secara tidak sedar kita memandang rendah seorang pesakit depresi dan yang nantinya menyebabkan individu yang berhalusinasi tidak mahu mendapatkan rawatan kerana khuatir orang memandang serong terhadapnya.

Perkara yang meresahkan dunia psikiatri adalah ‘mesej jelas’ itu ternyata bercanggah dengan sains dan statistik kerana pesakit mental adalah golongan yang kerap menjadi mangsa keganasan (dan pembunuhan) dan bukan sebaliknya. Bercanggah dengan realiti bahawa sangat ramai pesakit psikiatri yang tidak berkelakuan ganas atau membunuh. Entah kenapa menjadi tabiat kebanyakan orang, baik di Malaysia atau di Barat, benda-benda tidak bermoral mudah sahaja ditudingkan sebagai penyakit mental.

Joker sudah berusia 80 tahun. Sejak pertama kali dilahirkan di dunia dari rahim buku komik Batman 1940, Joker membina armada pengikutnya. Dia punya naratifnya sendiri. Bagi peminat tegar dan taasub, komik DC (dan juga Marvel) adalah ibarat kitab suci yang tidak mungkin diubah-ubah ‘wahyu’nya. Joker adalah Joker, watak yang sentiasa berantagonis dengan protagonis kesayangan, Batman. Joker punya karakter dan dinamiknya tersendiri. Joker akan sentiasa menyakat, menjahat dan membangsat. Sang Batman (dan penonton) akan sentiasa geram dengan perangai celaka si Joker. Dalam naratif Joker, kegilaan dan kejahatan adalah dua sisi syiling yang sama. Sampai kiamat pun tak mungkin naratif Joker ini berubah. Mahu tidak mahu, ini hakikat yang terpaksa diterima. 80 tahun lagi, selepas Jack Nicholson, Jared Leto, Heath Ledger dan Joaquin Phoenix, malahan selepas anda dan saya mungkin tidak ada lagi,  Joker tetap ada. Bersamanya sentiasa ada isu kesihatan mental.

Penggiat seni, baik popular ataupun sastera, adalah ejen budaya yang merakam citra dan nilai masyarakat. Mereka memberi apa yang sememangnya berlaku dalam (dan apa yang dimahukan oleh) masyarakat. Walaupun latarnya fiksyen, dalam hal ini komik, pembikin akan sentiasa memasukkan mesej penting – sekurang-kurangnya itulah yang dimestikan dalam sebuah karya seni yang baik. Dunia perubatan pula rentan sensitif dan mudah triggered apabila penampilan mesej itu (dirasakan) bercanggah dengan fakta sains yang mereka imani. Akan berlaku pertentangan bila mana keseimbangan cuba dicari antara berdisiplin di atas landasan fakta dan bebas menggunakan artistic license.

Kalau industri hiburan ‘adiwira’ benar-benar ikhlas dengan isu kesihatan mental mengapa tidak ada adiwira yang mempunyai masalah kesihatan mental? Menarik juga, jika Batman sendiri mengalami halusinasi dan terpaksa mengambil ubat secara berkala. Gejala dan simptomnya kadangkala merumitkan kerja-kerjanya untuk menyelamatkan dunia (baca: dunia Gotham). Cuba bayangkan plot ceritanya ketika berlawan dengan mana-mana antagonis, atau mungkin Joker sendiri, Batman terlupa mengambil ubat yang dijadualkan di waktu pagi dan betapa dia tidak mampu fokus. Lalu jadilah satu plot yang mencabar dan menarik. Ahh, saya sekadar memandai-mandai tetapi pokoknya di sini, tidak bolehkah pesakit mental itu juga seorang hero? Saya sangat percaya pesakit mental juga adalah hero. Saya percaya kerana saya selalu berjumpa dengan mereka.

Jadi sekarang, mengapa watak Batman atau adiwira lain tidak dijadikan berhalusinasi?

Share to Facebook
Share to WhatsApp

1. Pengenalan

Huruf Ḍhād (ض) merupakan salah satu huruf paling unik dalam bahasa Arab sehingga bahasa Arab digelar لُغَةُ الضَّاد — “Bahasa Ḍhād”. Ia sukar dilafazkan, mempunyai sifat yang kompleks, dan sangat penting dalam memastikan ketepatan bacaan Al-Quran. Kesilapan kecil pada huruf ini mampu mengubah makna ayat, menjadikannya antara huruf yang paling dipelajari dan diperhalusi dalam ilmu tajwid.

2. Makhraj Huruf Ḍhād

2.1 Menurut Kitab-Kitab Tajwid Klasik

Sebahagian kitab tajwid klasik menerangkan makhraj huruf Ḍhād sebagai tengah lidah (ausat al-lisān) bertemu dengan geraham atas. Kaedah ini digunakan dalam pengajaran asas untuk membantu pelajar menghasilkan bunyi Ḍhād yang tebal dan memanjang.

2.2 Menurut Imam Al-Jazari

Imam Ibn al-Jazari dalam al-Muqaddimah al-Jazariyyah menjelaskan bahawa makhraj sebenar Ḍhād ialah dari tepi lidah, lazimnya tepi kanan, yang menyentuh geraham atas bahagian belakang. Beliau menegaskan bahawa sifat istiṭālah tidak dapat dicapai tanpa penggunaan tepi lidah kerana bunyi mesti mengalir memanjang sepanjang sisi lidah.

2.3 Rumusan Perbezaan

  • Tajwid klasik: tengah lidah
  • Ibn al-Jazari dan majoriti qurra’: tepi lidah kanan (lebih tepat untuk sifat istiṭālah)

3. Sifat-Sifat Huruf Ḍhād

Menurut ulama tajwid, Ḍhād memiliki sifat-sifat berikut:

  1. Isti‘lā (Huruf Tinggi) – pangkal lidah terangkat, bunyi tebal. 
  2. Itbāq – penutupan sebahagian rongga mulut, suara lebih kuat. 
  3. Istiṭālah (Memanjang) – aliran bunyi memanjang sepanjang tepi lidah; sifat unik hanya pada Ḍhād. 
  4. Rikhwah – suara mengalir.
  5. Ismat – bukan huruf yang menjadi akar perkataan ringan.

4. Khilaf Ulama: Ḍhād – Isti‘lā’ atau Istifāl?

4.1 Pandangan Jumhur – Huruf Isti‘lā’

Majoriti ulama seperti Abu ‘Amr al-Dani, Ibn al-Jazari, Ibn al-Sabbagh dan al-Sakhawi bersepakat bahawa Ḍhād ialah huruf isti‘lā’ kerana pangkal lidah terangkat, bunyinya tebal, dan sifat itbāq serta istiṭālah hanya berlaku pada huruf isti‘lā’.

4.2 Pandangan Minoriti – Cenderung kepada Istifāl

Sebahagian ulama bahasa Arab klasik berpendapat aliran bunyi Ḍhād agak lembut, menyerupai huruf istifāl. Mereka tidak menafikan sifat tebalnya tetapi menekankan bahawa bunyinya lebih halus daripada huruf isti‘lā’ lain seperti ص atau ط.

4.3 Kesimpulan Khilaf

Pandangan kuat dan diamalkan oleh qurrā’: Ḍhād adalah huruf isti‘lā’. Pandangan minoriti lebih kepada analisis fonetik, tetapi tidak mengubah hukum tajwid amalan.

5. Keistimewaan Huruf Ḍhād

  1. Satu-satunya huruf yang mempunyai sifat istiṭālah secara mutlak.
  2. Tidak wujud dalam bahasa lain – identiti bangsa Arab.
  3. Kombinasi sifat-sifat unik: isti‘lā’, itbāq, rikhwah, istiṭālah.
  4. Kesilapan sebutan boleh mengubah makna Al-Quran secara total.
  5. Memerlukan koordinasi halus antara pangkal lidah, tepi lidah dan geraham.
  6. Aliran bunyi panjang tetapi tebal, simbol keindahan fonetik Arab.

6. Kesalahan Lazim dan Cara Mengatasinya

  1. Menyebut seperti Zā’ (ز) atau Ẓā’ (ظ).
  2. Tidak memanjangkan bunyi (hilang istiṭālah).
  3. Tidak menebalkan bunyi (hilang isti‘lā’).
  4. Tidak mengalirkan bunyi (hilang rikhwah).
  5. Tidak menggunakan tepi lidah sehingga bunyi menjadi “da”.

7. Latihan Praktikal

  • Letakkan tepi lidah kanan pada geraham atas.
  • Angkat pangkal lidah untuk menghasilkan isti‘lā’.
  • Biarkan aliran bunyi memanjang untuk memenuhi sifat istiṭālah.
  • Ulang lafaz: ضَرَبَ، أَرْضٌ، ضَلَّ
  • Latihan ayat: وَلَا الضَّالِّينَ

8. Kesimpulan

Huruf Ḍhād adalah simbol keunikan bahasa Arab dan bacaan Al-Quran. Keistimewaannya terletak pada makhraj yang sukar, gabungan sifat-sifat fonetik unik, serta keperluan ketelitian yang tinggi bagi penguasaan tajwid. Walaupun terdapat khilaf kecil dalam pandangan ulama mengenai isti‘lā’ atau istifāl, amalan qurrā’ menekankan bahawa Ḍhād mesti dibaca tebal, memanjang, dan mengalir. Menguasai huruf ini adalah satu penghormatan terhadap kalam Allah serta bukti kefahaman dan ketelitian dalam ilmu tajwid.

9. Rujukan Utama

  1. Ibn al-Jazari, al-Muqaddimah al-Jazariyyah
  2. Ibn al-Jazari, Tayyibat al-Nashr fi al-Qira’at al-‘Ashr
  3. Abu ‘Amr al-Dani, al-Taysir fi al-Qira’at al-Sab‘
  4. Al-Sakhāwī, Jamal al-Qurra’ wa Kamal al-Iqra’
  5. Ibn Jinni, al-Khassāis
  6. Sibawayh, al-Kitāb
  7. Ibn al-Sabbagh, Shams al-Qurra’
  8. Dr. Ayman Suwaid, al-Tajwid al-Musawwar
  9. Dr. Ghani Abdul Rahman, Ilmu Tajwid dan Qiraat
  10. Kajian fonetik moden Bahasa Arab
Share to Facebook
Share to WhatsApp

On 8 December 2025, from 10:00 AM to 11:30 AM, Interactive Dakwah and Tarbiyah (IDT) met with Zafina Khuzaimah, Head of Corporate Communication, and Suraya Hanim Musa, Admin and Operations Executive from Mercy Mission Malaysia (MMM), at the IDT Centre, Level 1. Representing IDT were Brother Lim Jooi Soon, President, Ustaz Mohd, Education and Research Manager, and Brother Ashraf Azhar, Dakwah and Welfare Officer. The discussion focused on potential joint initiatives to strengthen community supportimprove educational access, and expand meaningful outreach. Both organisations are now exploring several promising projects together.

The discussion included community food supportRamadhan programmes, and engagement activities for new Muslims. They also shared ideas on supporting Islamic educationinternational da’wah initiatives, and school-based programmes that focus on values, confidence, and communication skills. IDT hopes this collaboration will create more opportunities to serve the community, strengthen da’wah efforts, and provide ongoing support to those in need. With continued discussions and cooperation, IDT looks forward to building a meaningful partnership with Mercy Mission Malaysia that benefits the wider community in the long term.

Share to Facebook
Share to WhatsApp

PROACTIVE, PROGRESSIVE, PROFICIENT

Alhamdulillah, Interactive Dakwah and Tarbiyah (IDT), in collaboration with Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), successfully hosted the 14th Batch of DawahPro Global from 27 October to 25 November 2025 at Dawah Academy International, Kuala Lumpur. This thirty-day international program brought together 23 participants from 14 countries, including Saudi Arabia, Netherlands, Portugal, Uganda, Oman, South Africa, Nigeria, Zimbabwe, Tanzania, India, Brunei, Sri Lanka, Indonesia, and the Philippines, all united by a shared commitment to strengthen their da’wah skills and deepen their Islamic understanding.

The program began on 28 October with a city tour that introduced participants to Kuala Lumpur. They started at Masjid Jamek, where a mosque tour guide from ABIM-IOAC explained the history, architecture, and significance of the mosque, as well as its role in the early Muslim community and the development of Islam in the city. Participants not only observed but also learned how to conduct mosque tours for non-Muslims, practicing how to present Islamic practices, history, and culture in an engaging and informative way. They gained insights into Malaysia’s Islamic heritage, reflected on the spread of Islam in Southeast Asia, and explored the mosque as a living space for the community. Next, the group visited KLCC, the iconic landmark of Malaysia and a source of pride for its people, experiencing firsthand how modernity blends with culture and tradition. They then performed Zuhur at Masjid As-Syakirin, a serene mosque in the heart of the city. The city tour provided participants with more than sightseeing. They gained cultural exposure, historical knowledge, practical skills in da’wah and tour guiding, and a chance to connect and bond with fellow participants. It was an enriching experience that prepared them mentally, spiritually, and socially before beginning their intensive da’wah training.

Training commenced with a three-day Shariah Intelligence course led by Sheikh Nuruddeen Lemu and Sister Salatu Sule, equipping participants with foundational Shariah principles and an understanding of their higher objectives. The program continued under Brother Lim Jooi Soon, Ustaz Amin Yaacob, and Brother Ashraf Azhar, who guided the cohort through the full DawahPro curriculum, focusing on sound Islamic knowledge and practical da’wah skills. Through lessons, quizzes, assessments, fieldwork, and presentations, participants developed discipline, confidence, teamwork, and the ability to convey Islam with clarity and wisdom. A highlight of the program was the individual presentation session, where participants spoke with confidence and sincerity, demonstrating clear growth throughout the course. Awards were presented to the top performers:

Best Students

  1. Muhammad Fasi (India)
  2. Shifaa Noor (Oman)
  3. Gerhard Erasmus (Taiwan)

Prizes: Cash prizes, trophies, and Certificates of Excellence

Best Presenters

  1. Mohammed Fasi Ahmed (India)
  2. Shifaa Noor (Oman)
  3. Adam Abdulrahman (Nigeria)

Prizes: Cash prizes, and Certificates of Excellence

The closing ceremony featured du’a, Qur’an recitation, the Student Representative Speech, award presentations, and certificate distribution. Best Presenter Brother Fasi also delivered a special presentation on Creator vs Creation, using the CVC method taught by Brother Lim, demonstrating how well participants had applied their training. In his closing remarks, Brother Lim reminded the cohort that their real da’wah mission continues in their families, workplaces, and communities, and encouraged them to carry the legacy of da’wah back to their countries. The 14th Batch of DawahPro Global was far more than a training program. It was a transformative journey of learning, growth, and self-discovery. Participants leave not only with knowledge and skills but with renewed purpose, strong confidence, and the commitment to represent Islam with wisdom, compassion, and integrity. They are now ready to inspire, lead, and make a meaningful impact in their communities and beyond.

Share to Facebook
Share to WhatsApp
Scroll to Top