The Path of The Mu'min Intermediate Penang
Kursus Islam
The Path of The Mu'min Intermediate Penang
Anda sudah tahu asas dakwah…
Sekarang tiba masanya untuk naik tahap.
- Bagaimana mengadaptasi mesej untuk pelbagai audiens?
- Strategi apa yang memberi kesan sebenar?
- Bagaimana mengurus cabaran, soalan, dan situasi sukar?
Tingkatkan kefahaman, keyakinan, dan kemahiran praktikal berdakwah.
🍽️ Sarapan & Makan Tengahari (PERCUMA)
Penceramah:
• Bro Lim Jooi Soon – Pendakwah & Pembimbing Mualaf
• Ustaz Amin Yaacob – Pendakwah
Daftar sekarang!
Sertai dan bergabung bersama program kami!!
📞 Maklumat Lanjut: IDT (018-468 4380)
Tarikh Program:
Sabtu & Ahad
23 - 24 Mei 2026
Masa:
09.00 Pagi - 05.00 Petang
Lokasi:
IDT Centre Penang, Permatang Pauh
Yuran Program:
PERCUMA
Program Countdown
The Path of the Mu’min: Intermediate merupakan kesinambungan kepada peringkat asas yang memberi penekanan kepada kemahiran dakwah yang lebih mendalam dan praktikal. Program ini memfokuskan kepada keupayaan peserta menyesuaikan mesej mengikut latar belakang audiens, mengurus cabaran serta menjawab persoalan dengan yakin dan berhikmah.
Ia sesuai untuk peserta yang telah mengikuti peringkat asas kursus The Path of The Mu’min atau mempunyai pendedahan awal dalam dakwah dan ingin meningkatkan tahap kefahaman serta keberkesanan penyampaian.
Program ini bertujuan untuk:
- Meningkatkan kemahiran menyesuaikan mesej dakwah mengikut audiens.
- Melatih peserta mengurus soalan dan cabaran dengan tenang dan profesional.
- Memperkukuh strategi dakwah yang memberi kesan jangka panjang.
- Membina keyakinan dalam situasi dakwah yang lebih mencabar.
Tentang Penceramah
Bro Lim Jooi Soon
Pendakwah & Pembimbing Mualaf
Dakwah, Perbandingan Agama, Usul Fiqh & Maqasid Shari’ah, Bimbingan Mualaf, dan Teologi Islam
Ustaz Amiin Yaacob
Pendakwah & Tenaga Pengajar IDT
Perbandingan Agama dan Teologi



