14-2, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

No Pejabat: +603 4141 8982

Talian & Bantuan: +60 18 468 4380

Fiqh Wanita: Ilmu & Panduan Seorang Muslimah

Alhamdulillah, pada 31 Oktober hingga 1 November 2026, Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT) telah berjaya menganjurkan Kursus Fiqh Wanita: Ilmu & Panduan Seorang Muslimah di Dawah Academy International Hall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh Dr. Nurhafizah Binti Jauhari, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kursus ini memberi peluang kepada para Muslimah untuk mendalami hukum-hakam berkaitan kesihatan wanita, taharah dan ibadah melalui sesi pembelajaran serta perbincangan yang dekat dengan kehidupan seharian.

Antara topik yang dibincangkan termasuk pengenalan tubuh wanita dari perspektif sains dan fiqh, isu lelehan faraj, haid, tanda-tanda suci, naqa’ dan fatrah serta hukum berkaitan istihadah. Peserta turut didedahkan kepada panduan fiqh mengenai pendarahan ketika hamil, nifas dan menopaus. Kursus turut disertakan dengan sesi refleksi, aplikasi fiqh wanita dalam kehidupan seharian dan soal jawab interaktif bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut.

Maklum balas yang diterima daripada peserta juga amat menggalakkan. Ramai yang berpuas hati dengan penjelasan Dr. Nurhafizah yang jelas dan mudah difahami, selain menghargai pengisian serta keseluruhan perjalanan program. Malah, terdapat peserta yang mencadangkan agar kursus Fiqh Wanita ini dianjurkan sebanyak dua kali pada tahun hadapan bagi memberi lebih banyak peluang kepada Muslimah untuk mendapatkan manfaat daripada program ini.

Melalui kursus ini, IDT berharap dapat memperkukuh kefahaman para Muslimah tentang hukum-hakam berkaitan diri mereka, agar dapat melaksanakan ibadah dalam keadaan bersih dan suci, dengan penuh keyakinan serta berlandaskan ilmu. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian dan membantu para Muslimah mengamalkan ajaran Islam dengan lebih baik. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top